Wednesday, December 30, 2020

Perkembangan Tahun 2020

(https://covid.cdc.gov/coviddatatracker/#cases_casesinlast7days)

Tahun 2020 sudah pasti merupakan perjalanan yang amat jauh. Penularan wabak corona hampir menyekat segala keinginan. Saya pula, terlalu nama meninggalkan dunia blog. Sibuk menguruskan kendiri.

Bermula 2017 sehingga 2020, menghabiskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UiTM Perlis. Mungkin di lain hari, saya akan menceritakan pengalaman belajar di peringkat ini. Setelah menamatkan pengajian, Alhamdulillah saya mendapat tawaran bekerja di negeri kelahiran. Walaupun lari dari bidang, tapi itu pengalaman pertama setelah diri ini berniat mahu menamatkan pengajian sehingga takat ini sahaja. Keinginan untuk menyambung pelajaran di peringkat Masters itu ada namun atas faktor kewangan dan masa, mungkin hasrat itu perlu dikaburkan. Tidak mengapa.. Jika ada rezeki, ada lah. Rezeki tidak mengenal masa dan tempat.

Walaupun 2020 adalah tahun yang amat mencabar, Alhamdullah saya dikelilingi orang yang baik-baik. Dalam mengharungi liku tahun 2020, beberapa pencapaian telah berjaya dicapai. Jika ada kesempatan masa, akan saya kongsikan pengalaman, ilmu dan idea dalam blog ini.

Monday, July 30, 2018

Gegendang Telinga Berlubang

Saya di diagnosis mengalami gegendang telinga pecah. Macam mana boleh terjadi?
Image result for gegendang berlubang
Sumber gambar: Google

Berkemungkinan ini berpunca daripada aktiviti lasak yang saya lakukan seminggu sebelum puasa 2018. Seminggu sebelum puasa, saya ada buat lesen Open Water Diving atau ayat ringkasnya scuba diving. Aktiviti ini dilakukan selama 3 hari yang bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu. Walaupun saya telah dilatih untuk mahir dalam teknik berenang dan teknik underwater, itu tidak menjamin saya terselamat daripada sebarang kemalangan semasa melakukan aktiviti menyelam.

Selaman pertama, saya masih okay. Masa tu kedalaman hanyalah 2 meter dari paras permukaan laut. Keesokan harinya, mencabar sikit.. 6 meter kedalaman. Masa itu lah saya mengalami satu tekanan kuat seperti besi menyucuk di dalam telinga. Beberapa kali saya memberi isyarat kepada Dive Master dan dia membantu saya dalam proses equalization. Mujur masalah ini dapat diatasi. Namun, saya tetap mengalami masalah sama setiap kali kedalaman ketika menyelam bertambah. Ini menyebabkan gegendang telinga mengalami trauma, dimana tekanan udara yang berada di dalam telinga telah menolak dengan kuat sehingga menyebabkan kesakitan.

Setelah 3 hari selesai, saya pulang ke daratan. Dan, dalam minggu yang sama saya telah menjalani latihan praktikal Sea Survival. Lagi sekali saya perlu bermain di dalam air.

Akibatnya, selepas selesai latihan praktikal, saya mengalami "pekak" pada bahagian telinga kanan. Oh ya, dari perenggan atas, masalah yang saya alami adalah pada telinga kanan sahaja. Seminggu menanggung derita. Akibat kekangan waktu dan lokasi Pusat Kesihatan yang jauh dari kolej, saya cuma pendam kesakitan dan berharap dapat sembuh. Sebab, selalunya kalau ada masalah camni telinga saya cuma ambil masa 3 hari untuk sembuh sepenuhnya. Lain pula kali ini, telinga saya memerlukan masa 7 hari untuk sembuh. Risau juga tapi tawakkal sahaja.

2 bulan setelah telinga saya sembuh, satu hari telinga dimasuki air ketika mandi. Kecuaian sedikit macam tu sahaja menyebabkan telinga kanan bermasalah kembali. Kali ini makin teruk. Telinga tak sakit, tapi ia bergema sehingga menyebabkan pening kepala. Dengan perangai degil saya ni, saya masih pendam masalah ini. Selepas 3 hari mengalami telinga bergema dan sakit kepala, masalah ini berakhir. Namun, selang beberapa hari, telinga terus jadi pekak. Tanpa rasa sakit, ia terus "block" bunyi. Hari seterusnya, telinga menghasilkan bunyi seperti siulan dan bunyi robot. 3 hari diperlukan untuk sembuh dan akhirnya kembali normal. Selang beberapa hari, masalah sama berulang. Bunyi seruling dan kali ini lagi nyaring.

Akibat terlalu risau, saya memaksa diri untuk bertemu doktor. Hasil pemeriksaan, doktor menemui satu lubang pada gegendang. Terkejut sebab saya seorang yang aktif dalam sukan air dan tidak pernah mengalami masalah ini. Bila difikirkan balik, ni mungkin berpunca dari aktiviti menyelam. Pelik..bagaimana selepas aktiviti menyelam, telinga saya boleh berfungsi secara normal. Rupanya, masalah ini berulang disebabkam air masuk dalam telinga ketika saya mandi (perenggan 6). 

