Can you spot the difference?
"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." [Sayyidina Ali bin Abi Thalib]
Wednesday, January 1, 2014
Tuesday, December 31, 2013
New Years Eve
Lagi beberapa minit nak masuk tahun baru.. Belum masuk tahun baru lagi.. Perasaan tak sabar tu dah ada. Haha..
Jika diimbas balik, banyak pengalaman suka dan duka telah saya dan blogger lain tempuhi. Kepergian orang kenamaan, sahabat handai dan saudara-mara tidak boleh kita elakkan. Dan mereka pergi buat selama-lamanya. Namun, kehadiran orang baru dapat menyerikan hidup kita.
Bagi saya, tahun 2013 adalah tahun paling mencabar dalam hidup. Tahun yang memerlukan kerahan tenaga, pengorbanan yang tinggi, kekuatan diri, dan kekuatan emosi. Itulah kehidupan saya sebagai seorang pelajar.
Benda yang dah lepas, tidak baik dikenang. Itu kata orang tua. Namun jika kita kenang demi kebaikan masa hadapan, itu tidak mengapa. Asalkan jangan terbawa-bawa sehingga menimbulkan perasan dendam, benci dan segala perkara negatif.
Harap tahun 2014 ni lebih relaks bagi saya.. Lebih santai dan semoga dapat mencipta beberapa kejayaan lagi dalam hidup. Insya-Allah.
Wednesday, December 25, 2013
Kucing aku makan rumput!
Bagi sesiapa yang bela kucing.. pasti sudah tahu pasal ni.
Jus dalam rumput mengandungi asid folik,
vitamin yang penting untuk kucing kesejahteraan. Asid folik, juga hadir dalam
susu kucing ibu, membantu pengeluaran oksigen di dalam aliran darah kucing.
Kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia, dan pertumbuhan kucing muda
boleh terbantut jika dia tidak mendapatnya. Kucing mempunyai naluri yang kuat bila mereka mengalami kekurangan dalam asid folik dan sebab itu ia makan rumput. Namun
begitu pakar hanya boleh meneka.
Pakar-pakar teori menyatakan bahawa kucing
makan rumput sebagai sifat semulajadi. Ia boleh menambah serat dan sebahagian
besar diet mereka, membantu mereka mengeluarkan cacing atau bulu melalui
saluran usus mereka. Jika terdapat kelainan pada usus perut, maka daun-daun
nipis yang dimakan tersebut akan menyebabkan kucing memuntahkan isi perutnya.
Tetapi veterinar berhenti mengisytiharkan keperluan rumput. Ia mungkin
membantu dalam penjelasan perkara keluar dari perut kucing, tetapi kucing yang
sihat mampu untuk memproses dan mengeluarkan perkara keluar tanpa bantuan ini.
Walaupun makan rumput
mungkin kelihatan janggal kepada kita, tetapi banyak kucing yang menyukainya
dan ia biasanya tidak merbahaya kepada mereka. Mereka jarang makan lebih
daripada jumlah kecil, tetapi jika ia makan setiap hari atau dalam jumlah yang
besar, anda perlu membawanya berjumpa dengan doktor haiwan kerana kucing anda
mungkin mempunyai masalah usus.
Tuesday, December 24, 2013
Kenapa biskut kering ada lubang?
Biskut kering atau crackers ada lubang. Tapi kenapa?
Biskut-biskut ni dibuat lebang sebab tujuan utamanya adalah untuk memastikan ia dimasak secara rata. Bukan untuk menarik perhatian si pengunyahnya..haha.. Berdasarkan teori, biskut ini akan mengeluarkan wap atau haba apabila dibakar. Tanpa lubang-lubang ni, biskut akan mengelembung dan menjadikan rupa biskut ini kelihatan tidak menarik. Bukan itu sahaja, ia akan menjadikan biskut lebih rangup.
Jika lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ia akan menyebabkan biskut kelihatan keras dan kering kerana wap tidak dapat dibebaskan dan kalau terlalu jauh, gelembung udara akan terhasil sekaligus menjejaskan rupa biskut itu.
Monday, December 23, 2013
Oh! Teddy Bear - Macam Mana Ia Wujud?
