Friday, November 30, 2012

Program Kem Pemantapan Akademik SPM tahun 2012

Baru-baru ni kelas 5 Arif, 5 Bestari, 5 Cekal dan 5 Dedikasi telah mengikuti kem pemantapan akademik di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu. Dalam kelas saya, hanya seorang yang x dapat turut serta kerana kurang sihat, iaitu Amirul.

15 Julai 2012

Hari pertama, kita sampai ke destinasi dengan parent masing2. Lepas tu, kami diberi kunci dorm. Saya duduk dalam dorm C bersama rakan2 yang lain. Budak lelaki duduk di dorm sebelah. jadi, sape nak kluar pergi mandi kena hati-hati skit..haha. setelah selesai letak barang dan rehat kat dalam dorm, kami berkumpul di dewan untuk slot motivasi. petang tu aktiviti riadah kat kem tu yang dipimpin oleh Cg. Wan Ruzlan. 


Memang best! Kebetulan pulak, kat situ ada pelajar sekolah rendah sedang ber-camping pada peringkat negeri. semua pelajar dari setiap negeri ada kat situ. bangga tengok adik2 ni sebab kecik2 dan pandai berdikari.

Malam pulak, selepas maghrib ada sedikit tazkirah daripada Cg Ariffin. majoriti pelajar perempuan solat kat dalam dorm sebab surau x muat.

Malam pulak, memang sah kita semua tidur lewat. Ape yang best? kebetulan, kat depan pintu ada beberapa buah tilam disandarkan pada dinding. Jadi, tilam tu dijatuhkan kat atas lantai dan komfem tidur ramai-ramai kat bawah. haha! Pelajar non-muslim pulak tidur kat dorm lain. Aduh! saya x ingat pulak dorm mana mereka duduk.


 

16 Julai 2012

Keesokannya, kami memulakan slot Nahwal al-Quran yang dipimpin oleh Syakir. seterusnya, seperti biasa cikgu datang dan mengajar kami semua. Cikgu Rosita sempat memberi kami gula-gula sebagai penyegar. maklumlah, duduk kat dalam dewan yang sejuk tu lama-lama, sape yang "x" mengantuk..



Petang pulak, aktiviti riadah dipimpin oleh Cg. Hasnah. Mulanya dia nak buat senamrobik, tapi kami berkeras dengan plan asal iaitu nak makan ICT (Ikan Celup Tepung) kat tepi pantai. jadi, dengan peluang yang ada, semua bekas pelajar kelas 4D memakai T-shirt 4D dan berkumpul beramai-ramai dan kluar makan bersama. kami juga melakukan sesi group photo. Itulah pengalaman yang paling manis! WohoOoo!!!!!



BERLAKU TRAGEDI SEWAKTU PELAJAR PEREMPUAN MANDI DI DALAM TANDAS

nak tau apa ceritanya? masa budak perempuan berada dalam tandas, tiba-tiba ada sorang budak lelaki datang kat luar tandas. kebetulan pulak masa tu Ena baru nk kluar dari tandas. bila dh tersempak tu, ape lagi..Arrggh!!!!! jeritlah dia. 


saya x tau sape budak lelaki tu. tapi, dengar cerita ada geng2 budak lelaki ni suruh kawan dia ambik sesuatu kat luar tandas perempuan. dah la kawan ni jenis "lurus", jadi dia ikut je la...
Malam pulak, selepas maghrib, tazkirah disampaikan oleh Ustaz Zainal. kemudian, kami meneruskan sesi pembelajaran. lepas slot berakhir, kami semua pulang ke dorm. Krokkk!! Krokk!! aduh.. perut rasa lapar pulak.. tapi dibiarkan. dengar cerita, Cg. Jasnizam (Cg. JJ) dengan budak lelaki ada pergi beli burger kat depan pagar kem tu. Amboii... sodapnye...

Malam masih muda... ada yang dah diulit mimpi dan ada yang masih segar. Yang masih segar tu seperti ika & the gang, thiah, suhaili, siti dan beberapa yang lain memulakan misi mereka. ade ke patut? mereka pergi ambik gambar muka kengkawan yang dh tidur. Hadoii... macam-macam aksi yang dh dirakam mereka.

17 Julai 2012

Selepas slot Nahwal al-Quran, kami meneruskan sesi pembelajaran. Dalam pukul 12 tengahari, kami pack barang dan pulang. Semasa majlis penutup, pengetua dan cikgu2 yang lain x dapat hadir.. sedih jugak.. tapi, takpe lah. mereka kena uruskan ramai lagi pelajar kat sekolah. Cuma Cg. Rosita yang ada dan memberi beberapa ucapan.

Syukur kerana x berlaku sebarang perkara yang tidak diingini sepanjang program ni berlangsung. Terima kasih kepada cikgu2 yang menganjurkan program ini kerana dengan adanya aktiviti sebegini, hubungan silaturrahim, perpaduan dan semangat untuk belajar serta berdikari dapat dipupuk dalam jiwa kami semua. Semoga cikgu2 dan pelajar2 SMKSS dapat mencapai aspirasi serta visi kudsi pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment