First Time Bawa Kereta 4WD kat highway

13 April
Baru-baru ni masa OTW dari KL-KUATAN, papa suruh saya bawak kereta barunya, latest HONDA CRV.

Mak oiii! Tuan punya badan ni baru 17 tahun, 11 bulan. Baru je dapat lesen P. Hujan takx, ribut takx, salji pun takx, tiba-tiba suruh saya bawak kereta dia kat highway. Dah orang suruh bawak, kita bawak je la.. Alhamdulillah, takx perasaan takut atau bimbang pun masa bawak kereta.

Bawak dalam 80-110km/j je... X berani nak bawak lebih-lebih, nanti lesen kena gantung, naya aku. hahaha. Sebelum ni, perkara yang takut masa bawak kereta, adalah apabila tengah speed dekat selekoh. Sebenarnya, selekoh tu takla tajam, cuma bila tengok dari jauh, macam merbahaya.

Lepas saya lalu kat selekoh tu dengan speed yang boleh tahan, secara automatik perasaan takut tu hilang. Betullah cakap orang, belum cuba belum tahu. Selain tu, sebelum ni ada petua yang mengatakan kalau nak hilangkan ketakutan, kita mesti berdepan dengannya. Baru lah kita berjaya. Fuhh..Lega bila fobia ku hilang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...