Sebenarnya, selepas menyelam, gegendang telinga dah rosak tapi ia sempat pulih sendiri dan semestinya memerlukan masa yang lama. Pantang larang ketika proses penyembuhan adalah elakkan dari terkena air dan bermain aktiviti lasak yang boleh menyebabkan gangguan pada tekanan dalam telinga. Namun begitu, belum sempat ia pulih sepenuhnya lagi sekali telinga dimasuki air sepertimana yang saya ceritakan sebelum ini. Seksanya, Allah sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama, saya diuji dengan demam dan selesema. 3 nikmat sekaligus Allah tarik buat sementara. Saya diberi ubat Vit C, antibiotik dan ubat "bengang telinga". Sekiranya masalah berlanjutan, saya perlu merujuk kepada pakar. Banyak perkara yang saya pelajari melalui ujian ini dan ini menjadikan saya tidak serik untuk terlibat dalam aktiviti sukan air.

Thursday, July 26, 2018

I'm back!

Assalamualaikum..
Setahun saya berehat dari dunia blogging. Banyak kekangan waktu dan komitmen menyebabkan penulisan saya tersekat. Setahun berlalu, banyak berubah. Sempat juga baca posting saya yang lepas. Ketawa seorang diri pun ada. Bermula menulis ketika "0" dan sekarang..boleh la improve sikit-sikit.. Hahaha.

Apapun, saya akan terus menulis dan berkongsi apabila berkelapangan. Sekian.

Wassalam..

Friday, July 22, 2016

Tumpang kereta orang, hulur la duit minyak


Dengar member bawa kereta, comfirm ada yang nak menumpang. Ini lumrah bagi orang yang bekerja, pelajar dan lain-lain. Tapi paling mencabar, untuk pelajar la.. Iye la.. nak tanggung duit minyak kereta..

Istilah "TUMPANG KERETA @ CARPOOL". Ayat ini cukup sinonim dalam kalangan pelajar yang menyewa di luar (Non-Resident). Jadi, saya sebagai seorang pelajar dan juga salah seorang pemilik kereta ingin menegaskan beberapa faktor yang perlu diketahui oleh individu yang memegang title sebagai PENUMPANG.

Dah lama saya pendam perkara ni. Jadi, antara faktor penting yang perlu ambil tahu bagi PENUMPANG adalah..

TAPI, sebelum itu.. Biasanya orang akan cakap "Kau bawak orang, pandai-pandai la tanggung". Haa.. ini bukan merujuk kepada business carpool, atau kereta sapu okay. Ini merujuk kepada member yang tumpang member.

1. HULUR DUIT MINYAK
Dah tumpang tu, pandai-pandai la hulur atau tong-tong duit minyak. Kalau tak pun, belanja makan pun ok. Bila hulur duit miyak, driver memang akan tolak @ segan nak amik tapi, nak atau tak nak kena la bagi juga. Kira okay la tu driver macam segan-segan atau tak nak ambil..at least dia ada sifat berperikemanusiaan. Yang menumpang ni, jangan la jadi tak berperikemanusiaan pulak atau kedekut. Duit minyak ni, nak cakap student tanggung pun ada betul. Tapi ada juga mak ayah yang   tanggung. Jadi, takkan la mak ayah nak tanggung duit minyak orang lain jugak. Paham-paham jelah.

2. JANGAN TERLAMPAU BERKIRA PASAL DUIT MINYAK
Kes ni normal bagi rakan-rakan serumah yang menumpang. Kalau member (driver) letak harga, penumpang tolong la consider. Biasanya kalau sorang tumpang kereta, belanja minyak kereta tak tinggi. Tapi kalau dah 5 orang naik satu kereta, mau tinggi belanja minyak tu. Paham-paham je la.. Berat 5 orang tak sama dengan berat 1 orang.

3. JANGAN TUTUP PINTU KUAT SANGAT
Dah naik kereta orang, jangan la tutup pintu kuat sangat. Bingit telinga. Pintu kereta tu dah direka khas untuk tutup rapat. Tak perlu la nak test kekuatan pintu kereta tu. Kalau rosak, bukan awak yang tanggung. Tuan kereta yang kena tanggung.. Kalau pelajar, mesti mak ayah dia sekali yang kena tanggung. Jadi, hanya kerana satu kesilapan, ramai pihak yang kena tanggung. Tolong sedar bab tu ya..

4. JANGAN TUTUP BONET MACAM WWE
Ini satu lagi masalah. Tutup bonet macam nak lepas geram. Amboi..amboi.. kereta tu awak punya ke. Berlembut la dan anggap la kereta tu macam barang kesayangan. Kalau ada orang sentuh barang kesayangan, apa perasaan anda? Haa.. Begitu la perasaan driver. Mujur la dia kasi tumpang.

