Sunday, March 31, 2013

Kasut Wanita

Hm.. cakap pasal kasut ni, kat dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis kasut. Jadi, hari ini saya nak fokuskan kepada kasut wanita.

Kasut wanita merupakan salah satu pelengkap fesyen. Kalau takde, memang KO la. Biar saya bagi contoh,
kalau pakai pakaian stylish, tudung superb, tapi pakai selipar jepun buat apa dik oii.. Jatuh maruah fesyen tau. haha

Jadi, sesiapa yang masih confuse nak pakai apa dan ingin cari kasut mana yang menjadi kesesuaian dan keselesaan, boleh lah tengok kat bawah ni.

Chunky Heel
Bertumit tinggi dan tapak tinggi atau tebal. Sesuai untuk wanita bekerjaya. Kasut ni dalam golongan platform shoe jugak.

Open Toe
Bahagian depan terbuka dan mempunyai strip di belakang. Kasut ni nampak nipis. Ada bertumit tinggi dan rendah.

Wedge
Bagi beginner untuk kasut tumit tinggi, boleh lah pakai kasut ni. Kasut ni lebih stabil. Menjadi pilihan remaja masa kini.

Cone Heel
Kasut yang mempunyai tumit seakan-akan bentuk kon. Selain itu, bertutup di hadapan. Sesuai untuk golongan yang berumur.

Mocassin
Kasut yang mempunyai tapak flat. Boleh dikenali juga dengan jahitan pada hujung kasut tu. Nampak kemas dan semestinya selesa. Dulu saya pun pakai kasut ni jugak. Sesuai untuk semua lapisan umur. I think so..

Slingback
Kasut ni pulak ada strip pada belakang dan bertumit tinggi.

Winklepickers
Kasut seakan-akan boots. Sesuai digayakan dengan jeans. Macam-macam jenis ada. Janji tak pakai pergi skolah. Nanti pengetua marah.

Ballet Plat
Kasut ni diinspirasikan daripada kasut ballet. Kasut yang bertutup dan mempunyai tapak flat. Budak-budak sekolah suka pakai ni. Ringan, ringkas dan selesa. Macam-macam design ada!

Platform
Mak oii! Terbeliak mata bila tengok kasut ni. Kasut ni mempunyai ciri tapak yang tinggi. Dulu kasut ni memang famous. Skarang pun ada jugak yang pakai. Tapi jarang-jarang.

Pumps
Kasut ini mempunyai gaya formal. Iaitu bertutup pada hadapan dan belakang. Ketinggian tumitnya pulak tidak tetap. Sesuai untuk pergi pejabat, semmiar, interview dan lain-lain.

Mules
Kasut ni bertutup dihadapan dan mempunyai muncung kat depan seperti muncung buaya. Tumit pulak, ada yang tinggi, rendah dan flat. Menjadi kegemaran para ibu dan surirumah.

Peep Toes
Kasut ni ramai budak remaja yang pakai. Dekat bahagian depan tu ada lubang kecik sebesar ibu jari kaki. Bila pakai tu, nampaklah ibu jari kaki tu. Nampak cute la jugak kasut ni kan?

Mary Jane
Kasut ini bertutup bulat pada hujung jari kaki. Selain itu, ia bertumit rendah, lebar dan mempunyai tali pada atas ruang kaki tengah. Sesuai untuk golongan yang berumur. Cikgu skolah ada pakai mcm ni jugak.

Ankle Straps
Kasut ini menjadi trend dari dulu hingga kini. Kebanyakannya, pekerja pejabat yang memakai kasut ini. Kasut ni mempunyai lilitan tali pada sekitar buku lali tak kira samada kasut ni tinggi atau rendah.

Kitten Heel
Kasut ni bertumit pendek dan kecil. Tinggi tumit antara 1.5 inci hinhha 2 inci. Tak kira kasut ni bertutup penuh atau terbuka, kalau ada nampak tumit kecik ni comfem nama dia Kitten Heel.

Banyak lagi kasut kat dalam dunia ni. Janji kita pandai cari dan sesuaikan dengan tujuan kita. Jangan la pakai high heel untuk pergi pasar... =..='

No comments:

Post a Comment