Science Show Competition & Adobe Photoshop Workshop

19 April
Baru je selesai buat pertunjukan sains di muzium negeri. Program itu dikenali sebagai Petrosains Science Show.

Sekolah kita memang gempak!!! Memang puas hati bila dapat buat pertunjukan itu dengan baik. Semua team dari ss hebat! Kita dapat kritikan yang sangat positif.. rakan-rakan yang terlibat ialah, ain, saya, dini, fang ling, pastu dua org budak form 3.. terdapat juga pembantu, iaitu, azmi, fakhrudin, fatin nurina dan pang. berbalik kepada cerita asal pulak, masa pagi tu, kita kena daftar dekat bahagian luar muzium negeri terengganu.  kemudian terus masuk ke dewan teater. oppss! sebelum tu ada lagi cerita. masa nak bertolak, pengetua sempat jumpa dengan kita dan beliau telah memberikan kata2 semangat kat kiteorang. memang khelas lah pengetua kita.haha!

 
 








bila dah sampai tu, team kita dapat giliran 12, 13 & 14. akhirnya tibalah masa yang dinanti-nantikan. mulalah perjuangan kita.. kemudian disusuli dengan team ain dengan bdak form 3 tu. masing-masing membuat persembahan dengan penuh semangat dan bombastik! itulah persembahan yang terbaik berbanding tahun lepas (resenyelah). sekolah lain pun hebat jugak. persaingan memang sengit.
team saya
team ain                
team budak form3(nama lupa lah)






lepas buat persembahan, kita orang bercadang nak round sekitar muzium. apa yang paling best? pak guard tu tunjuk jalan rahsia kat kiteorang. kata dia, bila masuk tu, kena senyap sebab takut kena tangkap. apa lagi perjalanan kami diketuai oleh azmi. macam musang nak masuk dalam rumah orang dibuatnya. akhirnya kami dapat membolosi laluan rahsia tersebut. cikgu2 pulak tak ikut sbb dia kata nk tengok show dari skolah yang lain. Lepas tu, kita balik ke, skolah.. pastu kena pergi perjumpaan kelab ict.. dlm kelab tu, kena jadi tutor untuk ajar photoshop. Haishh... x sempat nak rehat, cikgu suruh ajar.. habis sakit tekak.. huhh....mujurlah ramai ada ramai pembantu..hehe.. majlis bersurai dengan baik..
kenangan paling hebat!