Lengan aiman putus

pada hari natal, bersamaan hari sabtu tahun 2010, telah terciptanya satu sejarah yang amat agung, hebat, manikam kalbu, manshyur dan tragis buat manusia yang bernama aiman atau lebih dikenali sebagai jaleman wong, sapurman, lemang, eman, mang, abang chik dan cicok kubing kerana otot-otot yang terdapat pada lengan kananya beralih tempat.. kesannya, lengannya kelihatan lengkuk sekiranya dilihat melalui pandangan tepi. alkisah yang tragedis dan penuh menyayat hati ini bermula apabila, sekalian keluarganya berangkat menuju ke tempat istirehat Kubang Kerian( Hospital Kubang Kerian) untuk melawat seorang insan yang mempunyai semangat yang kental untuk melawan kelemahannya iaitu Che Mah. Hatta, berjalan kakilah insan yang bernama Aiman dan sekalian keluarganya untuk menjenguk Che Mah. Embun pagi yang sudah lama berlepas, semakin rancak hari bertambah, semakin pantas matahari berjalan, semakin sibuk sekalian manusia di muka bumi ini menjalankan kehidupan harian, tiba-tiba satu peristiwa yang tidak pernah dihajati terjadi. Aiman, tergelincir di lantai hospital tersebut. Sepantas kura-kura, aiman lalu menjerit seperti bertemu dengan lipas di dalam tandas ''Aaargghhhh!!!!'' lalu dia meminta tolong dari bondanya ''Maammiii, tolong!!!''..
Hatta, sekalian alam langsung terdengar jeritan dari insan yang lemah tersebut. kelihatannya, lengan aiman sudah bengkok. bonda dan ayahnda Aiman lantas cemas seperti tmbunan telur. dengan segeralah parentnda Aiman membawanya ke ruang kecemasan. akhirnya, terlihatlah lengan aiman yang dibalut dengan kain yang kelihatan warnnya putih susu. akhirulkalam, tamatlah ceritera Aiman yang malang ini. semoga, segala perkara yang berlaku dapat dijadikan iktibar di masa yang mendatang.. TAMAT
(Sebenarnya, lengan Aiman x putus, tetapi beralih sendi)
Saya mengaku, memang sy x pandai buat ayat mcm kat atas ni dengan baik. Kalau ada sesiapa yang terbaca dan tidak selesa dengan karangan ini, harap tidak diambil peduli kerana ini ruang karya saya dan saya bebas untuk menaip apa yang saya kehendaki.