Perkhemahan Perdana 2012

Perkhemahan Perdana 2012

__ Jun 2012

Tahu je skolah kita nk buat perkhemahan, memang excited. macam mana nak start yer.. haa.. 1st day tu, masa pagi ada majlis MCCP. lepas waktu skolah habis, terus stay kat skolah sbb camping kat situ je. ada jugak kawan2 yang balik skejap. tapi, kalau sape2 yang duduk jauh tu memang susah la nak balik. petang tu, dalam pukul 4 lebih, semua pelajar yang terlibat berkumpul kat blok bestari untuk sesi pendaftaran. sebelum tu, semua barang dah diangkut kat kawasan perkhemhan. bagi kawasan pelajar perempuan, setiap kelas akan menghantar seorang wakil untuk membuat cabutan bagi memilih kawasan perkhemahan. Resultnya..... Kawasan kelas saya adalah kawasan pertama! 
hmm.. ingat kan best, tapi kawasan yang paling hujung dan berdekatan dengan tapak urusetia. bukan tu je, pelajar lelaki pun boleh nampak kiteorg. ee.... malunye.. biar lah, lagipun, senang la skit bagi budak2 lelaki klas sy sekiranya diaorg nak ambil makanan.

FOR YOUR INFORMATION,
bukan semua student lelaki yang memasak tau. ade jugak yang memasak sendiri untuk group mereka dan ada bergantung kepada pelajar perempuan. aduhaii.. manje betul.

Back to the story, setelah selesai sesi pendaftaran, ade lah cikgu2 buat briefing skit. antaranya "Komander" Jasnizam Jolan, "Komander" Wan Ruzlan, dan ramai lagi "Aii Aii Sir!". Sebenarnya mereka ni cikgu kiteorang.. tapi masa camping ni kita kena anggap mereka macam ketua. macam kat kem askar katekan..hehe.. lepas briefing, kena pasang khemah.. WAAAAHH!! Ni lah saat2 yang dinanti-nantikan! Masing-masing tunjuk bakat cara pasang khemah. Saya pun ape kurangnya..hehe.. CUMA ada satu perkara yang buatkan kelas sy bernasib malang. TAPAK PERKHEMAHAN KERAS! eh! jangan salah anggap.. keras tu bukan sebab ada "something".. tapi tanah tu dipenuhi batu-batuan besar. besi yang kita guna untuk cucuk kat tanah tu boleh katakan hampir semua bengkok. last-last tu kita guna kaedah lain, mission accomplished!

Malam tu seperti biasa, lepas solat isyak ada ceramah. Penceramah tu dijemput dari UNISZA. eh, ye ker.. x ingat lah..hehe.. lepas ceramah kita balik kat kawasan camping.

Masa OTW nak balik kat tapak tu, tiba-tiba ada guruh, pastu hujan. ape lagi, masing2 cepat2 balik tapak. ada jugak yg memasak sekadar untuk mengalas perut maklumlah, cuaca sejuk, perut mesti berkeroncong. ahaha! malam tu memang kiteorg x dapat tidur sebab hujan lebat. cikgu cakap, kalau bertambah teruk, nanti pindah kat asrama lama perempuan. Eeee.... biarla kita tidur berbasahkan hujan. kita memang x rela jika disuruh tinggal kat asrama LAMA tu. paham2 je la...


Dalam pukul 2 lebih baru kita dapat tidur, itu pun sebab paksa. haha. tapi, dalam cuaca hujan camni sebenarnya budak lelaki buat kerja tau. mereka buat khemah daripada buluh. besar jugak. dalam pukul 10 lebih tu, ridwan dengan faiz datang kat kawasan perempuan. dia suruh buat air kopi. hmm.. dengan keadaaan sejuk dan menggigil, saya, wana dan puteri terpaksa lah buat jugak. kopi tu sebenarnya x kaw-kaw langsung. ahhahahah! bukan sengaja tau, tapi kiteorang kesejukan memang x dapat tahan sampai buat kopi pun x menjadi. SORY la yer bagi sesiapa yang minum kopi tu. hehe.

Tiba-tiba Ella datang. rupa-rupanya dia nak bancuh sup segera Maggi. ape lagi, saya pun dipelawa skali untuk makan roti cicah sup maggi dengan ika, azila, jihah, ella, wana, puteri dan lain-lain kat dalam khemah ika.

EH! lupe nak mention, sy duduk sekhemah dengan e'zzati n sarah serajuddin. best jugak duduk dengan diaorang.hehe...


