Untuk hilangkan bosan, saya buat hiasan tambahan pada atas pensil.
"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." [Sayyidina Ali bin Abi Thalib]
Monday, February 18, 2013
Flowery Clock
Ini merupakan hasil tangan saya menggunakan teknik quilling. Memakan masa sehari utuk siap. Asalnya, jam ni kosong je, tapi nak bagi menarik sikit, saya tambah bunga-bunga dan daun-daun.
Aktiviti Tahunan di Muzium Negeri Terengganu
Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 ni, Muzium Negeri Terengganu turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik! Jom kita tengok ni...
Mari pakat gi ramai-ramai!
Acara Utama Sempena Tahun Melawat Terengganu
Tahun 2013 dah pun bermula. Pada bulan Januari baru-baru ini, menteri besar Trg dah merasmikan Tahun Melawat Terengganu 2013. Berikut adalah acara utama sempena Tahun Melawat Terengganu.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang ke negeri Terengganu ya! Negeri Cantik, Budaya Menarik
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang ke negeri Terengganu ya! Negeri Cantik, Budaya Menarik
Sunday, February 17, 2013
Chinese New Year
10 Januari 2013
Gong Xi Fa Cai!
Ada sesetangah tu tak tahu berapa lama perayaan ini disambut. Ada yang mengatakan bahawa sebulan, seminggu dan lain-lain. Bila ditanya apakah makanan yang dihidangkan pada musim perayaan tersebut, jawabnya, kuih bakul. Itu lah jawapan yang biasa saya dengar. Ha! Ni ada sikit info pasal Tahun Baru Cina.
Tahun Baru Cina diraikan pada setiap tahun. Hidangan yang sering menjai simbolik perayaan ini ialah yee sang dan kuih bakul. Selain itu, terdapat banyak lagi juadah yang merupakan resepi turun-temurun dihidangkan. Kaum keluarga akan makan besar dengan hidangan ini seperti kuih pulut, daging salai, daging itik, kuih pulut dan lain tidak bukan buah limau mandarin. Golongan muda dan golongan yang belum berkahwin akan menerima angpau daripada orang tua. Tarian naga atau singa dan perarakan kereta berhias diiringi bunyi gendang merupakan acara menarik pada hari perayaan tersebut.
Lima belas hari selepas perayaan ini, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei (entah betul ke tidak eja ni)
Saturday, February 16, 2013
My Beautiful Malaysia
3 Februari 2013
8.45 pagi, Program My Beautiful Malaysia telah diadakan di
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Menteri besar Terengganu pun ada.
Senamrobik 1Malaysia pun turut diadakan. Selain itu, upacara menanam pokok
turut diadakan. Upacara ini merupakan simbolik permulaan Program My Beautiful
Malaysia di Kuala Terengganu.
Bukan tu aje, majlis perasmian oleh PM Malaysia di SMK
Medan, Selangor telah disaksikan secara langsung melalui skrin yag telah
disediakan oleh pihak penganjur.
Last skali, program diteruskan dengan gotong-royong di
sekitar Pantai Batu Burok. Ramai yang terlibat dalam program ini antaranya
peserta dari jabatan kerajaan, agensi swasta, pertubuha belia, IPTA, IPTS serta
murid sekolah.
Sunday, February 3, 2013
Hari Jadi Harith
21 Januari 2013
Harith dah 9 tahun rupanya. Dah darjah 3! Kali ni mami spent kek Secret Recipe. Best! Dalam kek tu ada kacang pistachio & kek tu disaluti aiskrim. Lepas mami kluar dari restoran SR, thaqif pulak meragam nak makan KFC. Hmm.. terpaksa la beli jugak.
Asalnya nak makan kek, tapi jadi grand sikit sebab thaqif punya pasal. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Buktinya, kita semua dapat makan sedap-sedap. Mmmmm! Sedap hingga menjilat jari.
Harith dah 9 tahun rupanya. Dah darjah 3! Kali ni mami spent kek Secret Recipe. Best! Dalam kek tu ada kacang pistachio & kek tu disaluti aiskrim. Lepas mami kluar dari restoran SR, thaqif pulak meragam nak makan KFC. Hmm.. terpaksa la beli jugak.
Asalnya nak makan kek, tapi jadi grand sikit sebab thaqif punya pasal. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Buktinya, kita semua dapat makan sedap-sedap. Mmmmm! Sedap hingga menjilat jari.
Subscribe to:
Posts (Atom)







