Chinese New Year

10 Januari 2013

Gong Xi Fa Cai! 
Ada sesetangah tu tak tahu berapa lama perayaan ini disambut. Ada yang mengatakan bahawa sebulan, seminggu dan lain-lain. Bila ditanya apakah makanan yang dihidangkan pada musim perayaan tersebut, jawabnya, kuih bakul. Itu lah jawapan yang biasa saya dengar. Ha! Ni ada sikit info pasal Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina diraikan pada setiap tahun. Hidangan yang sering menjai simbolik perayaan ini ialah yee sang dan kuih bakul. Selain itu, terdapat banyak lagi juadah yang merupakan resepi turun-temurun dihidangkan. Kaum keluarga akan makan besar dengan hidangan ini seperti kuih pulut, daging salai, daging itik, kuih pulut dan lain tidak bukan buah limau mandarin. Golongan muda dan golongan yang belum berkahwin akan menerima angpau daripada orang tua. Tarian naga atau singa dan perarakan kereta berhias diiringi bunyi gendang merupakan acara menarik pada hari perayaan tersebut.

Lima belas hari selepas perayaan ini, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei (entah betul ke tidak eja ni)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...