__ JUN 2012
Punya lah panjang cerita kat atas tu... hmm.. biar je.. keesokan harinya, kami sekhemah bangun pukul 4.30am. lepas je siapkan diri, terus pergi masak air panas. sambil tunggu air panas, sy dan e'zati sempat bertenggek kat atas pagar besi kecik tepi padang tu.. GRRRR! sejukkk.. pernah jugak try hembus nafas kuat2. manela tau kot2 nafas tu kluar asap macam kat negeri orang putih tu..hahaha!

Dalam pukul 6.30 pagi kita join senamrobik. masa buat senamrobik tu, bukan kita yang berpeluh dulu, tapi orang yang ajar senamrobik tu yang berpeluh dulu. haha! punyalah kelakar. macam2 gelagat dan aksi yang dibuat.

Tengahari tu, banyak acara yang dipertandingkan. antaranya, pertandingan istana pasir, reka cipta bahan terbuang, memasak, hias tapak perkhemahan dan lain2 lagi. sy, ika, najihah, safwan dan arif masuk pertandingan istana pasir. hmm.. memang sedih jugak la peristiwa ni. semasa juri otw nk datang untuk check istana pasir yang kita smua bina, tiba-tiba ombak besar datang. WOOSHH! runtuhlah istana kayangan yang kita bina yang diberi nama Ombak Bayu. hmmm.. sesuai nama tu kan.. kemudian disusuli dengan istana sebelah. tapi istana mereka kena sikit je air. x tau la mcm mana air laut tu cepat sangat pasang. sedih jugak tapi kita enjoy je..

RekaCipta Bahan Terbuang.Tema klas 5D: Multifunction Table

Berikut adalah nama geng2 kiteorang yang terlibat:
Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang
-Faizah
-Amirul
-Sarah

Pertandingan Memasak
-E'zzati
-Aizat
-Afiq(Apek)

Hias Tapak Perkhemahan
      -Semua member 5D




Lepas budak2 lelaki solat Jumaat, cikgu buat acara sukaneka. antaranya, EH! TAK MASUK KE?, IKATAN KASIH, DAPAT KE TAK? dan lain2 lagi. sebenarnya, aktiviti asal adalah Makeover Classroom. Tapi atas sebab2 tertentu, aktiviti tu ditukarkan kepada aktiviti sukaneka. Memang best! masa tu lah sy dpt release tension betul-betul. Time kita tengah enjoy, tiba-tiba E'zzati mengadu sakit. almaklumlah, dia ni memang kurang sihat. jadi, sepanjang aktiviti tu, dia asyik rehat je kat dalam khemah... kesian..

Cakap pasal makan tengahari, masa budak2 lelaki pergi solat Jumaat, cikgu Norhaliza (Cikgu Bio a.k.a ibu angkat kelas 5D) tolong kitaorang masak. dia masak tom yam, ubi yang dimasak special. hmm... walaupun x menjadi sangat, kita bantai je..hahaha.. nasi yang ditanak pun kira okeylah.. pandai kawan2 aku masak..hehe



last day!

Esoknya, seperti biasa...bangun awal, gosok gigi, guna ubat gigi Colgate, gigi putih dan berseri, saya suka la hati...lalalalalala...

Lepas tu, semua pelajar bersiap2 dan pakai baju unit beruniform. Weww! Weww! Weww! Tiba2 siren dibunyikan. Semua pelajar berkumpul kat belakang astaka. Komander bagi arahan bahawa dia bagi masa 1 jam untuk bersihkan kawasan.

Selepas semuanya beres, kita berkumpul balik. Semua pelajar dibahagikan mengikut pasukan unit beruniform masing-masing. Pengetua pun datang bersama tetamu yang lain. Upacara penutup dijalankan secara rasmi dan bersederhana. Ape yang best??

Apabila kelas kita diumumkan sebagai JUARA PERTANDINGAN MEMASAK dan TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN REKA CIPTA BAHAN TERBUANG.
Caya lah!!! itu namanya semangat KERJASAMA!

Selepas majlis penutup selesai, kami ke asrama Aspuri untuk menjamu selera gulai daging. Mmmm...Memang Sodap! Lembu tu di sponsor oleh PIBG SMKSS dan disembelih serta dimasak oleh kakitangan dan guru2 SMKSS. Kemudian, kami menanti ketibaan ibu, bapa, abang, kakak, adik, atuk, dan nenek masing2 untuk dibawa pulang ke "istana" sebenar kami.

No comments:

Post a Comment