Saturday, June 8, 2013

Perjumpaan Keluarga

25 Mei 2013
Merupakan hari yang bersejarah buat keluarga saya di Malaysia apabila menerima kunjungan keluarga dari United Kingdom. Kali ni, rombongan mereka taklah ramai macam tahun 2008 dulu. Cuma 4 orang je. Antaranya, Amelia, Rory, Amina dan Elena. Dalam pukul 3 petang, kita dah siap sedia menantikan kehadiran mereka di airport Kuala Terengganu. Pak Cik Daud dan isterinya pun ada. Setelah tiba, seperti biasa kami akan bersalam, berpeluk (tanda rindu) dan kemudian mereka bertolak ke Tanjung Jara Resort di Dungun.

27 MEI 2013
Dari pukul 11.00 pagi saya dan keluarga dah tunggu Elena dan keluarganya di Kg. Losong Dato' Amar untuk menziarahi kubur bapanya iaitu, Hj. Ngah Bin Musa. Kalau kat daerah Kuala Terengganu ni, bila ditanya siapa kenal arwah ni, pasti ramai akan jawab mereka mengenali arwah ni. Sebab, arwah merupakan kelasi kapal pada usia muda dan menetap di UK sehingga akhir hayatnya.

Bila mereka sampai, kami terus pergi ke kubur. Satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan telah berlaku dan cerita ini tidak boleh saya kongsikan atas dasar kekeluargaan.

Kemudian, kami bertolak ke Muzium Negeri Terengganu dan seterusnya menuju ke Motel Desa untuk makan tengahari. Motel Desa ni terletak di atas bukit dan dari atas kami dapat melihat pemandangan bandar Kuala Terengganu. Makanan di situ pun boleh tahan jugak. Mujur lah orang putih ni boleh sesuaikan makanan Melayu. Maklumlah, ada darah daging Melayu.

Seterusnya, kami bawa keluarga ni ke rumah Atuk dan Nenek saya di Padang Midin. Atuk saya, Cikgu Zaid menitis air matanya sebaik bertemu dengan Amina, Elena, Amelia da Rory. Maklumlah, dah lama tak berjumpa dengan anak saudara.

Setelah itu, kami bertolak ke rumah Mak Cik Minah di Batu Burok. Mak Cik Minah dan keluarganya ni bukan ahli keluarga kami tetapi merupakan kenalan rapat arwah Hj. Ngah iaitu bapa Amina dan Elena. Mak Cik Minah ada sediakan hidangan yang best...

Rombongan ke rumah Mak Cik Minah merupakan tempat terakhir kami bersama kerana selepas rombongan itu, Amina, Elena dan dua orang anaknya bertolak pulang ke Tanjung Jara dengan menaiki Van Toyota HIACE milik Syrkat Ping Anchorage.

31
Mereka pulang. Sedih sebab saya tak dapat bersamanya pada hari terakhir kerana saya dan sekeluarga terpaksa ke KL.