Tuesday, December 31, 2013

New Years Eve



Lagi beberapa minit nak masuk tahun baru.. Belum masuk tahun baru lagi.. Perasaan tak sabar tu dah ada. Haha..

Jika diimbas balik, banyak pengalaman suka dan duka telah saya dan blogger lain tempuhi. Kepergian orang kenamaan, sahabat handai dan saudara-mara tidak boleh kita elakkan. Dan mereka pergi buat selama-lamanya. Namun, kehadiran orang baru dapat menyerikan hidup kita.

Bagi saya, tahun 2013 adalah tahun paling mencabar dalam hidup. Tahun yang memerlukan kerahan tenaga, pengorbanan yang tinggi, kekuatan diri, dan kekuatan emosi. Itulah kehidupan saya sebagai seorang pelajar.

Benda yang dah lepas, tidak baik dikenang. Itu kata orang tua. Namun jika kita kenang demi kebaikan masa hadapan, itu tidak mengapa. Asalkan jangan terbawa-bawa sehingga menimbulkan perasan dendam, benci dan segala perkara negatif.

Harap tahun 2014 ni lebih relaks bagi saya.. Lebih santai dan semoga dapat mencipta beberapa kejayaan lagi dalam hidup. Insya-Allah.

Wednesday, December 25, 2013

Kucing aku makan rumput!


Bagi sesiapa yang bela kucing.. pasti sudah tahu pasal ni.
Jus dalam rumput mengandungi asid folik, vitamin yang penting untuk kucing kesejahteraan. Asid folik, juga hadir dalam susu kucing ibu, membantu pengeluaran oksigen di dalam aliran darah kucing. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia, dan pertumbuhan kucing muda boleh terbantut jika dia tidak mendapatnya. Kucing mempunyai naluri yang kuat bila mereka mengalami kekurangan dalam asid folik dan sebab itu ia makan rumput. Namun begitu pakar hanya boleh meneka.
Pakar-pakar teori menyatakan bahawa kucing makan rumput sebagai sifat semulajadi. Ia boleh menambah serat dan sebahagian besar diet mereka, membantu mereka mengeluarkan cacing atau bulu melalui saluran usus mereka. Jika terdapat kelainan pada usus perut, maka daun-daun nipis yang dimakan tersebut akan menyebabkan kucing memuntahkan isi perutnya. Tetapi veterinar berhenti  mengisytiharkan keperluan rumput. Ia mungkin membantu dalam penjelasan perkara keluar dari perut kucing, tetapi kucing yang sihat mampu untuk memproses dan mengeluarkan perkara keluar tanpa bantuan ini.
Walaupun makan rumput mungkin kelihatan janggal kepada kita, tetapi banyak kucing yang menyukainya dan ia biasanya tidak merbahaya kepada mereka. Mereka jarang makan lebih daripada jumlah kecil, tetapi jika ia makan setiap hari atau dalam jumlah yang besar, anda perlu membawanya berjumpa dengan doktor haiwan kerana kucing anda mungkin mempunyai masalah usus.

Tuesday, December 24, 2013

Kenapa biskut kering ada lubang?

Biskut kering atau crackers ada lubang. Tapi kenapa?

Biskut-biskut ni dibuat lebang sebab tujuan utamanya adalah untuk memastikan ia dimasak secara rata. Bukan untuk menarik perhatian si pengunyahnya..haha.. Berdasarkan teori, biskut ini akan mengeluarkan wap atau haba apabila dibakar. Tanpa lubang-lubang ni, biskut akan mengelembung dan menjadikan rupa biskut ini kelihatan tidak menarik. Bukan itu sahaja, ia akan menjadikan biskut lebih rangup.

Jika lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ia akan menyebabkan biskut kelihatan keras dan kering kerana wap tidak dapat dibebaskan dan kalau terlalu jauh, gelembung udara akan terhasil sekaligus menjejaskan rupa biskut itu.

Monday, December 23, 2013

Oh! Teddy Bear - Macam Mana Ia Wujud?


