Friday, July 22, 2016

Tumpang kereta orang, hulur la duit minyak


Dengar member bawa kereta, comfirm ada yang nak menumpang. Ini lumrah bagi orang yang bekerja, pelajar dan lain-lain. Tapi paling mencabar, untuk pelajar la.. Iye la.. nak tanggung duit minyak kereta..

Istilah "TUMPANG KERETA @ CARPOOL". Ayat ini cukup sinonim dalam kalangan pelajar yang menyewa di luar (Non-Resident). Jadi, saya sebagai seorang pelajar dan juga salah seorang pemilik kereta ingin menegaskan beberapa faktor yang perlu diketahui oleh individu yang memegang title sebagai PENUMPANG.

Dah lama saya pendam perkara ni. Jadi, antara faktor penting yang perlu ambil tahu bagi PENUMPANG adalah..

TAPI, sebelum itu.. Biasanya orang akan cakap "Kau bawak orang, pandai-pandai la tanggung". Haa.. ini bukan merujuk kepada business carpool, atau kereta sapu okay. Ini merujuk kepada member yang tumpang member.

1. HULUR DUIT MINYAK
Dah tumpang tu, pandai-pandai la hulur atau tong-tong duit minyak. Kalau tak pun, belanja makan pun ok. Bila hulur duit miyak, driver memang akan tolak @ segan nak amik tapi, nak atau tak nak kena la bagi juga. Kira okay la tu driver macam segan-segan atau tak nak ambil..at least dia ada sifat berperikemanusiaan. Yang menumpang ni, jangan la jadi tak berperikemanusiaan pulak atau kedekut. Duit minyak ni, nak cakap student tanggung pun ada betul. Tapi ada juga mak ayah yang   tanggung. Jadi, takkan la mak ayah nak tanggung duit minyak orang lain jugak. Paham-paham jelah.

2. JANGAN TERLAMPAU BERKIRA PASAL DUIT MINYAK
Kes ni normal bagi rakan-rakan serumah yang menumpang. Kalau member (driver) letak harga, penumpang tolong la consider. Biasanya kalau sorang tumpang kereta, belanja minyak kereta tak tinggi. Tapi kalau dah 5 orang naik satu kereta, mau tinggi belanja minyak tu. Paham-paham je la.. Berat 5 orang tak sama dengan berat 1 orang.

3. JANGAN TUTUP PINTU KUAT SANGAT
Dah naik kereta orang, jangan la tutup pintu kuat sangat. Bingit telinga. Pintu kereta tu dah direka khas untuk tutup rapat. Tak perlu la nak test kekuatan pintu kereta tu. Kalau rosak, bukan awak yang tanggung. Tuan kereta yang kena tanggung.. Kalau pelajar, mesti mak ayah dia sekali yang kena tanggung. Jadi, hanya kerana satu kesilapan, ramai pihak yang kena tanggung. Tolong sedar bab tu ya..

4. JANGAN TUTUP BONET MACAM WWE
Ini satu lagi masalah. Tutup bonet macam nak lepas geram. Amboi..amboi.. kereta tu awak punya ke. Berlembut la dan anggap la kereta tu macam barang kesayangan. Kalau ada orang sentuh barang kesayangan, apa perasaan anda? Haa.. Begitu la perasaan driver. Mujur la dia kasi tumpang.

5. JANGAN TIDUR DALAM KERETA
Perkara ni takde la serious sangat. Kalau saya sendiri, saya tak kisah kalau penumpang tidur. Diorang takde pape nak buat kan.. Daripada memekak, baik senyap je terus. Boleh la fokus memandu. Bagi driver lain, mungkin dia ambil serious bab ni. Yelah.. penat-penat pergi kelas, balik sama-sama..end up, kawan-kawan tidur dalam kereta sambil pekena air-cond. Amboi.. Dah la kena hadap jalan jem, traffic light, pe'el driver lain lagi..bla..bla.. Jadi, respect la kepada yang memandu tu.

6. JANGAN MEMEKAK DALAM KERETA
Time balik, muka semua penat, pastu korang pasang radio kemain kuat, pastu sembang gelak sampai tak ingat dunia..Aiii..ini kalau kena dekat driver yang jenis cepat naik hangin, silap haribulan, habis semua penumpang dia kick out. Sama macam atas tadi juga.. Driver kena hadap jalan jem, traffic light, pe'el driver lain, bla..bla.. Jadi, tolong la faham situasi tu. Tapi, kalau driver tak kisah, takpela. Nak melolong sana sini pun takde hal.

7. JAGA KEBERSIHAN KERETA
Perkara yang buat saya bengang. Bila nak bersih kereta, terjumpa la "harta karun" dekat celah-celah kusyen, bawah karpet, bawah seat, dalam poket belakang kerusi, celah pemegang pintu, bla..bla.. Korang ingat ni mungkin perkara kecil. Sekali dua takpe lagi. Kalau dah berkali-kali, bengang oii.. Dah berak, pandai-pandai la cuci sendiri. Takkan itu pun orang lain nak kena buat. Lagi satu, kalau kaki terpijak pasir, selut, taik atau pape yang boleh kotorkan kereta..tolong la bersih dulu. Kalau dah tak sengaja, tolong la bersih karpet tu. Ini tak.. Dah nampak karpet tu berlopong, dibiar je dengan muka tak bersalah. Kau ingat aku ni kuli kau ke ape..Haa..Marah ni..

8. JANGAN MAKAN DALAM KERETA SESUKA HATI
Kereta tu bukan kereta ayah awak tau. Boleh makan sesuka hati. Kalau nak makan, minta izin driver dulu. Kalau dia tak kasi, jangan la makan. Kalau dia ok, takde hal la.

9. JANGAN KELUARKAN BAU TAK MENYENANGKAN
Kalau terasa nak kentut, tahan jela.. Kalau tak tahan sangat, mintak driver berhenti jap. Haa.. pastu keluarla pastu buat la acah-acah nak amik gambar kat luar (itu pun kalau segan nak cakap)

10. JANGAN SELONGKAR BARANG SESUKA HATI
Dah naik tu,, tak payah la nak jadi orang gaji pulak. Duk je diam-diam.

Itu jelah kot antara faktor-faktor yang perlu dititikberatkan. Namun, saya nak highlight point paling penting dalam perkara ini..Yang wajib kena tau..

1. HULUR DUIT MINYAK
2. JANGAN TUTUP PINTU KUAT SANGAT
3. JANGAN TUTUP BONET MACAM WWE
4. JAGA KEBERSIHAN

Dinasihatkan kepada para penumpang, "Patuhi Peraturan, Ingat Yang Tersayang"

p/s: Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR) perlu ambil serious hal ini.