5. JANGAN TIDUR DALAM KERETA
Perkara ni takde la serious sangat. Kalau saya sendiri, saya tak kisah kalau penumpang tidur. Diorang takde pape nak buat kan.. Daripada memekak, baik senyap je terus. Boleh la fokus memandu. Bagi driver lain, mungkin dia ambil serious bab ni. Yelah.. penat-penat pergi kelas, balik sama-sama..end up, kawan-kawan tidur dalam kereta sambil pekena air-cond. Amboi.. Dah la kena hadap jalan jem, traffic light, pe'el driver lain lagi..bla..bla.. Jadi, respect la kepada yang memandu tu.

6. JANGAN MEMEKAK DALAM KERETA
Time balik, muka semua penat, pastu korang pasang radio kemain kuat, pastu sembang gelak sampai tak ingat dunia..Aiii..ini kalau kena dekat driver yang jenis cepat naik hangin, silap haribulan, habis semua penumpang dia kick out. Sama macam atas tadi juga.. Driver kena hadap jalan jem, traffic light, pe'el driver lain, bla..bla.. Jadi, tolong la faham situasi tu. Tapi, kalau driver tak kisah, takpela. Nak melolong sana sini pun takde hal.

7. JAGA KEBERSIHAN KERETA
Perkara yang buat saya bengang. Bila nak bersih kereta, terjumpa la "harta karun" dekat celah-celah kusyen, bawah karpet, bawah seat, dalam poket belakang kerusi, celah pemegang pintu, bla..bla.. Korang ingat ni mungkin perkara kecil. Sekali dua takpe lagi. Kalau dah berkali-kali, bengang oii.. Dah berak, pandai-pandai la cuci sendiri. Takkan itu pun orang lain nak kena buat. Lagi satu, kalau kaki terpijak pasir, selut, taik atau pape yang boleh kotorkan kereta..tolong la bersih dulu. Kalau dah tak sengaja, tolong la bersih karpet tu. Ini tak.. Dah nampak karpet tu berlopong, dibiar je dengan muka tak bersalah. Kau ingat aku ni kuli kau ke ape..Haa..Marah ni..

8. JANGAN MAKAN DALAM KERETA SESUKA HATI
Kereta tu bukan kereta ayah awak tau. Boleh makan sesuka hati. Kalau nak makan, minta izin driver dulu. Kalau dia tak kasi, jangan la makan. Kalau dia ok, takde hal la.

9. JANGAN KELUARKAN BAU TAK MENYENANGKAN
Kalau terasa nak kentut, tahan jela.. Kalau tak tahan sangat, mintak driver berhenti jap. Haa.. pastu keluarla pastu buat la acah-acah nak amik gambar kat luar (itu pun kalau segan nak cakap)

10. JANGAN SELONGKAR BARANG SESUKA HATI
Dah naik tu,, tak payah la nak jadi orang gaji pulak. Duk je diam-diam.

Itu jelah kot antara faktor-faktor yang perlu dititikberatkan. Namun, saya nak highlight point paling penting dalam perkara ini..Yang wajib kena tau..

1. HULUR DUIT MINYAK
2. JANGAN TUTUP PINTU KUAT SANGAT
3. JANGAN TUTUP BONET MACAM WWE
4. JAGA KEBERSIHAN

Dinasihatkan kepada para penumpang, "Patuhi Peraturan, Ingat Yang Tersayang"

p/s: Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR) perlu ambil serious hal ini.

Tuesday, June 2, 2015

Kucing Tanpa Bulu


Kucing tanpa bulu. mungkin ianya berbunyi asing bagi sesetengah orang. Namun, ini adalah kebenaran. Sekarang ia dipanggil Canadian Sphynx. Dulu dikenali sebagai Canadian Hairless. Memang kucing ni tiada bulu. Sekiranya ada, panjang bulu sangatlah pendek dan tipis seperti bulu roma bayi.

Sejak beratus-ratus tahun dahulu, kucing ini mengalami mutasi. Kemudian, ada pihak yang tertentu yang cuba "mengahwinkan" kucing-kucing ini untuk memperkuatkan bakanya.

Kucing ini memiliki badan yang panjang, tegap dan dada lebar. Kepala berbentuk segi tiga. Dahi sata, tulang pipi menonjol, hidung pendek. ada kedutan pada kepala. Telinga besar dan lebar. Mata berbentuk bulat lemon dan hujungnya mengarah ke telinga. kakinya panjang. kaki depan lebih pendek dari kaki belakang. jari kaki panjang dan tapak kaki tebal.

Saya ada memperkenalkan kucing ini kepada kawan-kawan dan kesemua yang melihat kucing ini memberi pendapat yang negatif. Tiada langsung yang berkata positif mengenai kucing ini.

Tapi, saya tetap minat pada kucing ini. Orang nak kata pelik..biarla. Kenapa? Kucing ni makhluk Allah juga.

Kucing ini memang unik. Senang nak bela sebab takda bulu. Kalau kucing lain...hmm.. bulu dia tu,,

Tuesday, April 28, 2015

Zaman Berubah

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama.. lama tak update blog. banyak perkara dah berubah.
Umur makin meningkat, rakan makin ramai, orang tua makin berkurangan, ilmu makin banyak perlu diteroka, diri masih terasa jahil, kehilangan orang tersayang, kehadiran orang baru.. macam-macam.
itu la kehidupan.

