Saturday, May 18, 2013

Tema Hari Guru dari Tahun 1972 hingga 2013

16 Mei 2013

Tiada apa yang dapat dibalas kepada jasa guru kita melainkan kejayaan anak muridnya. Adakalanya guru terlupa anak muridnya sendiri (sudah habis bersekolah) kerana telah beratus-ratus anak murid yang telah di didik di sekolah. Namun, tidak keseluruhan.. Ada juga anak murid yang masih kekal dalam ingatannya..

Begitu tabah dan teguh mendidik anak murid tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Tanpa kita sedar, sebenarnya tema hari guru dari tahun ke tahun adalah berbeza. Berikut adalah tema-tema yang telah dilaksanakan sempena Hari Guru. 


Jadi, di mana jua cikgu berada saya ucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik saya sehingga menjadi seorang yang berilmu, mampu berhadapan di khalayak, berdikari dan menghormati sesama insan. Terima Kasih Cikgu!

No comments:

Post a Comment