Thursday, February 21, 2013

Cara menggabungkan imej menjadi satu.


1.       Buka Software PS. Masukkan gambar pertama dan padam keseluruhan latar belakang gambar tersebut. Bila siap, klik <File> <Save As> dengan format .PNG.


2.       Klik <File> <Place> dan masukkan gambar yang kedua. Edit gambar kedua macam edit gambar pertama tadi.


3.       Klik Shift, <Layer1> <Layer2> (gambar 1 dan gambar2 tadi), right click dan tekan <Convert To Smart Object>. Hasilnya, dua gambar tadi menjadi satu.

4.       Buka <File> <Open> dan masukkan gambar baru yang memain peranan sebagai background.

5.       Guna ikon <Move Tool>, drag/tarik imej yang disatukan tadi ke dalam gambar background tadi. Ubah saiz gambar mengikut kesesuaian.
Selepas Drag 

6.       Nak bagi cantik sikit, right click pada layer imej bear tadi dan klik <Blending Options>.


7.       Klik <Outer Glow> <Ok>. Nampak macam ada glow kan?


8.       Bila dah puas hati simpan fail tu dalam format .JPG.

Cara Buat Watermark


1.       Buka software PS. Klik <New>. Pastikan <Backgroud Contents> disetkan kepada TRANSPARENT.


2.       Klik <Elliptical Marquee Tool> di Toolbox. Klik Shift dan tekan tetikus pada sebelah kiri untuk membentuk bulat yang sempurna.




3.       Kalau bulatan yang dihasilkan tiada warna, klik <Paint Bucket Tool> dan klik dalam bulatan tu. Warna akan ada. Kalau nak tukar warna, tengok bawah ni.



4.       Ikut di bawah dengan cara “Drag” untuk tambah bulatan 1 lagi.


Nota: Resize dan tukar warna layer 1 copy. Pastikan layer 1 copy di highlight atau di select jika tidak proses mengedit layer 1 copy tidak akan menjadi.

5.       Masukkan gambar pilihan dengan klik <File> <Place> dan letak pada tengah bulatan. Bila ada tanda pangkah pada gambar yang dimasukkan, klik <Move Tool> <Place>.
 
  
Nota: Untuk gerakkan objek agar lebih center, guna <Move Tool>. Kalau background imej mempunyai warna seperti gambar Air Asia tu, padam background tersebut. Jangan risau. Layer lain tidak akan terpadam sekiranya, hanya layer imej AirAsia sahaja yang di-select/highlight.
  
6.       Tambahkan tulisan. Klik ikon <Text> pastu taip. Kalau nak bagi tulisan ada bentuk, klik <Wrap Text>.

 

7.       Nak menarik, tambahla apa yang patut. Bila siap, save. Pastikan format untuk save tu adalah .PNG bukan .JPEG.

Hasil sebelum di-save.

Hehe.. gambar Air Asia takde sbb PC sy ada problem tadi.

Cara Memadam Background Gambar

Biasanya saya nampak, bila latar belakang gambar tu dipadam, bahagian tepi objek tu nampak macam tajam-tajam. Jadi, skarang ni saya nak ajar macam mana nak bagi tepi objek tu smooth.

1.       Klik <File> <Open>. Cari gambar yang kita nak pastu klik open.


2.   Klik ikon <Magic Wand> dan klik pada background imej. Ada satu kawasan terbentuk kan? Tekan kekunci delete dan kawasan tu akan terpadam.


3.       Tapi, bukan semua kawasan tu akan terpadam kan? Bukan tu je, gambar yang taknak padam pun   TERpadam. Aduih. Macam mana ni... Tengok ni.


4.       Klik <Edit> <Undo Clear>. Pastu, klik <Magic Wand> dan klik ke dalam kawasan yang dah pilih tadi.
      Hasilnya, kawasan yang “terpilih” tu batal.

5.       OK! Kita guna cara lain pulak.

6.       Pilih <Background Eraser Tool> dan lihat bar berikut.


7.       Saiz Brush boleh diubah dengan klik pada butang muat turun ni. Kemudian, tetingkap akan keluar. Pilih saiz Brush yang kita nak.


8.       Aktifkan <Protect Background Colour>.


9.       Mulakan memadam bahagian tepi gambar berikut.


10.   Untuk kawasan kecik dekat sayap tu, klik <Magic Eraser Tool> dan padam.

11. Jeng! Jeng! Jeng! Ini hasilnya...


12.   Kemudian, klik <Magic Eraser Tool> klik pada latar belakang gambar dan delete.

13.   Kalau ada bahagian yang tak terpadam, klik <Eraser Tool> dan padam mana yang patut.


14.   Klik <Zoom Tool> dan zoom pada tepi gambar. Masih ada yang belum padam?

Klik <Eraser Tool>, kecikkan saiz brush dan tukar hardness menjadi percent (%) yang kecil ikut kesesuaian dan padam bahagian tu. Hasilnya, bahagian tepi tu kelihatan samar-samar. Guna <Blur Tool> pun boleh.

