Rumah Kena Langgar

9 November

Hmm... Rumah kena langgar betul-betul depan mata. Al-kisahnya begini..

Petang (Dalam pukul 2 lebih)
Tok Gi (atuk) datang rumah. Mula-mula dia datang saya dah agak apa aka berlaku. Sebab apa? Sebab dia dah uzur dan nyanyuk. Bayangkan orang nyanyuk bawak kereta dengan lesen dah lama mati, road tax pun sama. Saya memang terkejut bila tengok dia datang sorang-sorang sambil bawak Land Rover kesayangannya.

Bila dia masuk kawasan rumah tu, saya dah lega sebab dia tak langgar pintu pagar. Ok! Satu halangan dah lepas.

Kemudian saya target dua point, samada dia akan langgar kereta atau langgar rumah kayu. Masa dia masuk kawasan rumah tu, kereta yang dipandu dah perlahan tapi tiba-tiba kereta tu bergerak laju pastu...


BANG!!! 


terus langgar tiang bawah rumah. Semuanya berlaku di depan mata saya. Gegaran dan bunyi yang kuat menyebabkan dua tiang cengal patah. Yang paling teruknya, salah satu tiang tu merupakan tiang tunjang!

Memang saya takkan lupa macam mana kejadian tu berlaku sampai rumah bergegar. Masa kejadian, mak saya duduk dalam rumah tengah dodoikan adik. Masakan tak terkejut bila dia dengar bunyi kuat.. Bila mak keluar, dia terus menangis sampai tak terkeluar air mata.

Tok Gi pulak tak cedera. Tetapi, bila saya buka pintu keretanya, sempat lagi dia cari ayah saya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Memang geram. Tapi, nak buat macam mana... orang nyanyuk.

Bila telefon Oma (nenek), dia cakap dia tak tahu pulak Tok Gi dah keluar rumah. Kalau dia tahu memang dia halang orang tua tu bawak kereta. Tapi, nak buat macam mana...

Keesokan hari, papa baiki balik tiang tu guna hydraulic pump.

Seorang lagi calon SPM meninggal dunia

7 November

JERTEH - Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini. Pelajar yang dikenali sebagai Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam. Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris  2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini. 

Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia. Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun  meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Manakala, Nur Syazwani Ariffin, 17,  pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan.

Sumber : Sinar Harian

Bulan Puasa 2013


Haaah! Ini lah makanan yang kitaorang beli dekat bazar KMPh. Beli sikit je, tapi bila himpun macam banyak. Memang banyak..

Bazar Ramadan kat sini memang best, orang luar dari kolej ni pun boleh masuk. Makanan pun boleh tahan jugak. Harga pun boleh tahan.

Rindu pulak suasana berpuasa di bulan yang mulia ni...

Kempunan tengok TV

Punyalah lama tak tengok TV, sampaikan makan tak kenyang tidur tak lena.. Haha.. takde la macam tu.
Kebetulan singgah bilik kawan, dia ada tunjuk phone dia yang boleh connect siaran TV. Kalau astro tu takde la... =..='

Best jugak tengok cerita kat sini. Walaupun saiz kecik, boleh la jugak buka minda dengan dunia hiburan ni. Al-maklumlah, 24 jam study tanpa henti, kita kena gerakkan minda kita dengan benda-benda lain jugak.

Ini lah, TV mini yang dimaksudkan...



Ku Sangka Gurauan, Tetapi Nyata

Hahaha.. Tak sampai sebulan balik semula ke Matrik Pahang ni, lecturer Chemy kata nak buat jamuan raya. Itu pun masih lagi dalam bulan Syawal. Cikgu (Lecturer Chemy) cakap nak buat jamuan tu hari Selasa sebab kelas kitaorang relax sikit hari tu.

So, waktu petang semua pelajar perempuan tukar baju. Dari T-shirt rasmi kolej ke baju formal. Budak lelaki pulak, Sri sorang je yang tukar baju... yang lain masih pakai T-shirt kolej.

Dalam setengah jam kitaorang tuggu cikgu dekat Cafe A, cikgu pun sampai dengan membawa beberapa bekas kuih raya. Bukan bekas saja tau.. Kalau tak percaya, ini dia...






















Jadi yang "ku sangka gurau tu" maksudnya saya ingatkan cikgu nak buat jamuan biasa je.. rupa-rupanya dia bawak sekali kuih raya dari rumah dia. Hahaa.. apa lagi, kitaorag melantak je la... Air tu, cikgu yang belanja. Dia order dari Cafe A2. Haha.. Kitaorang kekenyangan sampai malam. Syukur sebab ada orang bagi rezeki..

Stress dan cara nak tanganinya.

Sebagai pelajar, kita memang tak boleh lari dari stress.
Sebab stress memang banyak. Antaranya :
-Assignment banyak
-Pop kuiz mengejut
-Test mengejut
-Cikgu mintak assignment
-Tak faham pelajaran
-Tekanan rakan sebaya
-Makanan tak memenuhi cita rasa
-Pakaian tak selesa
-Dan bermacam-macam lagi.

Tapi, ada orang kata stress itu bagus. Sebab bila kita stress, otak kita akan berfungsi lebih aktif daripada seperti biasa. Ini kerana, kita akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kita. Bukan itu je, jantung kita akan berdegup pantas dan ini membantu sistem peredaran darah dalam badan kita. Cuma, bila jantung dah terlebih pam tu, jadi darah tinggi la pulak. Haha.. Sebab itu dalam Islam, kita perlu mengambil wuduk dan buat solat sunat sekiranya mengalami sebarang masalah. Kalau malas buat solat sunat, zikir dan ingat nama Allah dan cukup memadai.

Gambar kat bawah ni merupakan antara kesan-kesan stress terhadap badan manusia.


Ini pula ada beberapa tips untuk mengurangkan stress. Terjumpa kat dalam folder Mr. Google.

Happy Diwali

Hi!
Kepada rakan saya yag berbangsa India ; Thivisha, Arishea, Aisswaria, Manimala, Sri Kabelen, Saegina, Manimalnie, Sanesha dan ramai lagi serta seluruh penganut agama Hindu, saya ucapkan Happy Diwali!

Rindu blog ni

Salam...
Dah lama tak update blog ni. Maklumlah, sejak jadi student Matrikulasi ni, memang takde masa langsung nak on9. Kalau nak on facebook tu, hujung minggu je boleh. Dah la wi-fi kat sana mengalahkan siput. Aduhai.. Sabor je la..

Dalam kepala otak ni bermacam-macam nak diluahkan kat dalam blog ni. Tapi, apekan daya...
Insya-Allah, sepanjang cuti sem yang tak berapa panjang ni, saya akan update segala benda yang saya rasa perlu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...