PASTIKAN KUNCI KERETA SENTIASA BERSAMA ANDA
Sebab apa?
1. Kalau terdengar bunyi bising kat luar atau terdengar seseorang yang cuba masuk ke rumah kita, tekan je butang kecemasan pada alarm kunci kereta anda. Lain la kalau alarm tu dah habis bateri. Jadi, tak dapat la nak kasi bunyi tu.
2. Kalau pergi jalan sorang-sorang di kawasan parking, jangan lupa tangan tu dah sedia dengan kunci kereta yang satu set dengan alarm tu. Semasa jalan tu, kalau terasa seseorang mengekori kita, terus tekan butang kecemasan tu. Bunyi bising tu mesti akan buat orang tersebut tak berani nak ganggu kita.
3. Kalaulah kita tetiba jatuh sakit semasa dalam kereta atau menuju ke kereta dan sebagainya, kebetulan pulak, handset takde/rosak/habis bateri/takde kredit/nombor kena potong atau sebagainya macam mana nak minta bantuan? Jadi, tekanlah alarm tu agar seseorang prihatin dan sudi membantu.
4. Kalaulah terdengar seseorang bergaduh berhampiran dengan kereta kita, cubalah tekan alarm tu. Tapi kena pandai-pandai lah masa nak tekan tu. Kalaulah diorang tu mempunyai senjata, silap haribulan, bila dia serabut dengan bunyi tu, comfem kereta kita jadi mangsa. Jadi, pandai-pandai la.
5. Kalaulah ada anjing liar atau anjing jiran dan sebagainya menyalak kat depan rumah kita, janganlah pergi marah direct kat anjing tu. Itu namanya mencari nahas. Tekanlah, alarm kereta tu. Dengan bunyi tu, mungkin akan dapat menakutkan anjing-anjing tu dan menyelesaikan masalah kita.
Kesimpulannya, janganlah pandang rendah kepada alarm kunci kereta. Dengan adanya, jenayah pasti dapat dielakkan, nyawa dapat diselamatkan, dan anda dapat hidup dengan selesa. Tidak kira dimana anda pergi, bawalah kunci kereta bersama anda.
Nenek saya pernah berpesan kepada datuk saya supaya dia sentiasa membawa kunci kereta bersamanya sebab kalau dia diserang sakit jantung atau lelah dia boleh tekan alarm tu dan sudah pasti nenek saya tahu sesuatu sedang berlaku melainkan datuk saya tercicir alarm tu atau alarm tu habis bateri.
Well, at least kita dah cuba yang terbaik.
No comments:
Post a Comment