Rumah Kena Langgar

9 November

Hmm... Rumah kena langgar betul-betul depan mata. Al-kisahnya begini..

Petang (Dalam pukul 2 lebih)
Tok Gi (atuk) datang rumah. Mula-mula dia datang saya dah agak apa aka berlaku. Sebab apa? Sebab dia dah uzur dan nyanyuk. Bayangkan orang nyanyuk bawak kereta dengan lesen dah lama mati, road tax pun sama. Saya memang terkejut bila tengok dia datang sorang-sorang sambil bawak Land Rover kesayangannya.

Bila dia masuk kawasan rumah tu, saya dah lega sebab dia tak langgar pintu pagar. Ok! Satu halangan dah lepas.

Kemudian saya target dua point, samada dia akan langgar kereta atau langgar rumah kayu. Masa dia masuk kawasan rumah tu, kereta yang dipandu dah perlahan tapi tiba-tiba kereta tu bergerak laju pastu...


BANG!!! 


terus langgar tiang bawah rumah. Semuanya berlaku di depan mata saya. Gegaran dan bunyi yang kuat menyebabkan dua tiang cengal patah. Yang paling teruknya, salah satu tiang tu merupakan tiang tunjang!

Memang saya takkan lupa macam mana kejadian tu berlaku sampai rumah bergegar. Masa kejadian, mak saya duduk dalam rumah tengah dodoikan adik. Masakan tak terkejut bila dia dengar bunyi kuat.. Bila mak keluar, dia terus menangis sampai tak terkeluar air mata.

Tok Gi pulak tak cedera. Tetapi, bila saya buka pintu keretanya, sempat lagi dia cari ayah saya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Memang geram. Tapi, nak buat macam mana... orang nyanyuk.

Bila telefon Oma (nenek), dia cakap dia tak tahu pulak Tok Gi dah keluar rumah. Kalau dia tahu memang dia halang orang tua tu bawak kereta. Tapi, nak buat macam mana...

Keesokan hari, papa baiki balik tiang tu guna hydraulic pump.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...