Zaman Berubah

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama.. lama tak update blog. banyak perkara dah berubah.
Umur makin meningkat, rakan makin ramai, orang tua makin berkurangan, ilmu makin banyak perlu diteroka, diri masih terasa jahil, kehilangan orang tersayang, kehadiran orang baru.. macam-macam.
itu la kehidupan.

Jika dibaca balik entry-entry yang lalu, sememangnya terasa kelakar. maklumla, macam-macam ayat merapu yang terkeluar. haha. itu benda lepas, biarla ia berlalu begitu sahaja.

Diri ini masih seorang pelajar. Yang masih terkapai-kapai menuntut ilmu. Banyak kelemahan dalam diri. Sepanjang bergelar seorang pelajar, banyak yang saya nampak. Terutamanya melalui hubungan antara rakan-rakan.

PERINGATAN.. Untuk juniors, nanti kalau dah masuk U, jangan mimpi la dapat bawak assignment bertimbun-timbun pastu terlanggar mamat handsome dan terus jatuh cinta pandang pertama. Sebab apa? Sebab, sekarang semua assignments sumbat dalam pendrive @ email ke lecturer je. Haha

Backstabber adalah perkara biasa. Kena kacau dengan pelajar senior adalah perkara biasa. Tak cukup duit perkara biasa. Buat assignment last minute perkara biasa. Lewat ke kelas perkara biasa. Ramai peminat perkara biasa. Rapat dengan lecturer perkara biasa. Apa lagi? haha

Nasihat saya, walaupun apa yang terjadi, sebagai seorang pelajar hati kena kuat. Jangan mudah terpedaya dengan rakan-rakan. Hati tu jangan mudah sangat cair. Orang muda, hormon tak stabil lagi. Tetapkan iman, niat tu mesti selalu kena betul.

Itu je la setakat ni. Banyak lagi nk ulas tapi... Banyak lagi urusan lain yang perlu diselesaikan.
Sebarang pertanyaan atau ape2 je, comment di bawah. In Syaa Allah saya akan reply dalam masa terdekat.

2 comments:

  1. assalamualaikum, maaf ye mmg soalan ni tak sesuai kat tajuk ni kot
    saya tengok dekat list barang yg perlu dibawa ada tulis baju t shirt lengan panjang berkolar nak 2 helai. klu lengan panjang x berkolar ok x? ke baju berkolar tu kena beli dekat matrik pahang? klu kena beli kat situ , ada x saiz xxl or xxxl?
    p/s saya ada tanya soalan ni tp takut sis tak perasan. tolong jwb ASAP :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Maaf dik. Akak baru balik dr backpacking. Baju tu memang kena berkolar. Kena beli awal2. Sebab nanti akan diadakan program orientasi. Adik kena pakai baju seperti yang dinyatakan. Apa yang di nyatakan pd list, semua kena ikut. Baju matrik pulak, nanti pihak sana akan bagi baju koko untuk setiap pelajar. Dari segi saiz, sy tak pasti ada atau tidak utk saiz seperti yg adik nyatakan. Maaf kalau x dapat membantu sangat. Ni je akak boleh bagitau. Sekali lagi akak mintak maaf sebab lambat reply. Sibuk dengam aktiviti backpacking

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...