Banjir di Blok form 4

(tarikh)
Banjir!!!! Dari terbit fajar hingga tergelincir matahari, hujan tidak berhenti-henti membasahi bumi Terengganu. 

Pada hari yang sama, semua murid form 4 perlu menduduki peperiksaan TOV.
{gambar hiasan}
Haritu saya sampai ke sekolah lewat sebab jalan sesak. maklumlah, hujan...masa on the way nk pergi sekolah, sempat jugak tengok rumah2 yang digenangi air kat tepi jalan. Sesampainya di sekolah, ALAMAK!
air dh nak masuk kelas aku. kawan2 yang sampai awal tu, terperangkap kat dalam kelas. nasib baik saya sampai lewat, so tunggu kat laluan gajah menyusur jelah.

Akhirnya, Cg. Zaiton sampai. dia suruh semua pelajar tingkatan 4A,4B,4C,4D (kelas yang berada di tingkat bawah) berpindah ke dewan. manakala kelas lain kekal di tingkat atas. Kesian tengok kawan2 kelas bawah terpaksa meredah air banjir. Ada yang buang kasut, pakai kasut, x buang stoking dan macam2. Tidak lama kemudian, air mula memasuki kelas 4D tetapi bukan secara menyeluruh.

Beberapa minggu kemudian, kami mula perasan terdapat perubahan pada lantai kelas. lantai mula retak di bahagian tengah dari hujung kelas 4D hingga 4C seolah-olah bangunan itu akan terbelah kepada dua. Namun begitu, tiada kerosakan yang boleh menjejaskan proses pembelajaran dan kami dapat menggunakan kelas semula keesokan hari selepas kejadian banjir tersebut.

{gambar hiasan}

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...