Jika dibaca balik entry-entry yang lalu, sememangnya terasa kelakar. maklumla, macam-macam ayat merapu yang terkeluar. haha. itu benda lepas, biarla ia berlalu begitu sahaja.

Diri ini masih seorang pelajar. Yang masih terkapai-kapai menuntut ilmu. Banyak kelemahan dalam diri. Sepanjang bergelar seorang pelajar, banyak yang saya nampak. Terutamanya melalui hubungan antara rakan-rakan.

PERINGATAN.. Untuk juniors, nanti kalau dah masuk U, jangan mimpi la dapat bawak assignment bertimbun-timbun pastu terlanggar mamat handsome dan terus jatuh cinta pandang pertama. Sebab apa? Sebab, sekarang semua assignments sumbat dalam pendrive @ email ke lecturer je. Haha

Backstabber adalah perkara biasa. Kena kacau dengan pelajar senior adalah perkara biasa. Tak cukup duit perkara biasa. Buat assignment last minute perkara biasa. Lewat ke kelas perkara biasa. Ramai peminat perkara biasa. Rapat dengan lecturer perkara biasa. Apa lagi? haha

Nasihat saya, walaupun apa yang terjadi, sebagai seorang pelajar hati kena kuat. Jangan mudah terpedaya dengan rakan-rakan. Hati tu jangan mudah sangat cair. Orang muda, hormon tak stabil lagi. Tetapkan iman, niat tu mesti selalu kena betul.

Itu je la setakat ni. Banyak lagi nk ulas tapi... Banyak lagi urusan lain yang perlu diselesaikan.
Sebarang pertanyaan atau ape2 je, comment di bawah. In Syaa Allah saya akan reply dalam masa terdekat.

Tuesday, June 3, 2014

Mengimbau Kenangan : Berebut tandas pada waktu pagi di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)

Tetiba teringat kenangan dulu. Saya tinggal di blok A2 aras 4. Biasanya blok A2 & A1 selalu ada masalah air. Aras yang paling teruk adalah aras 3 & 4. Tapi itu dulu. Sekarang dah okay.

Kalau waktu pagi... Hadoii.. Itulah waktu yang paling sukar nak mandi. Kalau terkejut pukul 6.30 tu, jangan harap boleh siap cepat. Biasanya saya & roommate bangun pukul 5.30. Masa tu dua @ tiga orang je yang dah ada dalam tandas.

Daripada aras 4, turun ke aras 2 @ 1. Begitulah rutin harian kami. Dah macam exercise.

Pernah satu pagi tu, saya dah siap2 nak me kelas. Tapi tak pergi lagi sebab masa tu dalam pukul 6.15. Perut memulas-mulas. Tak tau kenapa. Bila tak tahan sangat ape lagi, berlari turun lah. Mula2 pergi aras 3 air takde. Pastu aras 2, air ada tapi org ramai tunggu turn. Sy pun tunggu je la. Dalam 10 minit tunggu, budak2 dalam tandas jerit kata takde air. Arghh! Terus berlari turun ke aras 1. Setengah jam duk tunggu turn. Rupa2nya ada orang mandi dalam tandas. Aduh.. Bilik mandi ada disebelah. Ini bilik air lah!

Sabo je la... Hahahahaha

Time mandi pula, saya jarang sangat turun aras bawah. Selalunya bangun awal & mandi di aras 4. Tapi penat sikit la sebab kena tadah air dalam baldi di luar tandas (tempat basuh baju) pastu angkut masuk dalam bilik air. Ish3... Pagi2 dah kena angkut air 5 gelen. Takpela.. Exercise katekan.. Haha..

Tapi itu semua dah berlalu.. Sekarang sistem paip kat sana dah okay sejak sukan SIPMA.

Itulah antara kenangan yang tak boleh dilupakan.

Monday, May 26, 2014

Piala Thomas 2014 milik Jepun

Hmm... Setelah hampir 6 jam bertarung depan TV untuk menyaksikan perlawanan badminton, akhirnya Malaysia terpaksa tunduk kepada negara matahari terbit.

Sungguhpun Malaysia gagal membawa pulang piala Thomas ke bumi Malaya, namun semangat juang yang dipancarkan oleh pemain-pemain negara cukup memberikan satu kepuasan kepada rakyat Malaysia.

Itulah kekalahan yang bermaruah kerana Malaysia telah berjuang mati-matian. Terima kasih kepada skuad badminton negara kerana berjaya mengembalikan semangat ini yang sudah sekian lama malap dalam segenap jiwa rakyat Malaysia.

Selamat tinggal piala Thomas. Jumpa lagi pada tahun 2016!

Sunday, May 25, 2014

Piala Thomas 2014

Tak sabar rasanya nak tengok perlawanan badminton Piala Thomas malam ni. Tak sangka juga Malaysia berjaya ke final dan bakal berentak bersama Jepun.

