Sunday, December 15, 2013

Lagenda Pulau Dayang Bunting

Kebetulan baru tengok rancangan TV mengenai Tasik Dayang Bunting. Ceritanya memang menarik tapi sempat tengok sekejap je. Disebabkan rasa tak puas hati sebab tak dapat tengok cerita ni sepenuhnya, maka keingginan tu menyebabkan saya membuka "Kamus Google". Dah dapat tu, teringin pulak nak kongsi dalam ni. Al-kisahnya begini...

Pulau Dayang bunting merupakan pulau terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ianya terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah. Untuk pergi ke sana. pengunjung perlu menaiki bot laju yang boleh disewa di jeti Pekan Kuah dengan kadar pakej RM45 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Jika diimbas bentuk pulau ini, ia seolah-olah menyerupai seorang gergasi hamil yang terlena.


Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Air tasik jernih dan mempamerkan panorama yang indah.

Kepentingan Pulau Dayang Bunting
Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (April-Disember) bekalan air amat penting kepada penduduk Langkawi khususnya pelaut dan nelayan. Sebab itulah, takungan air tawar itu menjadi keperluan penting. Pada zaman dahulu, tiada kemudahan rujukan lokasi moden bagi penduduk. Oleh itu, setiap lokasi yang ditemui diberi nama berdasarkan rupa bentuk lokasi berkenaan.

Lagenda Tasik Dayang Bunting
Beberapa ratus tahun dahulu, ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.

Tiap-tiap hari Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi bermain di suatu tempat yang dikenali sebagai Pasir Telok Ayer Tahun.

Suatu hari, ketika mereka sedang bergembira di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja terlihat mereka. Mat Teja jatuh hati pada Mambang Sari. Mambang Sari tidak tahu bahawa Mat Teja telah jatuh hati padanya.

Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.

Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani meluahkan kasihnya kepada Mambang Sari.

Mat Teja melalui suatu tempat yang dikenali sebagai Diang. Tempat ini dihuni oleh seorang tua bernama "Tuk Diang".

Suatu hari, ketika Mat Teja sedang berlalu, Tuk Diang bertanya kemana dia hendak pergi.

Mat Teja menjawab dia hendak mengikut Mambang Sari kerana dia telah jatuh hati padanya tetapi dia tidak berani menghampirinya.

Tuk Diang memberi petuanya. Ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung di suatu tempat dipanggil Telok Kahar. Apabila terlihat Mambang Sari, maka basuhlah muka dengan air mata duyung tersebut.

Mat Teja menurut segala petua Tuk Diang. Ketika waktu surut di Telok Kahar, maka terlihatlah seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat pulang ke laut.

Apabila, Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, dia terus menadah air mata duyung itu. Tanpa membuang masa, Mat Teja menyapu leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja, maka jatuh hatilah dia.

Pada hari-hari seterusnya, mereka pun duduk berkasih-kasihan tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat, dan ada kalanya di laut.

Tidak lama kemudian, Mambang Sari pun hamil dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari selepas bersalin, anaknya meninggal dunia. Mambang Sari mengebumikan anaknya ke dalam sebuah tasik dan pulang ke kayangannya. Dikatakan, sebelum meninggalkan tasik itu, Mambang Sari menyumpah air itu agar mempunyai penawar kepada sesiapa yang tidak dapat hamil. Oleh itu, tasik ini dikenli sebagai Tasek Dayang Bunting.

2 comments: