Friday, November 30, 2012

Program Qiamullail

(tarikh)

Hari tu, sesi persekolahan berakhir awal kerana memberi peluang kepada pelajar form 5, upper 6 dan lower 6 untuk membuat persiapan sempena program qiamullail. Program ni dijalankan di surau SMKSS.

Petang tu, selepas sesi pendaftaran, kami didengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran daripada saudara (?) dan ucapan daripada pengetua. kemudian, pelajar2 perempuan check in di hostel baru dan lama. seingat saya, saya duduk dalam dorm Kenanga bersama mimi, sarah, ainin dan budak kelas lain. pelajar lelaki pulak kena tidur dalam surau. hehe..kecian..

Selepas solat maghrib dan isyak, ustaz ade buat penerangan skit tentang qiamullail. lepas tu, kami makan malam di asrama baru, lepak dgn kawan kejap pastu balik ke dorm dan berehat. saya sempat jugak study Add. Math kat atas katil tingkat atas. hehe.. kebetulan pulak, katil tingkat atas yang bermula dari hujung bilik hingga kat sebelah kiri saya takx orang tidur. semua orang tidur kat bawah kecuali katil kat depan saya. Saya x berfikir benda yang pelik2 sebab takut perkara lain pulak yang terjadi.

3.00 pagi

KRINGGGG!!!!! Alarm berbunyi. saya dan mimi bersiap untuk ke surau. masa tu, masih ramai yang tengah buat "taik mata" tapi kami teruskan kerja kami. Dengan bersuluhkan cahaya bulan, bintang dan lampu jalan, akhirnya kami sampai ke surau. Masya-Allah! budak lelaki masih lagi tidur..Ada yang tidur berbungkus kain pelikat, ada yang bawak bantal berbunga, ada yg tidur beralaskan beg dan lain2. kalau x silap saya, saya nampak Cg. Razif tidur kat dalam kereta. hahaha..

Akhirnya, program qiamullail bermula.... Pukul 8.00 pagi, semuanya selesai.. Terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab melaksanakan program ini dan semoga mendapat ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT kepada pihak yang menganjurkan program ini dan juga kepada pelajar yang terlibat. Amin...

No comments:

Post a Comment