Suasana di Kolej Matrikulasi Pahang

Assalamualaikum.. Lama take update blog. Seriously saya memang sibuk. Biasa la..hidup..

Bercakap pasal Kolej Matrikulasi Pahang ni.. Sememangnya pusat pengajian yang paling best! Siapa kata Matrikulasi tak best? Sebenarnya ia bergantung kepada pelajar tu sendiri. Kalau tak biasa duduk asrama & malas belajar, memang itu la jawapannya.

 VIDEO DI SEKITAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.

*TERIMA KASIH KEPADA INDIVIDU YANG TELAH MENGHASILKAN VIDEO INI.

Jujurnya, KMPh adalah pusat pengajian yang saya fikir SANGAT HEBAT!

Dari segi fasiliti untuk pembelajaran, semuanya cukup. Siap ada bangunan makmal yang dilengkapi lif. Perpustakaan sangat besar. Tak ingat berapa tingkat, tapi letih jugak la kalau naik tangga time nak masuk makmal bahasa atau makmal komputer. Lif pun ada tapi untuk lecture sahaja. Bila masuk dalam library tu, korang akan jumpa tangga besar ke tingkat atas. Tangga tu cukup besar macam dalam hotel mewah. Bangunan tutorial setinggi 4 tingkat & tiada lif. Dewan kuliah kecil (DKK) ada 4. Dewan kuliah besar (DKB) ada 2. Dewan ada dua. Satu Dewan Mat Kilau(DMK), terletak di tengah-tengah pusat belajar. Satu lagi Dewan Dato' Bahaman (DDB), terletak bersebelahan astaka Dan sangat jauh. Ok, beralih ke tempat lain pulak.

Tempat study pulak macam mana? Jangan bimbang, mana-mana boleh study sebab banyak meja & kerusi/ pondok disediakan.

Surau disana diberi nama Surau Al-Muttaqin. Dua tingkat. Kalau time solat Jumaat, orang luar pun boleh masuk.

Mesin ATM? Hmm.. Yang ni menjadi keutamaan. Mesin Kat Sana cuma ada Bank Islam & Bank Rakyat. Lokasi mesin ni betul-betul dekat pagar utama KMPh. Bertentangan dengan pondok pengawal. Mesin ATM ni memang jauh. Saya sarankan supaya bawa payung sekali bila nak pergi cucuk duit sebab takde susur gajah. Jangan risau, bila sampai dekat mesin tu, korang akan menikmati saat indah bila keluarkan duit dalam bilik yang berpenghawa dingin tu. Haha.

Blok @ kolej kediaman?
KMPh ada 3 Kolej kediaman. Setiap Kolej ada 2 lagi blok. So, total ada 6 buah bangunan. Hah! Pening. Okok.. Saya cerita balik. 3 Kolej kediaman tu adalah A,B & C. Sebenarnya setiap Kolej kediaman ada nama tapi saya lupa. Kolej A ada dua buah blok dikenali blok A1 & A2. Begitu juga dengan Kolej B & C.

Dalam bilik boleh memuatkan 4 orang. Katil single. Meja study dilengkapi lampu study ada 4. Almari besi ada 4. Pendek kata, setiap sorang mesti ada kemudahan ni. Bantal & tilam tak perlu bawa. Haha. Smua Dan disediakan. Tandas terletak di luar. Setiap aras ada tempat ampaian. Aras 1&2 dilengkapi kemudahan dobi. Dekat ground floor pun ada ampaian.

Rumah warden @ fellow terletak di ground floor setiap Kolej kediaman. Kalau ada masa, singgah la rumah mereka. Hihi.

Tempat makan. Jangan bimbang. Setiap Kolej kediaman ada Cafe. Satu buah cafe dibahagikan kepada dua. So, nanti takde la student A1 & A2 nak berebut makanan. Hehe... Total bangunan Cafe adalah 3. Cafe yang paling famous adalah Cafe A2. Blok saya tuhh.. Haha bangga pulak. Satu lagi keistimewaan adalah setiap blok ada kedai runcit dan cyber cafe. Best kan?! Bukan itu je, bilik TV pun ada.

Kedai runcit dekat pusat pelajar pun ada. Macam-macam boleh beli. Kedai bakery pun ada.

Court? Ada... Setiap kolej kediaman ada court. Ada court badminton & bola keranjang. Selain court di Kolej kediaman, court lain pun ada terletak di unit sukan. Seingat saya, Ada court squash, tenis & badminton (indoor). Trek sukan pun ada. Astaka pun besar jugak, dua tingkat.

Tempat rekreasi lain adalah seperti tasik, Laluan Sihat (tempat jogging start dari tasik), bukit bintang. Hah! Ada bukit bintang? Takde la... Sebenarnya tu kawasan tangki air. Disebabkan ia terletak dikawasan tinggi, jadi budak-budak suka lepak dekat situ. Basikal pun boleh sewa. Setiap hari kecuali sabtu & ahad. Mesti pakai pakaian sukan & berkasut sukan serta bawa kad Matrik.

