Sunday, March 31, 2013

Jangan pandang rendah pada alarm kereta.

Bagitahu kepada kakak, abang, adik, mak, ayah, datuk, nenek, sepupu, mak cik, pak cik, dan lain-lain.

PASTIKAN KUNCI KERETA SENTIASA BERSAMA ANDA

Sebab apa?
1. Kalau terdengar bunyi bising kat luar atau terdengar seseorang yang cuba masuk ke rumah kita, tekan je butang kecemasan pada alarm kunci kereta anda. Lain la kalau alarm tu dah habis bateri. Jadi, tak dapat la nak kasi bunyi tu.


2. Kalau pergi jalan sorang-sorang di kawasan parking, jangan lupa tangan tu dah sedia dengan kunci kereta yang satu set dengan alarm tu. Semasa jalan tu, kalau terasa seseorang mengekori kita, terus tekan butang kecemasan tu. Bunyi bising tu mesti akan buat orang tersebut tak berani nak ganggu kita.


3. Kalaulah kita tetiba jatuh sakit semasa dalam kereta atau menuju ke kereta dan sebagainya, kebetulan pulak, handset takde/rosak/habis bateri/takde kredit/nombor kena potong atau sebagainya macam mana nak minta bantuan? Jadi, tekanlah alarm tu agar seseorang prihatin dan sudi membantu.


4. Kalaulah terdengar seseorang bergaduh berhampiran dengan kereta kita, cubalah tekan alarm tu. Tapi kena pandai-pandai lah masa nak tekan tu. Kalaulah diorang tu mempunyai senjata, silap haribulan, bila dia serabut dengan bunyi tu, comfem kereta kita jadi mangsa. Jadi, pandai-pandai la.


5. Kalaulah ada anjing liar atau anjing jiran dan sebagainya menyalak kat depan rumah kita, janganlah pergi marah direct kat anjing tu. Itu namanya mencari nahas. Tekanlah, alarm kereta tu. Dengan bunyi tu, mungkin akan dapat menakutkan anjing-anjing tu dan menyelesaikan masalah kita.


Kesimpulannya, janganlah pandang rendah kepada alarm kunci kereta. Dengan adanya, jenayah pasti dapat dielakkan, nyawa dapat diselamatkan, dan anda dapat hidup dengan selesa. Tidak kira dimana anda pergi, bawalah kunci kereta bersama anda.

Nenek saya pernah berpesan kepada datuk saya supaya dia sentiasa membawa kunci kereta bersamanya sebab kalau dia diserang sakit jantung atau lelah dia boleh tekan alarm tu dan sudah pasti nenek saya tahu sesuatu sedang berlaku melainkan datuk saya tercicir alarm tu atau alarm tu habis bateri.

Well, at least kita dah cuba yang terbaik.

Berhati-hati dalam pemilihan makanan

Bagi yang gemar makan, menonton siaran masakan barat dan lain-lain, terutamanya yang beragama Islam, ini merupakan info terbaik buat kita semua. Maklumlah, bukan semua yang kita lihat tu kita faham, jadi saya harap ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

Istilah yang berkaitan dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahawa label yang bertulis 'This product cotain substance from porcine'. Sebenarnya, ia bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan ialah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi'.

Berikut adalah antara istilah sais yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi :

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesies babi.

3. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

4. Boar : Babi liar.

5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)

9. Sow Milk : Susu Babi

10. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg.

11. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Jadi, berhati-hatilah dalam pemilihan makanan anda.

Kasut Wanita

Hm.. cakap pasal kasut ni, kat dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis kasut. Jadi, hari ini saya nak fokuskan kepada kasut wanita.

Kasut wanita merupakan salah satu pelengkap fesyen. Kalau takde, memang KO la. Biar saya bagi contoh,
kalau pakai pakaian stylish, tudung superb, tapi pakai selipar jepun buat apa dik oii.. Jatuh maruah fesyen tau. haha

Jadi, sesiapa yang masih confuse nak pakai apa dan ingin cari kasut mana yang menjadi kesesuaian dan keselesaan, boleh lah tengok kat bawah ni.

Chunky Heel
Bertumit tinggi dan tapak tinggi atau tebal. Sesuai untuk wanita bekerjaya. Kasut ni dalam golongan platform shoe jugak.

Open Toe
Bahagian depan terbuka dan mempunyai strip di belakang. Kasut ni nampak nipis. Ada bertumit tinggi dan rendah.

Wedge
Bagi beginner untuk kasut tumit tinggi, boleh lah pakai kasut ni. Kasut ni lebih stabil. Menjadi pilihan remaja masa kini.

Cone Heel
Kasut yang mempunyai tumit seakan-akan bentuk kon. Selain itu, bertutup di hadapan. Sesuai untuk golongan yang berumur.

Mocassin
Kasut yang mempunyai tapak flat. Boleh dikenali juga dengan jahitan pada hujung kasut tu. Nampak kemas dan semestinya selesa. Dulu saya pun pakai kasut ni jugak. Sesuai untuk semua lapisan umur. I think so..

Slingback
Kasut ni pulak ada strip pada belakang dan bertumit tinggi.

Winklepickers
Kasut seakan-akan boots. Sesuai digayakan dengan jeans. Macam-macam jenis ada. Janji tak pakai pergi skolah. Nanti pengetua marah.