Mengikut catatan sejarah, pada November 1902, Presiden Amerika Syarikat; Theodore Roosevelt telah diajak oleh Gabenor Mississippi untuk pergi memburu beruang. Pada masa itu juga, ramai pemburu tegar yang lain telah berjaya menangkap dan membunuh binatang itu. Pasukan Presiden telah berjaya menangkap seekor beruang hitam. Mereka mengikat beruang itu pada sebatang pokok setelah membelasahnya. Kemudian, mereka menyuruh Presiden sendiri untuk menembak beruang itu sebagai penghormatan untuk Presiden itu.

e
Presiden itu menolak kerana menganggap tindakan menembak bagi dirinya adalah tidak profesional dan tiada semangat berburu. Lalu dia mengarahkan mereka menembak beruang itu. Peristiwa itu menjadi topik hangat di seluruh Amerika dan dijadikan kartun politik dalam surat khabar The Washington Post. Dalam lukisan kartun itu, beruang dilukis kecil dan comel.
Pada masa yang sama, seorang pemilik kedai, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun beruang itu lalu dia mendapat inspirasi untuk mencipta mainan baru. Dia menghasilkan mainan patung beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden untuk meminta kebenarannya untuk menamakan patung beruang itu dengan nama samarannya Teddy. Sehingga sekarang, patung beruang itu terkenal dengan nama Teddy Bear.

Wednesday, December 18, 2013

Tudung dan Trend!

Ada berapa jenis tudung dalam dunia ni?
Apa fungsi tudung?
Apa kepentingan tudung?

1. Dupatta
Fesyen ini berasal dari India, Bangladesh ataupun Pakistan. Ia berbentuk segi empat panjang. Fabriknya jarang, ringan tetapi berat bila dihiasi dengan aksesori tambahan seperti labuci dan sebagainya. Orang melayu pun dah ada pakai pakaian ni time kahwin.






2. Niqab
Ianya dipakai untuk menutup sebahagian kepala dan leher tetapi membiarkan bahagian mata terdedah. Kebiasaannya, ia berwarna hitam tetapi boleh dipakai dengan warna lain. Fesyen ini popular di bahagian Timur Tengah atau semenanjung Arab seperti Arab Saudi, Qatar, Oman dan lain-lain tempat.


3. Hijab
Ianya menyamai tudung/headscarf. Ia boleh diperoleh dengan pelbagai warna, bentuk dan corak. Kebiasaannya ia berbentuk petak atau segi empat. Fungsinya adalah untuk menutup kepala dan leher serta membiarkan wajah terdedah.




4. Ameera
Nama tudung ini famous di seluruh dunia. Ia adalah dua bentuk scarf yang mempunyai bentuk yang rapat dengan muncung tudung diperbuat daripada cotton ataupun polyester dan disertakan scarf berbentuk tiub.
Tudung ni kena jaga betul-betul kalau tak hujung tudung akan rosak.






5. Shayla
Ini pula famous di bahagaian teluk Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq dan Iran. Ianya dililit di kepala dan dipasak dengan pin di bahagian bahu.






6. Tudung
Dekat mana-mana saja kita boleh jumpa ni. Fesyen ni popular di Malaysia dan Indonesia. Ia dipakai dengan sehelai tudung sahaja. Dihiasi dengan pelbagai corak, warna dan elemen lain seperti labuci, sulaman, embroidery dan lain-lain.







7. Esarp
Esarp diperbuat daripada sutera. Ianya berbentuk segi empat dan dipakai oleh wanita-wanita Turki. Esarp juga mempunyai pelbagai bentuk, warna, dan corak yang menarik. Tudung ni kecil dan ringan.








8. Chador
Chador dipakai sekali dengan baju. Dalam bahasa inggeris ia dipanggil sebagai full body cloack. Ianya dipakai oleh wanita Iran sewaktu keluar rumah. Kebiasaannya ia berwarna hitam tetapi untuk solat ianya berwarna terang dan diperbuat daripada cotton.






9. Gele
Gele terkenal di Barat Afrika. Ianya dipakai dengan cara melilit di kepala. Contoh artis Malaysia yang suka pakai macam ni, YUNA.








10. Pashmina
Ia berasal dari Kashmir. Boleh ditemui dengan pelbagai design. Remaja sekarang suka guna gaya ni.








11. Khimar
Tudung berbentuk panjang dan dipakai sehingga menutupi bahu, kepala, tengkuk dan dada.








12. Burqa
Tudung ini menutupi seluruh wajah dan badan. Mempunyai bahagian yang jarang di sekitar mata untuk memudahkan si pemakai melihat. Biasanya ia berwarna putih, biru, coklat, olive dan mustard.

Sunday, December 15, 2013

Jalan-jalan ke Pasar Payang

11 November

Dah lama tak pergi jalan-jalan ke Pasar Payang. Sampai dekat sana, perkara pertama sekali yang saya fikir ialah nak beli cenderamata untuk kawan-kawan.


Macam-macam cenderamata ada kat sana. Yang buat saya jadi rambang mata tu sebab sekarang ni dah keluar cenderamata yang unik! Saya pilih fridge magnet yang ada corak berunsurkan Terengganu. Ini dia..