Pakaian semasa kuliah. Pelajar perempuan wajib pakai baju kurung tiap-tiap hari. Pelajar lelaki berkemeja tiap-tiap hari. Jangan harap boleh pakai T-shirt okay.. AND JEANS ARE NOT ALLOWED. Kasut mesti bertutup bagi semua pelajar. Pakaian kebangsaan pula macam mana? Boleh..asalkan tidak menganggu konsentrasi pelajar. Erti kata lain, tidak menjolok mata. Haa..

Bila boleh outing? Hari Sabtu & Ahad sahaja. Kalau nak balik rumah boleh tapi tak boleh bermalam di rumah. Keluar pukul 8 pagi & balik sebelum pukul 6 petang. Kalau melebihi had Masa, kad Matrik akan digantung dan aktiviti outing akan diblok selama 2 minggu. Jangan nak main tipu-tipu. Sebab, sebelum keluar kad Matrik akan di scan begitu juga bila waktu balik. Bila boleh balik bermalam? Jadual balik bermalam boleh dirujuk di papan kenyataan.

Kemudahan pengangkutan yang lalu dekat KMPh adalah Rapid Kuantan & teksi. Kalau naik Bas Rapid untuk ke Kuantan, biasanya memakan masa 1 jam. Kereta Sewa tidak dibenarkan. Kalau nak balik kampung, nail bas rapid Dan berhenti di stesen bas Indera Mahkota. Memakan masa 1 jam juga kalau tak silap. Kenderaan sendiri tidak dibenarkan.

Panggilan pensyarah. Kebiasaannya student Matrikulasi akan panggil cikgu. Tapi, kalau nak panggil Puan, Tuan, Sir, Madam @ Miss pun takpe.

Bukan Ramadhan sambut macam mana? Jangan bimbang sebab nanti bazar ramadhan akan dibuka. Cafe akan berjalan seperti biasa & tutup sehingga pukul 12 pagi. Kadang-kadang pukul 1 pagi pun masih buka lagi. Tapi, beli makanan dekat bazar lagi best. Orang luar pun boleh masuk.

Dengar kata KMPh ni dekat Gambang Water park? Ya! Betul. Kalau naik Kereta 5 minit je boleh sampai sana jika anda dari Matrikulasi. Kalau naik Bas Rapid antara 5-10 minit. Biasanya setiap hujung minggu student akan pergi mandi-manda kat sana. Memang best!

Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan. Maaf sebab tiada gambar. Tak sempat nak ambil. Hehe.. Sebarang pertanyaan sila ajukan di ruangan komen. Insya-Allah saya akan balas salam masa terdekat. :)

46 comments:

  1. Very interesting article, I really enjoyed every article of this blog, and I learned a lot from here. Thank you for sharing with us. Visit my blog dofollow auto approve http://goo.gl/31NAio.

    ReplyDelete
  2. hi macam mana kalau nak berjumpa dengan pelajar yang belajar dia sana? dengan siapa yang saya kena berjumpa dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda boleh melapor diri ke teratak pengawal di pintu masuk kolej dan mereka akan memberitahu anda panduarah untuk ke kaunter Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) kolej.

      Delete
    2. Betul tu. Semua urusan perlu bermula di pondok pengawal.

      Delete
  3. Kena pakai tudung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sy belajar kat sana, ada juga student perempuan melayu yang tak pakai tudung. tapi, mereka diberi peringatan agar rambut sentiasa dalam keadaan rapi.klau sekarang, saya tak pasti pulak peraturan kat sana samada masih kekal atau dh berubah.

      Delete
    2. Sekarang mostly Malay Islam pakai tudung. Ade pun sorg dua. Tu pun org Sabah Sarawak. Mmg org akn pndang pelik kt org yg xpkai tdung

      Delete
    3. Sekarang mostly Malay Islam pakai tudung. Ade pun sorg dua. Tu pun org Sabah Sarawak. Mmg org akn pndang pelik kt org yg xpkai tdung

      Delete
  4. Mohon pencerahan...nak daftar ank kat cni...kolej ada bg penempatan sementara tak utk parent bg 1 mlm?

    ReplyDelete
  5. Dah call kolej tp tak tahu nk refer kat mana...dlu ada atar ank kt uitm perlis dpt sewa 1 mlm kt dlm tu rm 30 tuk 4 katil

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti pulak pasal ni. dulu sy tak dengar pulak samada parents boleh bermalam kat sana ataupun tak, cuba follow facebook kolej matrikulasi pahang. kat sana, In Syaa Allah ada yang sudi jawab soalan ni. maaf seab tak dapat bantu.