Sungguh tak ku sangka... Kali ni, China tidak dapat memasuki final. Biasala... Kalau bab-bab badminton ni, lain tak bukan Malaysia & China la yang selalu disebut-sebutkan.

Lawanlah dengan negara mana pun, janji Malaysia dapat merangkul Piala Thomas bagi tahun 2014. Sama-sama kita doakan agar sejarah 1992 berulang kembali.

Malaysia Boleh!

Sunday, May 18, 2014

Screen phone pecah

Nasib badan.. Ape la nak jadi dengan nasib aku ni. Baru semalam wakil Majlis Tertinggi JPK call nak mintak tolong design T-Shirt korporat. Dah la banyak hal yang kena settle minggu ni. Nak buat macam-mana, semua dah takdir. Phone jatuh dan screen pecah. Kalau pecah sahaja saya boleh bersabar lagi, tapi jari-jemari I ni tak boleh detect langsung! Hancur hati.

Malam tu terus pergi kedai baiki handset. Tukang repair taknk tanggung risiko. Dia suruh hantar ke kedai yang betul (wakil sah jenama phone ni) sebab phone ni masih baru.

Esoknya pergi dan kos baiki ni RM500++. Terkejut den! Mintak kurang, tapi sikit je boleh. Hmmm.. Biar la.. Saya ada kerja penting nak buat! Janji semua settle.

Thanks kepada Farahlyna & Fatihah sebab sepanjang tempoh phone ni kena repair, diorang sudi hantar info-info terkini melalui fb :)

Dia pergi untuk selamanya-lamanya..

14 April 2014
Sebenarnya berita ini dah lama saya tahu. Pada hari kejadian tersebut saya dah dapat tahu berita ini sebenarya. Tapi, artikel ini dikarang lambat kerana terkejut dan sedih serta berasa berat nak menulis sebelum ini. Akhirnya saya beranikan diri untuk menulis sebab ingin menjadikan cerita ini sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup.

Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Gambang ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tasik dalam kawasan kolej berkenaan. And guess what? Tasik tu berdekatan dengan kolej kediaman saya. Saya selalu meluangkan masa disana. Terkejut dan sedih bila dapat tahu hal ini berlaku.

Mayat Muhammad Ely Bukhari,19, dari Taman Sentosa, Karak ditemui sepasukan anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tengah tasik yang kedalaman empat meter kira-kira jam 9.52 malam. Hmm.. Budak ini, sape yang tak kenal. Kami satu batch tapi saya ambil Modul 1. Kalau nak pergi kuliah atau mana-mana selalu terserempak dengan dia. Ramai gelar dia “Mat Salleh Look”.

Mayat pelajar Modul 2 ditemui lengkap berpakaian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian. Pihak bomba berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa bersama enam rakannya dipercayai berkelah berhampiran tasik berkenaan sebelum dia tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik.
Ada seorang rakan yang melihat kejadian cuba membantu menyelamatkan mangsa bagaimanapun usahanya gagal memandangkan tasik agak dalam mencecah lima meter lalu meminta bantuan.Memang betul tasik tu dalam. Dan saya pernah bermain kayak dan berenang di tasik itu.

Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira jam 6.35 petang. Susulan maklumat itu, 14 anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dan operasi SAR turut melibatkan polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam).

Anggota bomba  tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian dan mengambil masa lebih dua jam mencari mangsa sebelum mayatnya ditemui.
Pihak pengurusan kolej hanya membenarkan kawasan tasik itu digunakan untuk aktiviti riadah dan pelajar ditegah mandi di tasik itu bagaimanapun mereka dibenarkan menjalankan aktiviti air dengan pemantauan daripada individu yang bertanggungjawab saja. Pihak kolej juga telah mengambil langkah keselamatan sewajarnya dengan meletakkan tanda amaran di kawasan tasik itu sejak dahulu bagi menghalang pelajar mandi bagaimanapun dalam kes ini mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh

Hasil siasatan mendapati punca kematian mangsa disahkan akibat lemas dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan kejadian satu kemalangan yang tidak terduga.

Berita ini telah diolah daripada sumber asli Berita Harian. Untuk pengetahuan, kes mengejut ini bukan tersebar di Berita Harian sahaja. Malah satu Malaysia dah tersebar. Kalau tak percaya, try lah google. Apepun berita yang keluar, saya dan rakan-rakan KMPh sahaja yang tahu cerita yang betul. Biarlah kami simpan cerita ini dalam hati dan ini menjadi peringatan untuk semua. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari mayat arwah dan terima kasih juga kepada Menteri Besar Pahang kerana berada di lokasi kejadian.

Kepada ahli keluarga arwah yang terbaca artikel ini, maaf saya ucapkan sekiranya ada salah silap dalam penulisan ini. Saya hanya berkongsi untuk memberi pengajaran kepada semua rakan-rakan agar lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri.

Kepada arwah Muhammad Ely Bukhari, selamat jalan aku ucapkan dan semoga kamu tenang di sana... AL-FATIHAH...