![]() |
Mengikut catatan sejarah, pada November 1902, Presiden Amerika Syarikat; Theodore Roosevelt telah diajak oleh Gabenor Mississippi untuk pergi memburu beruang. Pada masa itu juga, ramai pemburu tegar yang lain telah berjaya menangkap dan membunuh binatang itu. Pasukan Presiden telah berjaya menangkap seekor beruang hitam. Mereka mengikat beruang itu pada sebatang pokok setelah membelasahnya. Kemudian, mereka menyuruh Presiden sendiri untuk menembak beruang itu sebagai penghormatan untuk Presiden itu.
| e |
Pada masa yang sama, seorang pemilik kedai, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun beruang itu lalu dia mendapat inspirasi untuk mencipta mainan baru. Dia menghasilkan mainan patung beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden untuk meminta kebenarannya untuk menamakan patung beruang itu dengan nama samarannya Teddy. Sehingga sekarang, patung beruang itu terkenal dengan nama Teddy Bear.
Sunday, December 22, 2013
Wednesday, December 18, 2013
Tudung dan Trend!
Ada berapa jenis tudung dalam dunia ni?
Apa fungsi tudung?
Apa kepentingan tudung?
1. Dupatta
Fesyen ini berasal dari India, Bangladesh ataupun Pakistan. Ia berbentuk segi empat panjang. Fabriknya jarang, ringan tetapi berat bila dihiasi dengan aksesori tambahan seperti labuci dan sebagainya. Orang melayu pun dah ada pakai pakaian ni time kahwin.
2. Niqab
Ianya dipakai untuk menutup sebahagian kepala dan leher tetapi membiarkan bahagian mata terdedah. Kebiasaannya, ia berwarna hitam tetapi boleh dipakai dengan warna lain. Fesyen ini popular di bahagian Timur Tengah atau semenanjung Arab seperti Arab Saudi, Qatar, Oman dan lain-lain tempat.
3. Hijab
Ianya menyamai tudung/headscarf. Ia boleh diperoleh dengan pelbagai warna, bentuk dan corak. Kebiasaannya ia berbentuk petak atau segi empat. Fungsinya adalah untuk menutup kepala dan leher serta membiarkan wajah terdedah.
4. Ameera
Nama tudung ini famous di seluruh dunia. Ia adalah dua bentuk scarf yang mempunyai bentuk yang rapat dengan muncung tudung diperbuat daripada cotton ataupun polyester dan disertakan scarf berbentuk tiub.
Tudung ni kena jaga betul-betul kalau tak hujung tudung akan rosak.
5. Shayla
Ini pula famous di bahagaian teluk Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq dan Iran. Ianya dililit di kepala dan dipasak dengan pin di bahagian bahu.
6. Tudung
Dekat mana-mana saja kita boleh jumpa ni. Fesyen ni popular di Malaysia dan Indonesia. Ia dipakai dengan sehelai tudung sahaja. Dihiasi dengan pelbagai corak, warna dan elemen lain seperti labuci, sulaman, embroidery dan lain-lain.
7. Esarp
Esarp diperbuat daripada sutera. Ianya berbentuk segi empat dan dipakai oleh wanita-wanita Turki. Esarp juga mempunyai pelbagai bentuk, warna, dan corak yang menarik. Tudung ni kecil dan ringan.
8. Chador
Chador dipakai sekali dengan baju. Dalam bahasa inggeris ia dipanggil sebagai full body cloack. Ianya dipakai oleh wanita Iran sewaktu keluar rumah. Kebiasaannya ia berwarna hitam tetapi untuk solat ianya berwarna terang dan diperbuat daripada cotton.
9. Gele
Gele terkenal di Barat Afrika. Ianya dipakai dengan cara melilit di kepala. Contoh artis Malaysia yang suka pakai macam ni, YUNA.10. Pashmina
Ia berasal dari Kashmir. Boleh ditemui dengan pelbagai design. Remaja sekarang suka guna gaya ni.
11. Khimar
Tudung berbentuk panjang dan dipakai sehingga menutupi bahu, kepala, tengkuk dan dada.
12. Burqa
Tudung ini menutupi seluruh wajah dan badan. Mempunyai bahagian yang jarang di sekitar mata untuk memudahkan si pemakai melihat. Biasanya ia berwarna putih, biru, coklat, olive dan mustard.
Subscribe to:
Posts (Atom)












.jpg)





