Thursday, February 21, 2013

Cara Buat Watermark


1.       Buka software PS. Klik <New>. Pastikan <Backgroud Contents> disetkan kepada TRANSPARENT.


2.       Klik <Elliptical Marquee Tool> di Toolbox. Klik Shift dan tekan tetikus pada sebelah kiri untuk membentuk bulat yang sempurna.




3.       Kalau bulatan yang dihasilkan tiada warna, klik <Paint Bucket Tool> dan klik dalam bulatan tu. Warna akan ada. Kalau nak tukar warna, tengok bawah ni.



4.       Ikut di bawah dengan cara “Drag” untuk tambah bulatan 1 lagi.


Nota: Resize dan tukar warna layer 1 copy. Pastikan layer 1 copy di highlight atau di select jika tidak proses mengedit layer 1 copy tidak akan menjadi.

5.       Masukkan gambar pilihan dengan klik <File> <Place> dan letak pada tengah bulatan. Bila ada tanda pangkah pada gambar yang dimasukkan, klik <Move Tool> <Place>.
 
  
Nota: Untuk gerakkan objek agar lebih center, guna <Move Tool>. Kalau background imej mempunyai warna seperti gambar Air Asia tu, padam background tersebut. Jangan risau. Layer lain tidak akan terpadam sekiranya, hanya layer imej AirAsia sahaja yang di-select/highlight.
  
6.       Tambahkan tulisan. Klik ikon <Text> pastu taip. Kalau nak bagi tulisan ada bentuk, klik <Wrap Text>.

 

7.       Nak menarik, tambahla apa yang patut. Bila siap, save. Pastikan format untuk save tu adalah .PNG bukan .JPEG.

Hasil sebelum di-save.

Hehe.. gambar Air Asia takde sbb PC sy ada problem tadi.

No comments:

Post a Comment