Gambar-gambar semasa kejadian tidak dapat saya kongsikan bagi menghormati keluarga arwah Muhammad Ely Bukhari. Biar saya dan rakan-rakan menyimpannya (bagi yang ada) sebagai kenangan dan pengajaran hidup.

Dia pergi untuk selama-lamanya. Kita disini perlu meneruskan hidup yang hanya dipinjamkan buat sementara.

Saturday, May 17, 2014

Selamat Hari Guru

Ini antara kenangan indah bersama tenaga pengajar yang penuh berdedikasi.


Thursday, May 15, 2014

Beza bulu khinzir & bulu kambing pada berus

Kalau jumpa berus murah mesti nak beli.. Haishh.. Jadilah pembeli yang berhemah. Sebab barang murah tak murah tak semestinya menjanjikan kualiti yang baik dan menjamin Halal pada barang tersebut.

Kebanyakan berus murah dari China diperbuat daripada bulu khinzir kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu itu yang menyebabkan ia mesra pengguna. Antaranya ia dijadikan berus untuk mengecat, melukis dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri untuk mengenalinya :
1. Bulu yang rimbun hujungnya (mempunyai hujung yang bercabang)
2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimmia untuk menjadi lembut atau keras.
3. Sukar tertanggal, jatuh atau rosak.
4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking, China mempunyai kualiti terbaik untuk mengecat.

Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing dan biri-biri mempunyai hujung yang tajam.

Setiap ciptaanNya ada hikmah. Sebab itu manusia dikurniakan akal untuk membezakan mana baik dan mana buruk. Ini adalah peringatan untuk diri saya dan juga umat Islam yang lain. Renung-renungkan...

Tuesday, April 29, 2014

Suasana di Kolej Matrikulasi Pahang

Assalamualaikum.. Lama take update blog. Seriously saya memang sibuk. Biasa la..hidup..

Bercakap pasal Kolej Matrikulasi Pahang ni.. Sememangnya pusat pengajian yang paling best! Siapa kata Matrikulasi tak best? Sebenarnya ia bergantung kepada pelajar tu sendiri. Kalau tak biasa duduk asrama & malas belajar, memang itu la jawapannya.

 VIDEO DI SEKITAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.

*TERIMA KASIH KEPADA INDIVIDU YANG TELAH MENGHASILKAN VIDEO INI.

Jujurnya, KMPh adalah pusat pengajian yang saya fikir SANGAT HEBAT!

Dari segi fasiliti untuk pembelajaran, semuanya cukup. Siap ada bangunan makmal yang dilengkapi lif. Perpustakaan sangat besar. Tak ingat berapa tingkat, tapi letih jugak la kalau naik tangga time nak masuk makmal bahasa atau makmal komputer. Lif pun ada tapi untuk lecture sahaja. Bila masuk dalam library tu, korang akan jumpa tangga besar ke tingkat atas. Tangga tu cukup besar macam dalam hotel mewah. Bangunan tutorial setinggi 4 tingkat & tiada lif. Dewan kuliah kecil (DKK) ada 4. Dewan kuliah besar (DKB) ada 2. Dewan ada dua. Satu Dewan Mat Kilau(DMK), terletak di tengah-tengah pusat belajar. Satu lagi Dewan Dato' Bahaman (DDB), terletak bersebelahan astaka Dan sangat jauh. Ok, beralih ke tempat lain pulak.

Tempat study pulak macam mana? Jangan bimbang, mana-mana boleh study sebab banyak meja & kerusi/ pondok disediakan.

Surau disana diberi nama Surau Al-Muttaqin. Dua tingkat. Kalau time solat Jumaat, orang luar pun boleh masuk.

Mesin ATM? Hmm.. Yang ni menjadi keutamaan. Mesin Kat Sana cuma ada Bank Islam & Bank Rakyat. Lokasi mesin ni betul-betul dekat pagar utama KMPh. Bertentangan dengan pondok pengawal. Mesin ATM ni memang jauh. Saya sarankan supaya bawa payung sekali bila nak pergi cucuk duit sebab takde susur gajah. Jangan risau, bila sampai dekat mesin tu, korang akan menikmati saat indah bila keluarkan duit dalam bilik yang berpenghawa dingin tu. Haha.

Blok @ kolej kediaman?
KMPh ada 3 Kolej kediaman. Setiap Kolej ada 2 lagi blok. So, total ada 6 buah bangunan. Hah! Pening. Okok.. Saya cerita balik. 3 Kolej kediaman tu adalah A,B & C. Sebenarnya setiap Kolej kediaman ada nama tapi saya lupa. Kolej A ada dua buah blok dikenali blok A1 & A2. Begitu juga dengan Kolej B & C.

Dalam bilik boleh memuatkan 4 orang. Katil single. Meja study dilengkapi lampu study ada 4. Almari besi ada 4. Pendek kata, setiap sorang mesti ada kemudahan ni. Bantal & tilam tak perlu bawa. Haha. Smua Dan disediakan. Tandas terletak di luar. Setiap aras ada tempat ampaian. Aras 1&2 dilengkapi kemudahan dobi. Dekat ground floor pun ada ampaian.

