Saturday, May 18, 2013

Menghadapi Musim Panas

Cuaca panas makin menjadi-jadi. Jangan salahkan cuaca, tapi salahkan diri sendiri lah. Aduhai, ramai yang mengeluh pasal cuaca panas ni.. Jangan macam tu.. Kita patut syukur dengan apa yang ada. Semua yang terjadi ada hikmahnya.

Jadi untuk mengelakkan berlakunya gejala-gejala seperti di atas, kita perlulah:

1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira apa aktiviti yang dilakukan. Jangan tunggu hingga berasa dahaga.
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam & mineral yang hilang semasa berpeluh.
3. Kalau boleh, kekalkan diri di dalam rumah, bangunan atau tempat berbumbung. Hadkan aktiviti luar.
4. Banyakkan berehat.
5. Mandi lebih kerap atau guna kipas angin untuk menyejukkan badan.
6. Pakai pakaian longgar, ringan dan jenis menyerap peluh.
7. Gunakan payung atau memakai topi yang besar.
8. Basahkan tekak dengan buah-buahan.
9. Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau berkarbonat.
10. Elakkan berada di dalam kereta yang tertutup.
11. Elakkan bersenam atau beriadah dalam cuaca panas.
12. Elakkan munggunakan atau berada di dalam bilik berpenghawa dingin terlalu lama.

2 comments:

  1. itulah..memang cuaca xmenentu sekarang ni..sekejap panas sekejap hujan..

    ReplyDelete
  2. nak buat macm mana.. dah kehendak Dia.. sebagai manusia, kita mesti ada kelemahan tersndiri dan setiap apa yg berlaku merupakan kesedaran/pringatan buat kita.

    ReplyDelete