Gambar ni je yang sempat snap. Yang lain dh bagi ke kawan-kawan.
Lepas tu rasa penangan mee sup dekat aras satu Pasar Payang. Dekat situ ada bermacam-macam gerai dengan aneka menu. Mee sup yang saya rasa merupakan santapan yang terbaik pernah saya rasa kat situ.

Saya pernah dengar kata pelancong, "Terengganu is the food heaven". Ya! Memang betul. Tiada siapa dapat menafikannya.

Mak pulak beli keropok buatan Pengkalan Setar. FYI... kat Pasar Payang ni pun boleh cari keropok selain di Kampung Losong. Tapi, dekat Pasar Payang ni majoriti ada keropok keping. Kalau dekat Kampung Losong kita boleh beli keropok rebus, keropok keping, keropok sira berlada, keropok goreng dan banyak lagi jenis keropok. Serunding pun famous kat sana.

Selain keropok dan serunding, majoriti golongan lelaki suka singgah di kedai songket. Bermacam-macam corak ada di sana.

Di Pasar Payang juga, perkhidmatan beca berhias turut disediakan. Cakap je pak cik beca nak pergi mana, comfirm dia boleh bawak.

Itulah antara tarikan yang terdapat di Pasar Payang. Ada banyak lagi tetapi dah tak larat nak menaip. Haha..

Lagenda Pulau Dayang Bunting

Kebetulan baru tengok rancangan TV mengenai Tasik Dayang Bunting. Ceritanya memang menarik tapi sempat tengok sekejap je. Disebabkan rasa tak puas hati sebab tak dapat tengok cerita ni sepenuhnya, maka keingginan tu menyebabkan saya membuka "Kamus Google". Dah dapat tu, teringin pulak nak kongsi dalam ni. Al-kisahnya begini...

Pulau Dayang bunting merupakan pulau terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ianya terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah. Untuk pergi ke sana. pengunjung perlu menaiki bot laju yang boleh disewa di jeti Pekan Kuah dengan kadar pakej RM45 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Jika diimbas bentuk pulau ini, ia seolah-olah menyerupai seorang gergasi hamil yang terlena.


Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Air tasik jernih dan mempamerkan panorama yang indah.

Kepentingan Pulau Dayang Bunting
Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (April-Disember) bekalan air amat penting kepada penduduk Langkawi khususnya pelaut dan nelayan. Sebab itulah, takungan air tawar itu menjadi keperluan penting. Pada zaman dahulu, tiada kemudahan rujukan lokasi moden bagi penduduk. Oleh itu, setiap lokasi yang ditemui diberi nama berdasarkan rupa bentuk lokasi berkenaan.

Lagenda Tasik Dayang Bunting
Beberapa ratus tahun dahulu, ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.

Tiap-tiap hari Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi bermain di suatu tempat yang dikenali sebagai Pasir Telok Ayer Tahun.

Suatu hari, ketika mereka sedang bergembira di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja terlihat mereka. Mat Teja jatuh hati pada Mambang Sari. Mambang Sari tidak tahu bahawa Mat Teja telah jatuh hati padanya.

Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.

Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani meluahkan kasihnya kepada Mambang Sari.

Mat Teja melalui suatu tempat yang dikenali sebagai Diang. Tempat ini dihuni oleh seorang tua bernama "Tuk Diang".

Suatu hari, ketika Mat Teja sedang berlalu, Tuk Diang bertanya kemana dia hendak pergi.

Mat Teja menjawab dia hendak mengikut Mambang Sari kerana dia telah jatuh hati padanya tetapi dia tidak berani menghampirinya.

Tuk Diang memberi petuanya. Ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung di suatu tempat dipanggil Telok Kahar. Apabila terlihat Mambang Sari, maka basuhlah muka dengan air mata duyung tersebut.

Mat Teja menurut segala petua Tuk Diang. Ketika waktu surut di Telok Kahar, maka terlihatlah seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat pulang ke laut.

Apabila, Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, dia terus menadah air mata duyung itu. Tanpa membuang masa, Mat Teja menyapu leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja, maka jatuh hatilah dia.

Pada hari-hari seterusnya, mereka pun duduk berkasih-kasihan tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat, dan ada kalanya di laut.

Tidak lama kemudian, Mambang Sari pun hamil dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari selepas bersalin, anaknya meninggal dunia. Mambang Sari mengebumikan anaknya ke dalam sebuah tasik dan pulang ke kayangannya. Dikatakan, sebelum meninggalkan tasik itu, Mambang Sari menyumpah air itu agar mempunyai penawar kepada sesiapa yang tidak dapat hamil. Oleh itu, tasik ini dikenli sebagai Tasek Dayang Bunting.