Shopping kat Pasaraya Cowboy, Kuantan

10 MEI 2013

Pergi Kuantan dengan family. Pastu, my mami teringin nak pergi ke Pasaraya Cowboy. Mami kata dia nak cari buah-buahan artificial untuk buat kraft. Sebelum ni, mami ada tanya kawan dia kat mana boleh cari benda tu, pastu kawan dia cakap try pergi Pasaraya Cowboy. Masa first time dengar suggestion tu, ingatkan Pasaraya Kaboi...hahahhahaha! Punya la kelakar.

Bila sampai, tengok bangunan pasaraya tu macam biasa je.. Bila duk fikir, baik pergi Berjaya Megamall. Tapi, itu baru first sight. Belum masuk lagi. Dengan hati yang selamba, terus masuk dengan mami dan adik-adik. Mak oiii! Rambang mata dibuatnya. Mengalahkan Pasaraya Mydin!

Macam-macam ada!! Barang pengantin, utensils, baju, beg dan lain-lain dijual dengan harga murah! Buktinya, mami ada beli sedozen sudu dan garfu yang berkualiti kat Pasaraya Cowboy tu. Lepas balik Terengganu, mami terjumpa sudu dan garfu yang sama dijual dekat Giant. Harga sudu dan garfu yang dijual kat Giant 3x ganda lebih mahal. Sedangkan, bentuk dan corak sama dijual. Tak menyesal beli tau...

Rasanya, untuk pengunjung first time macam kami ni, satu hari tak cukup nak terjah pasaraya ni. Semua benda yang kitaorang duk cari selama ni, ada kat sini. Mami punya wish termakbul jugak! Jumpa juga dia dengan barang yang dia cari.

Rasa lapar kami dikaburi oleh barang-barang yang dijual di sana. Nak tahu berapa banyak yang kiteorang dah berhabis kat sana. Jeng..jeng..jeng... Rahsia...

Next time, confirm shopping kat Cowboy je. Hahaha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...