Thursday, May 23, 2013

Persiapan untuk masuk matrikulasi dan universiti

Terjumpa entri ni dari blog nur alhadi.

Pakaian
1. Pakaian hendaklah cukup untuk 3 minggu. Jangan banyak sangat. Takkan nak bawa satu wardrobe pulak.
2. Sepasang pakaian renang. Mana la tahu takut tempat belajar tu ada kemudahan kolam renang. Sebab tu kita kena survey tempat yang kita nak pergi belajar tu.
3. 2 pasang pakaian sukan. Jika mahu, boleh je bawa raket, kasut sukan, bola dan sebagainya.
4. Sepasang pakaian solat seperti kain pelikat, jubah, kopiah, baju melayu, telekung, pakaian yang sopan seperti baju kurung dan sebagainya.
* Jangan lupa senaskah al-Quran dan Maathurat sebaik-baiknya yang bertafsir. Lebih baik bawa sendiri daripada mengharapkan kemudahan di surau. Ini menunjukkan ada prihatin tentang tanggungjawab pada agama.
5. Pakaian formal seperti kemeja, kot, tie, baju kurung
6.Baju sejuk/sweater
7. Kasut, selipar, kasut kulit, kasut sukan, stokin
8. Tudung 3-4 helai bagi perempuan. Bergantung kepada fesyen.
9. Seluar santai dan baju santai (3-4 helai kot.. bergantung)
10. Baju malam

Laundry
1. Detergent atau jika ada detergent dalam bentuk portable pun boleh
2. Bleach (Clorox)
3. Baldi dan hangers
4. Portable Iron dan Mini Iron Board.

Bantuan Belajar dan Elektronik
1. Lampu meja
2. Kipas meja
3. Laptop
4. Handset dan charges
5. Printer yang ada scanner skali
6. Pendrive 8GB
7. Kamera
8. Alat tulis
9. Buku tulis

Tandas
1. Pakaian mandi/kain basahan
2. 3 helai tuala mandi
3. Bakul plastik, untuk letak barang mandi
4. Cermin muka, sikat
5. Sabun
6. Pengesat kaki
7. Shampoo, conditioner, pencuci muka
8. Krim pencukur dan pencukur
9. Selipar Jepun. Kalau nak pakai selipar Korea pun boleh.

Katil
Bawa dua set. Takut2 nak tukar yang baru.
1. Cadar dan comforter.
2. Selimut
3. Sarung bantal
4. Bulu ayam

Dapur
1. Mungkin tidak perlu bawa lagi kerana anda belum tahu peraturan tempat belajar tu. Tapi bila dah tahu, bawa   la apa yang patut seperti toaster, mini fridge, water heater dll.
2. Pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu, kain/tisu
3. Sabun basuh pinggan

Barang keperluan yang lain-lain
1. Extension plug
2. Penyepit kuku
3. Panadol, ubat gamat, ubat cap kapak, antiseptic dll.
4. Sewing kit kecil
5. Lampu suluh
6. Pewangi bilik
7. Locker box
8. Payung
9. Ubat nyamuk elektrik atau pakai losyen anti-nyamuk
10. Beg sandang
11. Sunblock
12. Topi

Setakat ni je list yang dirasakan penting. Mungkin ada tertinggal sesuau. Tapi cuba lah cari maklumat dari orang lain pulak. Jangan takut nak bawa banyak-banyak, kalau lebih serahkan kepada family yang ada kat situ dan suruh mereka bawa balik.

No comments:

Post a Comment