Thursday, February 21, 2013

Cara Memadam Background Gambar

Biasanya saya nampak, bila latar belakang gambar tu dipadam, bahagian tepi objek tu nampak macam tajam-tajam. Jadi, skarang ni saya nak ajar macam mana nak bagi tepi objek tu smooth.

1.       Klik <File> <Open>. Cari gambar yang kita nak pastu klik open.


2.   Klik ikon <Magic Wand> dan klik pada background imej. Ada satu kawasan terbentuk kan? Tekan kekunci delete dan kawasan tu akan terpadam.


3.       Tapi, bukan semua kawasan tu akan terpadam kan? Bukan tu je, gambar yang taknak padam pun   TERpadam. Aduih. Macam mana ni... Tengok ni.


4.       Klik <Edit> <Undo Clear>. Pastu, klik <Magic Wand> dan klik ke dalam kawasan yang dah pilih tadi.
      Hasilnya, kawasan yang “terpilih” tu batal.

5.       OK! Kita guna cara lain pulak.

6.       Pilih <Background Eraser Tool> dan lihat bar berikut.


7.       Saiz Brush boleh diubah dengan klik pada butang muat turun ni. Kemudian, tetingkap akan keluar. Pilih saiz Brush yang kita nak.


8.       Aktifkan <Protect Background Colour>.


9.       Mulakan memadam bahagian tepi gambar berikut.


10.   Untuk kawasan kecik dekat sayap tu, klik <Magic Eraser Tool> dan padam.

11. Jeng! Jeng! Jeng! Ini hasilnya...


12.   Kemudian, klik <Magic Eraser Tool> klik pada latar belakang gambar dan delete.

13.   Kalau ada bahagian yang tak terpadam, klik <Eraser Tool> dan padam mana yang patut.


14.   Klik <Zoom Tool> dan zoom pada tepi gambar. Masih ada yang belum padam?

Klik <Eraser Tool>, kecikkan saiz brush dan tukar hardness menjadi percent (%) yang kecil ikut kesesuaian dan padam bahagian tu. Hasilnya, bahagian tepi tu kelihatan samar-samar. Guna <Blur Tool> pun boleh.

Sebelum dan Selepas

15.   Zoom out gambar tersebut. Klik <File> <Save As>. Pastikan gambar dalam format .JPG.

No comments:

Post a Comment