Monday, December 23, 2013

Oh! Teddy Bear - Macam Mana Ia Wujud?


Mengikut catatan sejarah, pada November 1902, Presiden Amerika Syarikat; Theodore Roosevelt telah diajak oleh Gabenor Mississippi untuk pergi memburu beruang. Pada masa itu juga, ramai pemburu tegar yang lain telah berjaya menangkap dan membunuh binatang itu. Pasukan Presiden telah berjaya menangkap seekor beruang hitam. Mereka mengikat beruang itu pada sebatang pokok setelah membelasahnya. Kemudian, mereka menyuruh Presiden sendiri untuk menembak beruang itu sebagai penghormatan untuk Presiden itu.

e
Presiden itu menolak kerana menganggap tindakan menembak bagi dirinya adalah tidak profesional dan tiada semangat berburu. Lalu dia mengarahkan mereka menembak beruang itu. Peristiwa itu menjadi topik hangat di seluruh Amerika dan dijadikan kartun politik dalam surat khabar The Washington Post. Dalam lukisan kartun itu, beruang dilukis kecil dan comel.
Pada masa yang sama, seorang pemilik kedai, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun beruang itu lalu dia mendapat inspirasi untuk mencipta mainan baru. Dia menghasilkan mainan patung beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden untuk meminta kebenarannya untuk menamakan patung beruang itu dengan nama samarannya Teddy. Sehingga sekarang, patung beruang itu terkenal dengan nama Teddy Bear.

No comments:

Post a Comment