Monday, December 3, 2012

Banjir di Blok form 4

(tarikh)
Banjir!!!! Dari terbit fajar hingga tergelincir matahari, hujan tidak berhenti-henti membasahi bumi Terengganu. 

Pada hari yang sama, semua murid form 4 perlu menduduki peperiksaan TOV.
{gambar hiasan}
Haritu saya sampai ke sekolah lewat sebab jalan sesak. maklumlah, hujan...masa on the way nk pergi sekolah, sempat jugak tengok rumah2 yang digenangi air kat tepi jalan. Sesampainya di sekolah, ALAMAK!
air dh nak masuk kelas aku. kawan2 yang sampai awal tu, terperangkap kat dalam kelas. nasib baik saya sampai lewat, so tunggu kat laluan gajah menyusur jelah.

Akhirnya, Cg. Zaiton sampai. dia suruh semua pelajar tingkatan 4A,4B,4C,4D (kelas yang berada di tingkat bawah) berpindah ke dewan. manakala kelas lain kekal di tingkat atas. Kesian tengok kawan2 kelas bawah terpaksa meredah air banjir. Ada yang buang kasut, pakai kasut, x buang stoking dan macam2. Tidak lama kemudian, air mula memasuki kelas 4D tetapi bukan secara menyeluruh.

Beberapa minggu kemudian, kami mula perasan terdapat perubahan pada lantai kelas. lantai mula retak di bahagian tengah dari hujung kelas 4D hingga 4C seolah-olah bangunan itu akan terbelah kepada dua. Namun begitu, tiada kerosakan yang boleh menjejaskan proses pembelajaran dan kami dapat menggunakan kelas semula keesokan hari selepas kejadian banjir tersebut.

{gambar hiasan}

Kelas Hujan

Mei 2009
Ribut takx, hujan takx, guruh takx, kelas saya hujan. KELAS HUJAN?? hahah.. sebenarnya, siling dalam kelas bocor. camne boleh bocor? BEGINI CERITANYA. Kak Leha (tukang bersih kat sekolah) 

bgtau dekat atas siling tu, terdapat enam buah tangki air. Tukang paip pulak bgtau salah satu tangki air tu pecah lalu menyebabkan air bertakung. Air yang banyak menyebabkan siling x dapat menampungnya lalu bocor. Masalahnya, siling tu banyak sangat yang bocor. Sampaikan, air yang terkeluar nampak macam air hujan.
Lebih kurang macam ni lah keadaannya. Cuba bayangkan, satu kelas macam ni....hmm
Pada masa yg sama, kelas pun banjir. Haishhh...terpaksa la pindah kelas.. Seingat saya, meja Daslynn, Ariesshea, Nabila, dan Aisyah Izzati yang kena basah teruk. Habis smua buku basah.

Begitulah kisah yang mana peristiwanya menjadi kenangan kepada bekas pelajar kelas 2 IKRAM (2009).

Sunday, December 2, 2012

Solat Hajat Perdana

(tarikh)

Dalam pukul 6.30, saya sampai kat surau sekolah dengan berbekalkan air mineral Bleu. 



Malam tu, penghadang dalam surau dialihkan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Ramai ibu bapa hadir bersama pelajar SS.



{sumber gambar : SMKSS Kluster Kuala Terengganu}

Lepas Isyak, kami selesai. Kemudian kami dijemput makan. Pelajar makan di tempat letak bas dan ibu bapa serta guru di dalam dewan. Kebetulan pulak, masa tu hujan lebat. Jadi keadaan sesak sikit. Syukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan berharap agar apa yang kami hajati akan termakbul.


Larian Jambatan Sultan Mahmud

29 Semptember 2012



First time masuk larian yang dianjurkan secara besar-besaran ni. Sebelum larian ni, boleh kata dh 50% dan bersedia. Training bersama Nik Noor, Fatihah dan Dina.. hmm... okey la..haha

Pukul 6.00 pagi
 Time tu dh bangun. Lepas pakai T-shirt Larian Jambatan Sultan Mahmud, baru ada semangat! Sempat jugak buat warming up kat rumah.



sumber:suaragenerasikubaru.com
sumber: teganukita.blogspot
Sampai kat Batu Burok, terus pergi ke restoran Taita. Dekat situ lah pelajar SMKSS berkumpul. Ramainya!! Lagi la exited nak berlari. Kat sana ada ramai peserta seperti perserta OKU, peserta dari negara British, Kenya, Nigeria, USA, golongan veteran, kanak-kanak dan lain-lain.

Bila masa dh sampai masa, juruhebah tu suruh berkumpul kat tempat permulaan. Time tu, ramai lagi student SS x bersedia. Tiba-tiba MB Terengganu bunyi kan siren. Mula-mula tu, ingatkan dia lepas ikut kategori, rupa2nya serentak! Ape lagi, PECUTLAH!!

15 minit di belakang saya dan Najie, rupa2 nya ada lagi team SS yang duduk kat belakang. Aizat dan Zaki antara team SS yang masih berada di traffic light Batu Burok sewaktu siren dibunyikan. ishh3..kesian...

Lepas mengharungi cabaran, akhirnya saya dan Najie sampai di garisan penamat. 50 meter dari garisan penamat, kami mula memecut. Sampai di lorong yang menghampiri garisan penamat, kami masih lagi memecut dan menunjukkan gaya larian yang terbaik sehingga ke penamat sebab ramai photographer ambik gambar dan orang ramai bersorak!..hahahahahaha!!


Betul-betul lepas garisan penamat, kami dapat medal(gambar) Walaupun tidak berjaya mendapat tempat, namun apa yang penting kepuasan bagi diri sendiri kerana berjaya menghabiskan larian dalam masa yang saya kira masih lagi berbaki banyak.

Team SS juga bangga kerana dua daripadanya berjaya mendapat tempat top 50 iaitu Laialia(check) dan Faezah Anis. TAHNIAH! Cikgu SS pun ada jugak masuk larian ni. Antaranya, Cg. Hamdan, Sir. Tan, Cg. Hassan, Cg. Arman dan ramai lagi...

Kalau tahun depan pertandingan ni ada lagi, komfem saya masuk!