Sesampainya di sana, perkataan pertama yang bermain di minda saya ialah, "Aikk! Mana pameran fizik seperti yang dikatakan oleh cg Mazita?" Rupa2nya, kami diberi sedikit taklimat di dewan oleh wakil guru di SESMA.
Kemudian, kami dibawa ke tempat pameran. Woww! Semua tajuk dalam subjek fizik dijadikan bahan pameran. Kebetulan pulak, seminggu sebelum ke SESMA saya dah buat ulangkaji subjek fizik. Manela tau, kot2 nanti ada pop kuiz.
Semua bahan dan eksperimen sangat lengkap dan cukup. kan best kalau skolah saya ada kemudahan yang lengkap macam kat lab Fizik SESMA ni. hmmm...
Sambil dengar penjelasan dari setiap booth, saya x lupa juga untuk mencuba setiap eksperimen yang disediakan. Cg SS dan rakan2 turut tidak melepaskan peluang ini.
Menjelang tengahari, cg panggil kita semua untuk pulang ke SS.
"Alaaa, Cikguuu... kita x habis lagi ni..Tadi kata, nak balik petang, kenapa kena balik tengahari? Awal tu.."
Namun begitu, saya rasa sangat berpuas hati dengan program yag dijalankan. Banyak ilmu yang saya peroleh dan saya dapat memorise formula2 ringkas yang disediakan oleh pelajar SESMA. Tahniah kepada SESMA kerana telah mengadakan program yang amat bermanfaat ini! Saya harap, lepas ni skolah saya dapat buat program macam ni walaupun saya dah habis skolah. Hehe..
No comments:
Post a Comment