      Delete
    2. homestay banyak kat taman gambang damai..lima minit dr kolej,,,tiada penempatan sementara atau rumah tamu,,,rumah tamu hanya staff kolej sewaktu kursus sahaja

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Pelajar perempuan wajib memakai baju kurung. Adakah memakai jubah dibenarkan?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, saya tengok dekat list barang yg perlu dibawa ada tulis baju t shirt lengan panjang berkolar nak 2 helai. klu lengan panjang x berkolar ok x? ke baju berkolar tu kena beli dekat matrik pahang? klu kena beli kat situ , ada x saiz xxl or xxxl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Baju wajib berkolar. Kalau tiada kolar akan dikenakan tindakan. Kalau ikut pangalaman saya dulu, baju koko matrik dia bagi masa pendaftaran. Saiz pulak, saya tak sure. Nasihat sy, better kamu sediakan keperluan seperti yg dinyatakan.

      Delete
    2. Sis ... mmng kena berkolar eh? Baju tshirt biasa k hapa? K baju putih berkolar ? Bukan kalo pakai tudung x nampak k ? Kenapa kena berkolar ya sis ? Sorry banyak tanya ... hehehe

      Delete
    3. Sis ... mmng kena berkolar eh? Baju tshirt biasa k hapa? K baju putih berkolar ? Bukan kalo pakai tudung x nampak k ? Kenapa kena berkolar ya sis ? Sorry banyak tanya ... hehehe

      Delete
  9. Salam,pelajar perempuan boleh pakai jubah tak? Thanks in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak dibenarkan sewaktu kuliah..tp boleh pakai waktu bebas

      Delete
    2. Dulu memang ada. Tapi, sekarang dah tak boleh dik. Peraturan asal memang kena pakai baju kurung. Kalau nak outing, boleh la pakai jubah

      Delete
  10. Thanks akak...sgt membantu..hilang sket rse nerves ni..doakn sye ea kak..semoga semuanya dipermudahkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Amin...blajar elok2. Tutorial jangan tinggal walaupun sedikit. Tutorial tu la antara yg membantu kamu nanti untuk final.

      Delete
  11. Salam kak, blok a1 dekat mana ya? Paling hujung ke paling depan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Blok A paling hujung. Masuk je kawasan matrik, jalan straight, bila jumpa student centre & belok kiri. Sebelum jumpa blok A, adik akan jumpa blok B.

      Delete
  12. salam. kak 😊..jubah memang tak boleh pakai waktu kuliah ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Jubah memang tak boleh pakai. Pakaian wajib utk pelajar perempuan, baju kurung.

      Delete
  13. Salam nk tanya, kalau waktu bebas iaitu hbs kuliah samada utk mkn di cafe dll adakah pakai t-shirt dan seluar bg pelajar perempuan dibenarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Boleh je. Tapi mesti la menutup aurat & mengikut sahsiah rupa diri.

      Delete
  14. salam akak, dobi tu bayar ke just disediakan washing machine and kita basuh sendiri? thanks kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Dobi tu kena bayar sendiri setiap kali nak basuh. Dekat atas mesin basuh tu, dia ada sediakan mesin duit. Bila dah cukup jumlah yg dimasukkan, baru la mesin basuh boleh on. Kalau x silap, kena bayar Rm2.00.

      Delete
  15. Assalamualaikum akk, saya ad mohon kolej ni ,tp jadi ragu2 sebab org kata kolej ni dekat hutan, ? Betul ke? Ap ap pon cara akak tulis pasal kolej buat saya bertambah bersemangat!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum akk, saya ad mohon kolej ni ,tp jadi ragu2 sebab org kata kolej ni dekat hutan, ? Betul ke? Ap ap pon cara akak tulis pasal kolej buat saya bertambah bersemangat!

    ReplyDelete
  17. Akak kalau nk solat mmg wajib beriman ke??? Kalau terlepas beriman sprt solat subuh tuui canme ehhh..ke boleh jeee solat sorang

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. kak,baju kurung yg cam mana blh pakai? Kurung moden blh?

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Akak untuk solat wajib ke berjemaah di surau?

    ReplyDelete
  22. Akak untuk solat wajib ke berjemaah di surau?

    ReplyDelete
  23. Wooww.....cm best je....excited nyee nux msok matrik...hehe.....

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum.. akak, kalau pasal kasut kulit/pvc yg tertulis dalam borang tu memang wajib bawak ke?

    ReplyDelete
  25. banyak ruang komen di atas yang akak tak reply.. maaf. ini kerana kekangan masa yang terpaksa akak tempuh tahun ini. In Syaa Allah, untuk ruangan komen seterusnya, akak akan reply secepat yang boleh. Maaf lagi sekali. Dan selamat belajar kepada bakal-bakal penuntut Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh):)

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Ade gmbr bilik tk dan bilik bdk sains dan akaun sama jeke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...