Ballet Plat
Kasut ni diinspirasikan daripada kasut ballet. Kasut yang bertutup dan mempunyai tapak flat. Budak-budak sekolah suka pakai ni. Ringan, ringkas dan selesa. Macam-macam design ada!

Platform
Mak oii! Terbeliak mata bila tengok kasut ni. Kasut ni mempunyai ciri tapak yang tinggi. Dulu kasut ni memang famous. Skarang pun ada jugak yang pakai. Tapi jarang-jarang.

Pumps
Kasut ini mempunyai gaya formal. Iaitu bertutup pada hadapan dan belakang. Ketinggian tumitnya pulak tidak tetap. Sesuai untuk pergi pejabat, semmiar, interview dan lain-lain.

Mules
Kasut ni bertutup dihadapan dan mempunyai muncung kat depan seperti muncung buaya. Tumit pulak, ada yang tinggi, rendah dan flat. Menjadi kegemaran para ibu dan surirumah.

Peep Toes
Kasut ni ramai budak remaja yang pakai. Dekat bahagian depan tu ada lubang kecik sebesar ibu jari kaki. Bila pakai tu, nampaklah ibu jari kaki tu. Nampak cute la jugak kasut ni kan?

Mary Jane
Kasut ini bertutup bulat pada hujung jari kaki. Selain itu, ia bertumit rendah, lebar dan mempunyai tali pada atas ruang kaki tengah. Sesuai untuk golongan yang berumur. Cikgu skolah ada pakai mcm ni jugak.

Ankle Straps
Kasut ini menjadi trend dari dulu hingga kini. Kebanyakannya, pekerja pejabat yang memakai kasut ini. Kasut ni mempunyai lilitan tali pada sekitar buku lali tak kira samada kasut ni tinggi atau rendah.

Kitten Heel
Kasut ni bertumit pendek dan kecil. Tinggi tumit antara 1.5 inci hinhha 2 inci. Tak kira kasut ni bertutup penuh atau terbuka, kalau ada nampak tumit kecik ni comfem nama dia Kitten Heel.

Banyak lagi kasut kat dalam dunia ni. Janji kita pandai cari dan sesuaikan dengan tujuan kita. Jangan la pakai high heel untuk pergi pasar... =..='

Smiley

Mungkin ada yang dah tahu cara meletakkan smiley pada facebook/message/email dan lain-lain. Tapi, saya nak jugak post pasal ni (degilnya budak ni)
ambik ni.
smilesmile:-) :) :] =)
frownfrown:-( :( :[ =(
gaspgasp:-O :O :-o :o
gringrin:-D :D =D
tonguetongue:-P :P :-p :p =P
winkwink;-) ;)
curly lipscurly lips:3
kisskiss:-* :*
grumpygrumpy>:( >:-(
glassesglasses8-) 8) B-) B)
sunglassessunglasses8-| 8| B-| B|
upsetupset>:O >:-O >:o >:-o
confusedconfusedo.O O.o
sharkshark(^^^)
pacmanpacman:v
squintsquint-_-
angelangelO:) O:-)
devildevil3:) 3:-)
unsureunsure:/ :-/ :\ :-\
crycry:'(
Chris PutnamChris Putnam:putnam:
robotrobot:|]
heartheart<3
kikikiki^_^
4242:42:
penguinpenguin<(“)
poop smileypoop:poop:


cantik kan? Like like like! haha

Taman Tamadun Islam

Cuti skolah dah nak berakhir, tetiba pulak teringin nak post pasal tempat ni. nak tau tempat apa?
Taman Tamadun Islam laa..
Sepatutnya saya kena post sebelum cuti kan. Hmm.. nak buat camne... sibuk katakan..

Cakap pasal Taman Tamadun Islam (TTI) ni, semestinya tempat ni menjadi tarikan pelancong tak kira samada dari dalam atau luar negara. Boleh saya kata, tempat ni, merupakan tempat riadah paling popular kat Kuala Teregganu ni. Menarik kan? Terdapat 23 buah monumen masjid dari seluruh negara. Jadi, kalau siapa-siapa yang x dapat merasai menjejakkan kaki ke masjid yag sebenar, boleh la snap gambar kat monumen ni. haha.


Jadi, jika ada plan nak bercuti ke Terengganu tu, jangan lupa datang ke sini. lepas singgah TTI, boleh pergi kg. Losong untuk beli keropok. Dekat jee.. utuk maklumat lanjut, layari lah laman web ni : http://www.tti.com.my/

Wednesday, March 13, 2013

Mami nak cari iron cocotte set.

Hmm... lama tak blogging.. maklumlah, sibuk katekan. Baru-baru ni, mami(my mom) cakap nak cari periuk besi atau nama sebenarnya Iron Cocotte. Macam gambar ni.
Tengok gambarnye pun dah cantik. Tapi sayang... saiz kecik.. cuba cari dekat ebay.co.uk, jumpa jugak saiz yang besar, tapi bila convert harga...WoWOowOW! Dekat RM1000.

Mami cakap, dia nak beli ni untuk masak lauk harian macam sup, ikan singgang dll je. Tapi, bila dia tengok harga, ni dia kata

"Nak masak kuah ikan singgang pun guna periuk 1000.00 hingit. Baiklah.. beli periuk kat pasar payang"

Last-last tu, cancel je niat nak beli Cocotte Set kat e-bay tu. Haahhaha! kelakar betul