Rumah warden @ fellow terletak di ground floor setiap Kolej kediaman. Kalau ada masa, singgah la rumah mereka. Hihi.

Tempat makan. Jangan bimbang. Setiap Kolej kediaman ada Cafe. Satu buah cafe dibahagikan kepada dua. So, nanti takde la student A1 & A2 nak berebut makanan. Hehe... Total bangunan Cafe adalah 3. Cafe yang paling famous adalah Cafe A2. Blok saya tuhh.. Haha bangga pulak. Satu lagi keistimewaan adalah setiap blok ada kedai runcit dan cyber cafe. Best kan?! Bukan itu je, bilik TV pun ada.

Kedai runcit dekat pusat pelajar pun ada. Macam-macam boleh beli. Kedai bakery pun ada.

Court? Ada... Setiap kolej kediaman ada court. Ada court badminton & bola keranjang. Selain court di Kolej kediaman, court lain pun ada terletak di unit sukan. Seingat saya, Ada court squash, tenis & badminton (indoor). Trek sukan pun ada. Astaka pun besar jugak, dua tingkat.

Tempat rekreasi lain adalah seperti tasik, Laluan Sihat (tempat jogging start dari tasik), bukit bintang. Hah! Ada bukit bintang? Takde la... Sebenarnya tu kawasan tangki air. Disebabkan ia terletak dikawasan tinggi, jadi budak-budak suka lepak dekat situ. Basikal pun boleh sewa. Setiap hari kecuali sabtu & ahad. Mesti pakai pakaian sukan & berkasut sukan serta bawa kad Matrik.

Pakaian semasa kuliah. Pelajar perempuan wajib pakai baju kurung tiap-tiap hari. Pelajar lelaki berkemeja tiap-tiap hari. Jangan harap boleh pakai T-shirt okay.. AND JEANS ARE NOT ALLOWED. Kasut mesti bertutup bagi semua pelajar. Pakaian kebangsaan pula macam mana? Boleh..asalkan tidak menganggu konsentrasi pelajar. Erti kata lain, tidak menjolok mata. Haa..

Bila boleh outing? Hari Sabtu & Ahad sahaja. Kalau nak balik rumah boleh tapi tak boleh bermalam di rumah. Keluar pukul 8 pagi & balik sebelum pukul 6 petang. Kalau melebihi had Masa, kad Matrik akan digantung dan aktiviti outing akan diblok selama 2 minggu. Jangan nak main tipu-tipu. Sebab, sebelum keluar kad Matrik akan di scan begitu juga bila waktu balik. Bila boleh balik bermalam? Jadual balik bermalam boleh dirujuk di papan kenyataan.

Kemudahan pengangkutan yang lalu dekat KMPh adalah Rapid Kuantan & teksi. Kalau naik Bas Rapid untuk ke Kuantan, biasanya memakan masa 1 jam. Kereta Sewa tidak dibenarkan. Kalau nak balik kampung, nail bas rapid Dan berhenti di stesen bas Indera Mahkota. Memakan masa 1 jam juga kalau tak silap. Kenderaan sendiri tidak dibenarkan.

Panggilan pensyarah. Kebiasaannya student Matrikulasi akan panggil cikgu. Tapi, kalau nak panggil Puan, Tuan, Sir, Madam @ Miss pun takpe.

Bukan Ramadhan sambut macam mana? Jangan bimbang sebab nanti bazar ramadhan akan dibuka. Cafe akan berjalan seperti biasa & tutup sehingga pukul 12 pagi. Kadang-kadang pukul 1 pagi pun masih buka lagi. Tapi, beli makanan dekat bazar lagi best. Orang luar pun boleh masuk.

Dengar kata KMPh ni dekat Gambang Water park? Ya! Betul. Kalau naik Kereta 5 minit je boleh sampai sana jika anda dari Matrikulasi. Kalau naik Bas Rapid antara 5-10 minit. Biasanya setiap hujung minggu student akan pergi mandi-manda kat sana. Memang best!

Setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan. Maaf sebab tiada gambar. Tak sempat nak ambil. Hehe.. Sebarang pertanyaan sila ajukan di ruangan komen. Insya-Allah saya akan balas salam masa terdekat. :)

Thursday, February 27, 2014

Personaliti Melalui Tulisan Tangan

Cuba para pembaca sekalian perhatikan bentuk tulisan sendiri, setelah itu sila selidik personaliti  anda menerusi guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah.



Pertama: Tekanan

i.       Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)

ii.      Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)


Kedua: Bentuk Tulisan

i.       Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)

ii.      Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)


Ketiga: Kecondongan

i.       Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii.      Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii.     Tegak
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah 

iv.      Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat: Kerapatan

i.       Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii.      Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z

i.       Ada ekor

a)       Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b)       Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)

i.       Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

ii.      Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii.     Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Tuesday, December 31, 2013

New Years Eve



Lagi beberapa minit nak masuk tahun baru.. Belum masuk tahun baru lagi.. Perasaan tak sabar tu dah ada. Haha..

