Monday, July 30, 2018

Gegendang Telinga Berlubang

Saya di diagnosis mengalami gegendang telinga pecah. Macam mana boleh terjadi?
Image result for gegendang berlubang
Sumber gambar: Google

Berkemungkinan ini berpunca daripada aktiviti lasak yang saya lakukan seminggu sebelum puasa 2018. Seminggu sebelum puasa, saya ada buat lesen Open Water Diving atau ayat ringkasnya scuba diving. Aktiviti ini dilakukan selama 3 hari yang bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu. Walaupun saya telah dilatih untuk mahir dalam teknik berenang dan teknik underwater, itu tidak menjamin saya terselamat daripada sebarang kemalangan semasa melakukan aktiviti menyelam.

Selaman pertama, saya masih okay. Masa tu kedalaman hanyalah 2 meter dari paras permukaan laut. Keesokan harinya, mencabar sikit.. 6 meter kedalaman. Masa itu lah saya mengalami satu tekanan kuat seperti besi menyucuk di dalam telinga. Beberapa kali saya memberi isyarat kepada Dive Master dan dia membantu saya dalam proses equalization. Mujur masalah ini dapat diatasi. Namun, saya tetap mengalami masalah sama setiap kali kedalaman ketika menyelam bertambah. Ini menyebabkan gegendang telinga mengalami trauma, dimana tekanan udara yang berada di dalam telinga telah menolak dengan kuat sehingga menyebabkan kesakitan.

Setelah 3 hari selesai, saya pulang ke daratan. Dan, dalam minggu yang sama saya telah menjalani latihan praktikal Sea Survival. Lagi sekali saya perlu bermain di dalam air.

Akibatnya, selepas selesai latihan praktikal, saya mengalami "pekak" pada bahagian telinga kanan. Oh ya, dari perenggan atas, masalah yang saya alami adalah pada telinga kanan sahaja. Seminggu menanggung derita. Akibat kekangan waktu dan lokasi Pusat Kesihatan yang jauh dari kolej, saya cuma pendam kesakitan dan berharap dapat sembuh. Sebab, selalunya kalau ada masalah camni telinga saya cuma ambil masa 3 hari untuk sembuh sepenuhnya. Lain pula kali ini, telinga saya memerlukan masa 7 hari untuk sembuh. Risau juga tapi tawakkal sahaja.

2 bulan setelah telinga saya sembuh, satu hari telinga dimasuki air ketika mandi. Kecuaian sedikit macam tu sahaja menyebabkan telinga kanan bermasalah kembali. Kali ini makin teruk. Telinga tak sakit, tapi ia bergema sehingga menyebabkan pening kepala. Dengan perangai degil saya ni, saya masih pendam masalah ini. Selepas 3 hari mengalami telinga bergema dan sakit kepala, masalah ini berakhir. Namun, selang beberapa hari, telinga terus jadi pekak. Tanpa rasa sakit, ia terus "block" bunyi. Hari seterusnya, telinga menghasilkan bunyi seperti siulan dan bunyi robot. 3 hari diperlukan untuk sembuh dan akhirnya kembali normal. Selang beberapa hari, masalah sama berulang. Bunyi seruling dan kali ini lagi nyaring.

Akibat terlalu risau, saya memaksa diri untuk bertemu doktor. Hasil pemeriksaan, doktor menemui satu lubang pada gegendang. Terkejut sebab saya seorang yang aktif dalam sukan air dan tidak pernah mengalami masalah ini. Bila difikirkan balik, ni mungkin berpunca dari aktiviti menyelam. Pelik..bagaimana selepas aktiviti menyelam, telinga saya boleh berfungsi secara normal. Rupanya, masalah ini berulang disebabkam air masuk dalam telinga ketika saya mandi (perenggan 6). 

Sebenarnya, selepas menyelam, gegendang telinga dah rosak tapi ia sempat pulih sendiri dan semestinya memerlukan masa yang lama. Pantang larang ketika proses penyembuhan adalah elakkan dari terkena air dan bermain aktiviti lasak yang boleh menyebabkan gangguan pada tekanan dalam telinga. Namun begitu, belum sempat ia pulih sepenuhnya lagi sekali telinga dimasuki air sepertimana yang saya ceritakan sebelum ini. Seksanya, Allah sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama, saya diuji dengan demam dan selesema. 3 nikmat sekaligus Allah tarik buat sementara. Saya diberi ubat Vit C, antibiotik dan ubat "bengang telinga". Sekiranya masalah berlanjutan, saya perlu merujuk kepada pakar. Banyak perkara yang saya pelajari melalui ujian ini dan ini menjadikan saya tidak serik untuk terlibat dalam aktiviti sukan air.

3 comments:

  1. Maaf bertanya. Slepas sembuh tu..adakah pendengaran akan baik seperti sediakala? Tidak ada lgi bunyi2 pelik dan tidak ada lgi masalah kurang pendengaran?

    ReplyDelete
  2. Maksud sy Adakah selepas sembuh tu pendengaran akan kurang sedikit daripada asal ataupun akan baik seperti asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada individu. Kebiasaanya, pendengaran akan kembali seperti biasa. Namun, kondisi telinga haruslah sentiasa dijaga kerana khuatir akan mudah cedera di laij hari.

      Delete