Pertandingan Inovasi@UMT

14 Mei 2012
Hari pertama join pertandingan Inovasi@UMT ni memang nervous gila. besar jugak Dewan Sultan Mizan ni. bila sampai tu, terus daftar dan cari booth yang dah ada nama SMKSS. AIKK!! team SMKSS tergamam kejap sebab tengok skolah yang dah sampai tu hampir 50% siap menghias booth mereka. team kami hanya bawa sikit barang disebabkan terdapat perubahan jadual dari pihak pengurusan tanpa pengetahuan kami. sewaktu cg. Ruzi pergi perjumpaan sebelum ni, maklumat yang diberikan lain daripada apa yang dilakukan pada haritu. nk buat macam mane, semua dh terjadi.. terima je la..

Tanpa menghiraukan keadaan, saya, pang, joycelyn dan grace buat kerja masing2 seperti melipat broshure dan menghias booth. hanya Cg. Ruzi dan anak2 dia yang ada membantu kami. kesian jugak tengok cg sbb masa tu dia ada meeting di tempat lain. jadi, dia terpaksa berulang-alik dari satu tempat ke tempat yg lain. dari pagi sampai pukul 7.30 malam, baru lah kami bertolak pulang dari kampus UMT, Gong Badak ke Kuala Terengganu. Letihh...

15 Mei 2012




Keesokannya, kami datang berasingan ke UMT. pang menumpang kenderaan ayah sy dan kami sampai sangat awal di sana. hmm... bosan pulak..haha.. last2 tu, ada sorang wakil pengurusan tu datang dan dia suruh kami masuk melalui pintu belakang dewan yang berbentuk bulat tu (tengok gambar atas). BAYANGKAN, kami mengambil masa selama 5minit dengan membawa barang yang berat untuk ke pintu belakang tu yang mana saya kira pintu tu terletak kira-kira 180 darjah dari pintu utama. aduhai... belum buat kerja, dah berpeluh dibuatnya.



Akhirnya, saya dan pang sampai awal dan kami meneruskan kerja membersih dan menghiaskan booth. kebetulan pulak, booth SMKSS betul2 duduk kat sebelah booth Planetarium Negeri K.T. Kebetulan pulak, hari tu Angkasawan Negara kita, Dr. Faiz Khalid ada datang. wahh!! rasa bangga bila dia datang dan duduk kat sebelah booth kita. ramai budak2 skolah rendah berpusu2 kat booth tu dan mintak autograph dgn beliau. sy cuma tengok dari jauh jee...hahaha
gambar Dr. Faiz kat booth takde, jadi letak gambar dia kat pentas

Seperti biasa, team SMKSS bekerja keras dengan menyampaikan hasil ciptaan kami kepada para pengunjung dan para juri. Bagi kami, menjadi perkara biasa apabila menerima response positif dan negatif.

Menjelang petang, majlis penyampaian hadiah bermula. Sebelum tu, hadiah disampaikan kepada warga UMT yang berjaya menghasilkan inovasi mereka kemudian disusuli dengan penyampaian hadiah kepada pelajar sekolah menengah.
Seperti biasa, SMAASZA mendapat anugerah Emas dan anugerah Best of The Best. Selain tu, sekolah lain turut merangkul anugerah Emas. Nasib tidak menyebelahi kami... Kami hanya mendapat anugerah Perak..huhu..

Walaupun sedikit hampa, namun saya tidak menyesal. Kerana, segala penat-lelah kami sekumpulan bersama cg. Ruzi dan keluarga akhirnya kami mendapat habuannya juga.

Terima kasih kepada pihak yang menganjurkan program ini kerana banyak pengalaman manis dan pengetahuan yang saya telah peroleh. Terima kasih juga kepada Cg. Ruzi kerana cikgu telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk kami dan SMKSS.


No comments:

Post a Comment