Jika diimbas balik, banyak pengalaman suka dan duka telah saya dan blogger lain tempuhi. Kepergian orang kenamaan, sahabat handai dan saudara-mara tidak boleh kita elakkan. Dan mereka pergi buat selama-lamanya. Namun, kehadiran orang baru dapat menyerikan hidup kita.

Bagi saya, tahun 2013 adalah tahun paling mencabar dalam hidup. Tahun yang memerlukan kerahan tenaga, pengorbanan yang tinggi, kekuatan diri, dan kekuatan emosi. Itulah kehidupan saya sebagai seorang pelajar.

Benda yang dah lepas, tidak baik dikenang. Itu kata orang tua. Namun jika kita kenang demi kebaikan masa hadapan, itu tidak mengapa. Asalkan jangan terbawa-bawa sehingga menimbulkan perasan dendam, benci dan segala perkara negatif.

Harap tahun 2014 ni lebih relaks bagi saya.. Lebih santai dan semoga dapat mencipta beberapa kejayaan lagi dalam hidup. Insya-Allah.

Wednesday, December 25, 2013

Kucing aku makan rumput!


Bagi sesiapa yang bela kucing.. pasti sudah tahu pasal ni.
Jus dalam rumput mengandungi asid folik, vitamin yang penting untuk kucing kesejahteraan. Asid folik, juga hadir dalam susu kucing ibu, membantu pengeluaran oksigen di dalam aliran darah kucing. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia, dan pertumbuhan kucing muda boleh terbantut jika dia tidak mendapatnya. Kucing mempunyai naluri yang kuat bila mereka mengalami kekurangan dalam asid folik dan sebab itu ia makan rumput. Namun begitu pakar hanya boleh meneka.
Pakar-pakar teori menyatakan bahawa kucing makan rumput sebagai sifat semulajadi. Ia boleh menambah serat dan sebahagian besar diet mereka, membantu mereka mengeluarkan cacing atau bulu melalui saluran usus mereka. Jika terdapat kelainan pada usus perut, maka daun-daun nipis yang dimakan tersebut akan menyebabkan kucing memuntahkan isi perutnya. Tetapi veterinar berhenti  mengisytiharkan keperluan rumput. Ia mungkin membantu dalam penjelasan perkara keluar dari perut kucing, tetapi kucing yang sihat mampu untuk memproses dan mengeluarkan perkara keluar tanpa bantuan ini.
Walaupun makan rumput mungkin kelihatan janggal kepada kita, tetapi banyak kucing yang menyukainya dan ia biasanya tidak merbahaya kepada mereka. Mereka jarang makan lebih daripada jumlah kecil, tetapi jika ia makan setiap hari atau dalam jumlah yang besar, anda perlu membawanya berjumpa dengan doktor haiwan kerana kucing anda mungkin mempunyai masalah usus.

Tuesday, December 24, 2013

Kenapa biskut kering ada lubang?

Biskut kering atau crackers ada lubang. Tapi kenapa?

Biskut-biskut ni dibuat lebang sebab tujuan utamanya adalah untuk memastikan ia dimasak secara rata. Bukan untuk menarik perhatian si pengunyahnya..haha.. Berdasarkan teori, biskut ini akan mengeluarkan wap atau haba apabila dibakar. Tanpa lubang-lubang ni, biskut akan mengelembung dan menjadikan rupa biskut ini kelihatan tidak menarik. Bukan itu sahaja, ia akan menjadikan biskut lebih rangup.

Jika lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ia akan menyebabkan biskut kelihatan keras dan kering kerana wap tidak dapat dibebaskan dan kalau terlalu jauh, gelembung udara akan terhasil sekaligus menjejaskan rupa biskut itu.

Monday, December 23, 2013

Oh! Teddy Bear - Macam Mana Ia Wujud?


Mengikut catatan sejarah, pada November 1902, Presiden Amerika Syarikat; Theodore Roosevelt telah diajak oleh Gabenor Mississippi untuk pergi memburu beruang. Pada masa itu juga, ramai pemburu tegar yang lain telah berjaya menangkap dan membunuh binatang itu. Pasukan Presiden telah berjaya menangkap seekor beruang hitam. Mereka mengikat beruang itu pada sebatang pokok setelah membelasahnya. Kemudian, mereka menyuruh Presiden sendiri untuk menembak beruang itu sebagai penghormatan untuk Presiden itu.

e
Presiden itu menolak kerana menganggap tindakan menembak bagi dirinya adalah tidak profesional dan tiada semangat berburu. Lalu dia mengarahkan mereka menembak beruang itu. Peristiwa itu menjadi topik hangat di seluruh Amerika dan dijadikan kartun politik dalam surat khabar The Washington Post. Dalam lukisan kartun itu, beruang dilukis kecil dan comel.
Pada masa yang sama, seorang pemilik kedai, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun beruang itu lalu dia mendapat inspirasi untuk mencipta mainan baru. Dia menghasilkan mainan patung beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden untuk meminta kebenarannya untuk menamakan patung beruang itu dengan nama samarannya Teddy. Sehingga sekarang, patung beruang itu terkenal dengan nama Teddy Bear.