Dia pergi untuk selamanya-lamanya..

14 April 2014
Sebenarnya berita ini dah lama saya tahu. Pada hari kejadian tersebut saya dah dapat tahu berita ini sebenarya. Tapi, artikel ini dikarang lambat kerana terkejut dan sedih serta berasa berat nak menulis sebelum ini. Akhirnya saya beranikan diri untuk menulis sebab ingin menjadikan cerita ini sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup.

Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Gambang ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tasik dalam kawasan kolej berkenaan. And guess what? Tasik tu berdekatan dengan kolej kediaman saya. Saya selalu meluangkan masa disana. Terkejut dan sedih bila dapat tahu hal ini berlaku.

Mayat Muhammad Ely Bukhari,19, dari Taman Sentosa, Karak ditemui sepasukan anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tengah tasik yang kedalaman empat meter kira-kira jam 9.52 malam. Hmm.. Budak ini, sape yang tak kenal. Kami satu batch tapi saya ambil Modul 1. Kalau nak pergi kuliah atau mana-mana selalu terserempak dengan dia. Ramai gelar dia “Mat Salleh Look”.

Mayat pelajar Modul 2 ditemui lengkap berpakaian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian. Pihak bomba berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa bersama enam rakannya dipercayai berkelah berhampiran tasik berkenaan sebelum dia tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik.
Ada seorang rakan yang melihat kejadian cuba membantu menyelamatkan mangsa bagaimanapun usahanya gagal memandangkan tasik agak dalam mencecah lima meter lalu meminta bantuan.Memang betul tasik tu dalam. Dan saya pernah bermain kayak dan berenang di tasik itu.

Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira jam 6.35 petang. Susulan maklumat itu, 14 anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dan operasi SAR turut melibatkan polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam).

Anggota bomba  tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian dan mengambil masa lebih dua jam mencari mangsa sebelum mayatnya ditemui.
Pihak pengurusan kolej hanya membenarkan kawasan tasik itu digunakan untuk aktiviti riadah dan pelajar ditegah mandi di tasik itu bagaimanapun mereka dibenarkan menjalankan aktiviti air dengan pemantauan daripada individu yang bertanggungjawab saja. Pihak kolej juga telah mengambil langkah keselamatan sewajarnya dengan meletakkan tanda amaran di kawasan tasik itu sejak dahulu bagi menghalang pelajar mandi bagaimanapun dalam kes ini mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh

Hasil siasatan mendapati punca kematian mangsa disahkan akibat lemas dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan kejadian satu kemalangan yang tidak terduga.

Berita ini telah diolah daripada sumber asli Berita Harian. Untuk pengetahuan, kes mengejut ini bukan tersebar di Berita Harian sahaja. Malah satu Malaysia dah tersebar. Kalau tak percaya, try lah google. Apepun berita yang keluar, saya dan rakan-rakan KMPh sahaja yang tahu cerita yang betul. Biarlah kami simpan cerita ini dalam hati dan ini menjadi peringatan untuk semua. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari mayat arwah dan terima kasih juga kepada Menteri Besar Pahang kerana berada di lokasi kejadian.

Kepada ahli keluarga arwah yang terbaca artikel ini, maaf saya ucapkan sekiranya ada salah silap dalam penulisan ini. Saya hanya berkongsi untuk memberi pengajaran kepada semua rakan-rakan agar lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri.

Kepada arwah Muhammad Ely Bukhari, selamat jalan aku ucapkan dan semoga kamu tenang di sana... AL-FATIHAH...

Gambar-gambar semasa kejadian tidak dapat saya kongsikan bagi menghormati keluarga arwah Muhammad Ely Bukhari. Biar saya dan rakan-rakan menyimpannya (bagi yang ada) sebagai kenangan dan pengajaran hidup.

Dia pergi untuk selama-lamanya. Kita disini perlu meneruskan hidup yang hanya dipinjamkan buat sementara.

6 comments:

  1. Assalammualaikum,saya juga pelajar kmph n kenal dengan arwah

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan arwah surah al-fatihah supaya dia tenang di sana.

    ReplyDelete
  3. insayaAllah..saya modul 3 n resident A2..

    ReplyDelete
  4. macam kenal..arwah ada fb tak?nak pastikan org yg sama atau tidak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...