Tuesday, April 23, 2013

Ping Anchorage terbaik!

22 April 2013

Petang tadi, pergi ke Syarikat Ping Anchorage. Tujuanya apa?
Nak survey harga pengangkutan. Maklumlah, bulan Mei nanti, cousin dari UK nak datang ke Trg. Katanya, nak ziarah kubur ayah dia, nak jumpa sanak-saudara dan lain2. So, dia suruh my mom dan saya carikan pengangkutan yang menyediakan harga yang berpatutan.

Seperti biasa, kami akan suggest dia untuk menyewa kenderaan dari syarikat Ping Anchorage. Sebelum ni dah biasa guna khidmat syarikat ni. So, takde hal lah dalam pencarian khidmat sewa kenderaan.

So, siapa yang nak try guna servis ni, skroll lah kat sini Ping Anchorage. Perkhidmatan ni sangat memuaskan.

Syukur...

Sepanjang hari ni, sy asyik sibuk dengan urusan yang tak berkesudahan. Sampai tidur tak lena, makan pun tak lena. Ish3... Sampai nak bukak blog ni pun malas. Last-last tu paksa jugak.

Tak sangka pulak. Rupa-rupanya disebalik kesusahan dan kesibukan ini ada hikmahnya. Nak tau apa?

Ha... blog Sara-i merupakan antara pemenang segmen : Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang! Wah.. Happy gila. Blog sara-i dikategorikan sebagai 10 pemenang Blog Review di FB (no. 74).

Terima kasih kepada Cik Kumbang kerana menganjurkan segmen ini. Dan tahniah kerana Cik Kumbang berjaya melaksanakan segmen ini buat pertama kalinya.

Wednesday, April 17, 2013

Untuk Si Phobia Kucing


Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tapi, jika perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ni.

Sebab ape ye? Sebab, jika seekor kucing menghampiri sekumpulan manusia, manusia yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yag menjemput kucing untuk digesel da dimanja. Berbanding dengan si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurag faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya. Dengan kata mudah, KUCING AKAN MENGHAMPIRI SI FOBIA INI! haha

Jadi, siapa2 yang fobia dengan kucing, jangan la tunjuk sangat perasaan tu, buat biasa je. Paling kurang pun, halau dia dengan cara yang baik.

Tuesday, April 16, 2013

I love KFC

KFC Spicy Korean Crunch adalah perisa pedas terbaik yang pernah saya rasa. Dicolek sama dengan sos thai. Memang Ummph! Bak kata pepatah KFC, "Sedap hingga menjilat jari". Rugi x rasa.

First Time Bawa Kereta 4WD kat highway

13 April
Baru-baru ni masa OTW dari KL-KUATAN, papa suruh saya bawak kereta barunya, latest HONDA CRV.

Mak oiii! Tuan punya badan ni baru 17 tahun, 11 bulan. Baru je dapat lesen P. Hujan takx, ribut takx, salji pun takx, tiba-tiba suruh saya bawak kereta dia kat highway. Dah orang suruh bawak, kita bawak je la.. Alhamdulillah, takx perasaan takut atau bimbang pun masa bawak kereta.

Bawak dalam 80-110km/j je... X berani nak bawak lebih-lebih, nanti lesen kena gantung, naya aku. hahaha. Sebelum ni, perkara yang takut masa bawak kereta, adalah apabila tengah speed dekat selekoh. Sebenarnya, selekoh tu takla tajam, cuma bila tengok dari jauh, macam merbahaya.

Lepas saya lalu kat selekoh tu dengan speed yang boleh tahan, secara automatik perasaan takut tu hilang. Betullah cakap orang, belum cuba belum tahu. Selain tu, sebelum ni ada petua yang mengatakan kalau nak hilangkan ketakutan, kita mesti berdepan dengannya. Baru lah kita berjaya. Fuhh..Lega bila fobia ku hilang.

Monday, April 15, 2013

Berhati-hati bila kat fitting room

Pesanan ini khas untuk gadis-gadis di luar sana.

Mesti dah biasa masuk kat fitting room kan. Jangan tipu la.. Pernah tak terfikir, apa perasaan kita masa kita ada kat dalam fitting room tu? Ahha... Bukan kat fitting room je nak kena perasan. Banyak lagi, macam cermin yang tergantung kat tandas awam, bilik hotel dan lain-lain.

Perasan ape? Perasan kena INTAI !!! Jadi, apakah ubat untuk melegakan perasaan ragu-ragu kita masa ada kat tempat-tempat yang disebutkan tadi?


Pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupu cermin dua arah.
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin dua arah adalah jenis cermin yang boleh dilihat oleh orang disebalik cermin tersebut, tetapi kita x boleh melihat mereka.

Macam mana nak check mana satu CERMIN BIASA atau CERMIN DUA ARAH?



FIRST : Guna Jari
Cermin Biasa/ Cermin Sebenar : Apabila jari diletakkan pada permukaan cermin, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Cermin Dua Hala/ Cermin Kaca Dua Hala : Apabila jari diletakkan pada permukaan cermin, hujung kuku anda akan nampak bertemu dan tiada ruang antaranya. Sekiranya perkara ini terjadi, AWAS ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.

SECOND : Guna Lampu Suluh
Cermin Biasa/ Cermin Sebenar : Yang ni kalau boleh, tutup lampu bilik tu dulu. Caranya, halakan cahaya lampu suluh pada cermin tu. Kalau cahaya tu dipantul, maka anda selamat.

Cermin Dua Hala/ Cermin Kaca Dua Hala : Halakan cahaya lampu pada cermin. Kalau cahaya menembusi cermin tu atau cermin tu tidak memantul kembali cahaya tu, maka ia cermin dua hala. JAGA-JAGA.

THIRD : Check Keadaan Dan Cara Cermin Dipasang
Cermin Biasa/ Cermin Sebenar : Kalau cermin biasa, kebiasaannya, cermin tu digantung pada dinding. Atau, permukaan cermin tu tidak sama rata dengan dinding. Untuk kepastian, tengok belakang cermin. Sekiranya belakang cermin tu adalah dinding, maka ia adalah cermin biasa.

Cermin Dua Hala/ Cermin Kaca Dua Hala : Kalau cermin dua hala, ia dipasang kedalam dinding.

FOURTH : Bunyi Ketukan Permukaan Cermin
Cermin Biasa/ Cermin Sebenar : Tepuk pada permukaan cermin dengan sendi jari dan dengar bunyi yang dihasilkan. Jika, ia menghasilkan bunyi padat, maka ia cermin normal kerana ia diletakkan di depan dinding.

Cermin Dua Hala/ Cermin Kaca Dua Hala : Cermin dua hala akan berbunyi lebih kosong dan menghasilkan bunyi getar pantulan menunjukkan ada ruang kosong disebalik cermin tu.

Jadi, kepada semua kaum hawa di luar sana, berhati-hatilah dengan benda-benda macam ni. Bukan cermin je nak kena risau, camera litar tertutup, handset 3gp, cermin fisheye dan lain-lain pun kita kena peka.