Saturday, May 25, 2013

Permohonan e-Rayuan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier Kini Dibuka


Mana-mana pelajar yang sebelum ini gagal ditawarkan ke IPTA/Politeknik Premier pada 17 Mei 2013, kini permohonan e-Rayuan dibuka.

Permohonan ini dibuka pada 24 Mei 2013 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 2 Jun 2013.

Semoga Berjaya!

Thursday, May 23, 2013

Persiapan untuk masuk matrikulasi dan universiti

Terjumpa entri ni dari blog nur alhadi.

Pakaian
1. Pakaian hendaklah cukup untuk 3 minggu. Jangan banyak sangat. Takkan nak bawa satu wardrobe pulak.
2. Sepasang pakaian renang. Mana la tahu takut tempat belajar tu ada kemudahan kolam renang. Sebab tu kita kena survey tempat yang kita nak pergi belajar tu.
3. 2 pasang pakaian sukan. Jika mahu, boleh je bawa raket, kasut sukan, bola dan sebagainya.
4. Sepasang pakaian solat seperti kain pelikat, jubah, kopiah, baju melayu, telekung, pakaian yang sopan seperti baju kurung dan sebagainya.
* Jangan lupa senaskah al-Quran dan Maathurat sebaik-baiknya yang bertafsir. Lebih baik bawa sendiri daripada mengharapkan kemudahan di surau. Ini menunjukkan ada prihatin tentang tanggungjawab pada agama.
5. Pakaian formal seperti kemeja, kot, tie, baju kurung
6.Baju sejuk/sweater
7. Kasut, selipar, kasut kulit, kasut sukan, stokin
8. Tudung 3-4 helai bagi perempuan. Bergantung kepada fesyen.
9. Seluar santai dan baju santai (3-4 helai kot.. bergantung)
10. Baju malam

Laundry
1. Detergent atau jika ada detergent dalam bentuk portable pun boleh
2. Bleach (Clorox)
3. Baldi dan hangers
4. Portable Iron dan Mini Iron Board.

Bantuan Belajar dan Elektronik
1. Lampu meja
2. Kipas meja
3. Laptop
4. Handset dan charges
5. Printer yang ada scanner skali
6. Pendrive 8GB
7. Kamera
8. Alat tulis
9. Buku tulis

Tandas
1. Pakaian mandi/kain basahan
2. 3 helai tuala mandi
3. Bakul plastik, untuk letak barang mandi
4. Cermin muka, sikat
5. Sabun
6. Pengesat kaki
7. Shampoo, conditioner, pencuci muka
8. Krim pencukur dan pencukur
9. Selipar Jepun. Kalau nak pakai selipar Korea pun boleh.

Katil
Bawa dua set. Takut2 nak tukar yang baru.
1. Cadar dan comforter.
2. Selimut
3. Sarung bantal
4. Bulu ayam

Dapur
1. Mungkin tidak perlu bawa lagi kerana anda belum tahu peraturan tempat belajar tu. Tapi bila dah tahu, bawa   la apa yang patut seperti toaster, mini fridge, water heater dll.
2. Pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu, kain/tisu
3. Sabun basuh pinggan

Barang keperluan yang lain-lain
1. Extension plug
2. Penyepit kuku
3. Panadol, ubat gamat, ubat cap kapak, antiseptic dll.
4. Sewing kit kecil
5. Lampu suluh
6. Pewangi bilik
7. Locker box
8. Payung
9. Ubat nyamuk elektrik atau pakai losyen anti-nyamuk
10. Beg sandang
11. Sunblock
12. Topi

Setakat ni je list yang dirasakan penting. Mungkin ada tertinggal sesuau. Tapi cuba lah cari maklumat dari orang lain pulak. Jangan takut nak bawa banyak-banyak, kalau lebih serahkan kepada family yang ada kat situ dan suruh mereka bawa balik.

Saturday, May 18, 2013

Menghadapi Musim Panas

Cuaca panas makin menjadi-jadi. Jangan salahkan cuaca, tapi salahkan diri sendiri lah. Aduhai, ramai yang mengeluh pasal cuaca panas ni.. Jangan macam tu.. Kita patut syukur dengan apa yang ada. Semua yang terjadi ada hikmahnya.

Jadi untuk mengelakkan berlakunya gejala-gejala seperti di atas, kita perlulah:

1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira apa aktiviti yang dilakukan. Jangan tunggu hingga berasa dahaga.
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam & mineral yang hilang semasa berpeluh.
3. Kalau boleh, kekalkan diri di dalam rumah, bangunan atau tempat berbumbung. Hadkan aktiviti luar.
4. Banyakkan berehat.
5. Mandi lebih kerap atau guna kipas angin untuk menyejukkan badan.
6. Pakai pakaian longgar, ringan dan jenis menyerap peluh.
7. Gunakan payung atau memakai topi yang besar.
8. Basahkan tekak dengan buah-buahan.
9. Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau berkarbonat.
10. Elakkan berada di dalam kereta yang tertutup.
11. Elakkan bersenam atau beriadah dalam cuaca panas.
12. Elakkan munggunakan atau berada di dalam bilik berpenghawa dingin terlalu lama.

Semakan Online Keputusan Tawaran UPU sesi 2013/2014

Makluman kepada pelajar lepasan SPM 2012,

Semakan keputusan pemohonan kemasukan ke IPTA/POLITEKNIK PREMIER bagi program pengajian lepasan SPM/SETARAF sesi akademik 2013/2014 sudah dibuka mulai 17 April 2013 pada jam 12.00 tengahari.

Pelajar boleh membuat semakan ke laman web upu.mohe.gov.my.

Selain itu, semakan juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas, SMS. Lihat rajah di bawah untuk panduan.


Bagi yang tidak berjaya, permohonan e-Rayuan kemasukan ke IPTA-POLITEKNIK PREMIER dibuka pada 24 MEI hingga 2 JUN 2013.

Cuaca Panas hingga September 2013

Perhatian kepada rakyat Malaysia.

Cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September 2013 berikutan Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas.

Kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tapa hujan serta liputan awan yang berkuranga, dan tempoh penerimaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.

Walau bagaimanapun, beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada lewat petang dan senja.

Sementara kawasan pesisir pantai di negeri-negeri barat Semenanjung pula kadangkala akan mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin langkisau yang kuat terutama pada awal pagi disebabka pembentukan garis badai di Selat Melaka.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pada musim ini akan berlaku peningkatan frekuensi aktiviti ribut tropika di barat Lautan Pasifik dan utara Laut China Selatan yang akan menyebabkan kawasan Kudat dan Pantai Barat Sabah mengalami angin kencang beserta hujan lebat.

Sumber berita-Bernama

Tema Hari Guru dari Tahun 1972 hingga 2013

16 Mei 2013

Tiada apa yang dapat dibalas kepada jasa guru kita melainkan kejayaan anak muridnya. Adakalanya guru terlupa anak muridnya sendiri (sudah habis bersekolah) kerana telah beratus-ratus anak murid yang telah di didik di sekolah. Namun, tidak keseluruhan.. Ada juga anak murid yang masih kekal dalam ingatannya..

Begitu tabah dan teguh mendidik anak murid tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Tanpa kita sedar, sebenarnya tema hari guru dari tahun ke tahun adalah berbeza. Berikut adalah tema-tema yang telah dilaksanakan sempena Hari Guru. 


Jadi, di mana jua cikgu berada saya ucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik saya sehingga menjadi seorang yang berilmu, mampu berhadapan di khalayak, berdikari dan menghormati sesama insan. Terima Kasih Cikgu!