Sebelum dan Selepas

15.   Zoom out gambar tersebut. Klik <File> <Save As>. Pastikan gambar dalam format .JPG.

Jom Kenal Ikon Photoshop


First time bukak photoshop memang kita blur bila tengok ikon kat tepi tu. Relax... Meh saya tunjuk.


Inilah Toolbox. Klik pada butang muat turun yang terdapat pada ikon-ikon berkenaan untuk lebih detail.

Rectangular Marquee Tool (M) = Untuk membuat seleksi objek dengan bentuk segi empat

Move Tool (V) = Untuk memindahkan Objek


Lasso Tool (L) = Untuk membuat pilihan objek dengan bentuk sesuai yang diinginkan


Magic Wand Tool (W) = Untuk memilih berdasarkan warna tertentu

Crop Tool (C) = Untuk memotong objek dengan bentuk segi empat

Slice Tool (K) = Untuk memotong objek dengan bentuk garis lurus

Healing Brush Tool (J) = Untuk menghilangkan bahagian tertentu pada image yang tidak dipakai

Brush Tool (B) = Untuk mengisi warna objek


Clone Stamp Tool (S) = Untuk membuat clon gamabar sesuai dengan pola gambar yang dipilih

History Brush Tool (Y) = Untuk menampilkan semua rakaman brush tool

Eraser Tool (E) = Untuk memadamkan gambar

Gradient Tool (G) = Digunakan untuk membina warna dalam mode gradient

Blur Tool (R) = Untuk menggaburkan objek gambar

Dodge Tool (O) = Untuk memastikan warna image agar lebih terang

Path Selection Tool (A) = Membuat pilihan dengan menyambungkan titik-titik sehingga terbentuk curve

Horizontal Type Tool (T) = Untuk membuat objek berupa teks

Pen Tool (P) = Untuk membuat path atau curve dengan bentuk yang lebih variasi

Rectangle Tool (U) = Untuk membuat segi empat

Notes Tool (N) = Untuk penambahan catatan


Eye Dropper Tool (I) = Untuk mengambil sampel warna background atau foreground

Hand Tool (H) = Untuk menggeser bidang kanvas/stage

Zoom Tool (Z) = Untuk memperbesar atau mengecilkan image


LAYER
Layer bisa didefinisikan sebagai lembaran kerja transparan, digunakan untuk mengedit dan memanipulasi suatu image.

STAGE
Stage adalah bidang kerja kanvas untuk area pengeditan dan pembuatan objek gambar.

PALET
Palet digunakan untuk memonitor dan memodifikasi image. Secara default, palet akan ditampilkan.

Wednesday, February 20, 2013

Macam Mana Nak Start Photoshop

Ada sesetengah pemilik software yang “0” tentang photoshop hanya dapat mengeluh setelah meng-install software ini. Jangan mengalah! Dulu saya pun macam tu jugak. Kena la usaha kuat sikit. Sekarang ni, saya nak ajar macam mana nak start Photoshop. Untuk pengetahuan, saya menggunakan Photoshop CS4. Photoshop versi lain pun boleh guna jugak tapi dia lain sikit. Kena pandai2 lah cari masa edit ye.

  1. Klik <Start> <All Programs> <Adobe Photoshop>. Tunggu dia loading sekejap, dan akan keluar macam ni. 


2.       Klik <File> <New> dan tetingkap berikut akan keluar.


<Name>         : Untuk menaip nama bagi imej yang akan diedit.
<Preset>        : Untuk menentukan saiz imej. (Apabila klik pada butang muat turun pada <Preset Size>, senarai saiz akan keluar.


<Weigh>&<Height>: Untuk menentukan saiz dan tinggi imej.
<Resolution>    : Untuk memasukkan nilai resolusi imej.
<Mode>          : Menentukan jenis warna. Apabila klik pada butang muat turun, pilihan mode akan keluar.


Nota tambahan: Untuk menedit gambar menjadi imej monokrom atau hitam putih, pilih <Grayscale>. Kalau imej yang nak edit tu untuk paparan pada komputer sahaja, kena lah pilih mod <RGB Colour>. Tapi, kalau imej yang nak edit tu untuk percetakan, kena lah pilih mod <CYMK Colour>. Dengan mod ini, gambar yang dicetak akan lebih berkualiti.

<Background Contents>: Untuk pilih warna latar belakang. Lihat pilihan berikut.

  

Kepada beginner tu jangan takut untuk guna software ni. Komputer takkan meletup kalau buka software ni. Hahaha.. Kalau komputer tu boleh support software ni, lagi senang nak edit gambar. Jadi, selamat mencuba ya!