Saturday, May 18, 2013

Cuaca Panas hingga September 2013

Perhatian kepada rakyat Malaysia.

Cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September 2013 berikutan Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas.

Kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tapa hujan serta liputan awan yang berkuranga, dan tempoh penerimaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.

Walau bagaimanapun, beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada lewat petang dan senja.

Sementara kawasan pesisir pantai di negeri-negeri barat Semenanjung pula kadangkala akan mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin langkisau yang kuat terutama pada awal pagi disebabka pembentukan garis badai di Selat Melaka.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pada musim ini akan berlaku peningkatan frekuensi aktiviti ribut tropika di barat Lautan Pasifik dan utara Laut China Selatan yang akan menyebabkan kawasan Kudat dan Pantai Barat Sabah mengalami angin kencang beserta hujan lebat.

Sumber berita-Bernama

No comments:

Post a Comment