Wednesday, February 20, 2013

Macam Mana Nak Start Photoshop

Ada sesetengah pemilik software yang “0” tentang photoshop hanya dapat mengeluh setelah meng-install software ini. Jangan mengalah! Dulu saya pun macam tu jugak. Kena la usaha kuat sikit. Sekarang ni, saya nak ajar macam mana nak start Photoshop. Untuk pengetahuan, saya menggunakan Photoshop CS4. Photoshop versi lain pun boleh guna jugak tapi dia lain sikit. Kena pandai2 lah cari masa edit ye.

  1. Klik <Start> <All Programs> <Adobe Photoshop>. Tunggu dia loading sekejap, dan akan keluar macam ni. 


2.       Klik <File> <New> dan tetingkap berikut akan keluar.


<Name>         : Untuk menaip nama bagi imej yang akan diedit.
<Preset>        : Untuk menentukan saiz imej. (Apabila klik pada butang muat turun pada <Preset Size>, senarai saiz akan keluar.


<Weigh>&<Height>: Untuk menentukan saiz dan tinggi imej.
<Resolution>    : Untuk memasukkan nilai resolusi imej.
<Mode>          : Menentukan jenis warna. Apabila klik pada butang muat turun, pilihan mode akan keluar.


Nota tambahan: Untuk menedit gambar menjadi imej monokrom atau hitam putih, pilih <Grayscale>. Kalau imej yang nak edit tu untuk paparan pada komputer sahaja, kena lah pilih mod <RGB Colour>. Tapi, kalau imej yang nak edit tu untuk percetakan, kena lah pilih mod <CYMK Colour>. Dengan mod ini, gambar yang dicetak akan lebih berkualiti.

<Background Contents>: Untuk pilih warna latar belakang. Lihat pilihan berikut.

  

Kepada beginner tu jangan takut untuk guna software ni. Komputer takkan meletup kalau buka software ni. Hahaha.. Kalau komputer tu boleh support software ni, lagi senang nak edit gambar. Jadi, selamat mencuba ya!

No comments:

Post a Comment