Tuesday, April 29, 2014

Suasana di Kolej Matrikulasi Pahang

Assalamualaikum.. Lama take update blog. Seriously saya memang sibuk. Biasa la..hidup..

Bercakap pasal Kolej Matrikulasi Pahang ni.. Sememangnya pusat pengajian yang paling best! Siapa kata Matrikulasi tak best? Sebenarnya ia bergantung kepada pelajar tu sendiri. Kalau tak biasa duduk asrama & malas belajar, memang itu la jawapannya.

 VIDEO DI SEKITAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.

*TERIMA KASIH KEPADA INDIVIDU YANG TELAH MENGHASILKAN VIDEO INI.

Jujurnya, KMPh adalah pusat pengajian yang saya fikir SANGAT HEBAT!

Dari segi fasiliti untuk pembelajaran, semuanya cukup. Siap ada bangunan makmal yang dilengkapi lif. Perpustakaan sangat besar. Tak ingat berapa tingkat, tapi letih jugak la kalau naik tangga time nak masuk makmal bahasa atau makmal komputer. Lif pun ada tapi untuk lecture sahaja. Bila masuk dalam library tu, korang akan jumpa tangga besar ke tingkat atas. Tangga tu cukup besar macam dalam hotel mewah. Bangunan tutorial setinggi 4 tingkat & tiada lif. Dewan kuliah kecil (DKK) ada 4. Dewan kuliah besar (DKB) ada 2. Dewan ada dua. Satu Dewan Mat Kilau(DMK), terletak di tengah-tengah pusat belajar. Satu lagi Dewan Dato' Bahaman (DDB), terletak bersebelahan astaka Dan sangat jauh. Ok, beralih ke tempat lain pulak.

Tempat study pulak macam mana? Jangan bimbang, mana-mana boleh study sebab banyak meja & kerusi/ pondok disediakan.

Surau disana diberi nama Surau Al-Muttaqin. Dua tingkat. Kalau time solat Jumaat, orang luar pun boleh masuk.

Mesin ATM? Hmm.. Yang ni menjadi keutamaan. Mesin Kat Sana cuma ada Bank Islam & Bank Rakyat. Lokasi mesin ni betul-betul dekat pagar utama KMPh. Bertentangan dengan pondok pengawal. Mesin ATM ni memang jauh. Saya sarankan supaya bawa payung sekali bila nak pergi cucuk duit sebab takde susur gajah. Jangan risau, bila sampai dekat mesin tu, korang akan menikmati saat indah bila keluarkan duit dalam bilik yang berpenghawa dingin tu. Haha.

Blok @ kolej kediaman?
KMPh ada 3 Kolej kediaman. Setiap Kolej ada 2 lagi blok. So, total ada 6 buah bangunan. Hah! Pening. Okok.. Saya cerita balik. 3 Kolej kediaman tu adalah A,B & C. Sebenarnya setiap Kolej kediaman ada nama tapi saya lupa. Kolej A ada dua buah blok dikenali blok A1 & A2. Begitu juga dengan Kolej B & C.

Dalam bilik boleh memuatkan 4 orang. Katil single. Meja study dilengkapi lampu study ada 4. Almari besi ada 4. Pendek kata, setiap sorang mesti ada kemudahan ni. Bantal & tilam tak perlu bawa. Haha. Smua Dan disediakan. Tandas terletak di luar. Setiap aras ada tempat ampaian. Aras 1&2 dilengkapi kemudahan dobi. Dekat ground floor pun ada ampaian.

Rumah warden @ fellow terletak di ground floor setiap Kolej kediaman. Kalau ada masa, singgah la rumah mereka. Hihi.

Tempat makan. Jangan bimbang. Setiap Kolej kediaman ada Cafe. Satu buah cafe dibahagikan kepada dua. So, nanti takde la student A1 & A2 nak berebut makanan. Hehe... Total bangunan Cafe adalah 3. Cafe yang paling famous adalah Cafe A2. Blok saya tuhh.. Haha bangga pulak. Satu lagi keistimewaan adalah setiap blok ada kedai runcit dan cyber cafe. Best kan?! Bukan itu je, bilik TV pun ada.

Kedai runcit dekat pusat pelajar pun ada. Macam-macam boleh beli. Kedai bakery pun ada.

Court? Ada... Setiap kolej kediaman ada court. Ada court badminton & bola keranjang. Selain court di Kolej kediaman, court lain pun ada terletak di unit sukan. Seingat saya, Ada court squash, tenis & badminton (indoor). Trek sukan pun ada. Astaka pun besar jugak, dua tingkat.

Tempat rekreasi lain adalah seperti tasik, Laluan Sihat (tempat jogging start dari tasik), bukit bintang. Hah! Ada bukit bintang? Takde la... Sebenarnya tu kawasan tangki air. Disebabkan ia terletak dikawasan tinggi, jadi budak-budak suka lepak dekat situ. Basikal pun boleh sewa. Setiap hari kecuali sabtu & ahad. Mesti pakai pakaian sukan & berkasut sukan serta bawa kad Matrik.

Pakaian semasa kuliah. Pelajar perempuan wajib pakai baju kurung tiap-tiap hari. Pelajar lelaki berkemeja tiap-tiap hari. Jangan harap boleh pakai T-shirt okay.. AND JEANS ARE NOT ALLOWED. Kasut mesti bertutup bagi semua pelajar. Pakaian kebangsaan pula macam mana? Boleh..asalkan tidak menganggu konsentrasi pelajar. Erti kata lain, tidak menjolok mata. Haa..

Bila boleh outing? Hari Sabtu & Ahad sahaja. Kalau nak balik rumah boleh tapi tak boleh bermalam di rumah. Keluar pukul 8 pagi & balik sebelum pukul 6 petang. Kalau melebihi had Masa, kad Matrik akan digantung dan aktiviti outing akan diblok selama 2 minggu. Jangan nak main tipu-tipu. Sebab, sebelum keluar kad Matrik akan di scan begitu juga bila waktu balik. Bila boleh balik bermalam? Jadual balik bermalam boleh dirujuk di papan kenyataan.

Kemudahan pengangkutan yang lalu dekat KMPh adalah Rapid Kuantan & teksi. Kalau naik Bas Rapid untuk ke Kuantan, biasanya memakan masa 1 jam. Kereta Sewa tidak dibenarkan. Kalau nak balik kampung, nail bas rapid Dan berhenti di stesen bas Indera Mahkota. Memakan masa 1 jam juga kalau tak silap. Kenderaan sendiri tidak dibenarkan.

Panggilan pensyarah. Kebiasaannya student Matrikulasi akan panggil cikgu. Tapi, kalau nak panggil Puan, Tuan, Sir, Madam @ Miss pun takpe.

Bukan Ramadhan sambut macam mana? Jangan bimbang sebab nanti bazar ramadhan akan dibuka. Cafe akan berjalan seperti biasa & tutup sehingga pukul 12 pagi. Kadang-kadang pukul 1 pagi pun masih buka lagi. Tapi, beli makanan dekat bazar lagi best. Orang luar pun boleh masuk.

Dengar kata KMPh ni dekat Gambang Water park? Ya! Betul. Kalau naik Kereta 5 minit je boleh sampai sana jika anda dari Matrikulasi. Kalau naik Bas Rapid antara 5-10 minit. Biasanya setiap hujung minggu student akan pergi mandi-manda kat sana. Memang best!

Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan. Maaf sebab tiada gambar. Tak sempat nak ambil. Hehe.. Sebarang pertanyaan sila ajukan di ruangan komen. Insya-Allah saya akan balas salam masa terdekat. :)