Wednesday, January 16, 2013

Majlis Graduasi SMKSS

10 Oktober 2012
Wahhh!! Majlis graduasi.. Sape yang takx, semua nak. Syukur la, saya dapat result yang baik pada trial baru2 ni. Hampir kesemua pelajar form 5 dan 6 atas berjaya dab terpilih dalam majlis graduasi ni.

Majlis ini berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Pada hari tersebut, ramai ibu-bapa, adik, kakak, dan abang yang hadir.

Saya juga ada ajak adik2 saya. Bukannya nak meramaikan tetamu, tetapi sebagai contoh agar mereka belajar bersungguh2. Hehe... Itulah antara penghargaan yang tidak akan pernah saya lupa. Semuanya berkat jasa guru2 SMKSS yang sudi mengajar saya. Tanpa semua cikgu2 yang hebat ni, memang saya takkan dapat hadir ke majlis graduasi ini yang mana saya dah idamkan sejak saya form 1 lagi.

Sunday, January 13, 2013

BBQ

11 Disember
Beberapa hari selepas tamat exam, bersamaan sehari sebelum tarikh keramat iaitu 12/12/12 klas saya ada buat BBQ. Asalnya, nak buat BBQ Party. Tapi, cg kelas 5D pun dijemput, jadi kena la hormat orang tua. Tak payah sebut party, tapi sebut jamuan ringkas. Haha.. Nak bagi mood semangat skit, saya pun design lah flyer. Ini dia...
Guna Photoshop CS4. Tarikh sebenar ialah 11/12/12.  Biasa la.. typing error.
Memang best! Masak sama2 macam masak masa pergi perkhemahan. Rindu gila saat tu.
Angin yang bertiup di celah ketiak dan udara yang segar dapat menangkan jiwa setelah berhempas pulas di medan peperangan(dewan papaeriksaan). Haha.. Uniknya, kita tak payah guna kipas mengkuang untuk bagi arang tu membara, tetapi guna angin semulajadi dari laut je.


Lepas makan tu, sempat jugak buat group photo. Loncat situ la, sini la.. Alahai.. Janji enjoy. Harap2 lepas ni member kelas saya dapat buat makan2 lagi.. mmm...

Physics Outreach Programme

10 Oktober 2012
Lawatan ke SESMA sempena program Physics Outreach Programme telah disertai oleh semua pelajar kelas 5 Dedikasi. Asalnya, cg fizik kata nak panggil sapa yang berminat je, tapi disebabkan cg fizik tu merupakan guru kelas kita (Cg Mazita), jadi kita dapat peluang ni untuk menimba ilmu.

Sesampainya di sana, perkataan pertama yang bermain di minda saya ialah, "Aikk! Mana pameran fizik seperti yang dikatakan oleh cg Mazita?" Rupa2nya, kami diberi sedikit taklimat di dewan oleh wakil guru di SESMA.

Kemudian, kami dibawa ke tempat pameran. Woww! Semua tajuk dalam subjek fizik dijadikan bahan pameran. Kebetulan pulak, seminggu sebelum ke SESMA saya dah buat ulangkaji subjek fizik. Manela tau, kot2 nanti ada pop kuiz.

Semua bahan dan eksperimen sangat lengkap dan cukup. kan best kalau skolah saya ada kemudahan yang lengkap macam kat lab Fizik SESMA ni. hmmm...
Sambil dengar penjelasan dari setiap booth, saya x lupa juga untuk mencuba setiap eksperimen yang disediakan. Cg SS dan rakan2 turut tidak melepaskan peluang ini.

                                    

Menjelang tengahari, cg panggil kita semua untuk pulang ke SS.

"Alaaa, Cikguuu... kita x habis lagi ni..Tadi kata, nak balik petang, kenapa kena balik tengahari? Awal tu.."

Itulah antara keluhan saya dan beberapa rakan2 yang lain yang tidak berpuas hati dengan arahan cg yang meminta kami naik bas utuk pulang. Akhirnya, kami terpaksa akur dan pulang dengan rasa sedikit hampa.

Namun begitu, saya rasa sangat berpuas hati dengan program yag dijalankan. Banyak ilmu yang saya peroleh dan saya dapat memorise formula2 ringkas yang disediakan oleh pelajar SESMA. Tahniah kepada SESMA kerana telah mengadakan program yang amat bermanfaat ini! Saya harap, lepas ni skolah saya dapat buat program macam ni walaupun saya dah habis skolah. Hehe..