Lawatan ke Kolej Universiti Lim Kok Wing

23 March 2009
Pagi tu memang nyaman. Ditambah pula dengan perasaan excited nak pergi lawatan sambil belajar ke Kolej Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya selama 5 hari 4 malam. Dalam pukul 8.00 pagi ahli kelab ICT yang terdiri daripada pelajar form 2 dan form 4 berkumpul dan bertolak dengan menaiki bas SMKSS. Saya duduk bersebelahan dengan Norishazulaikhaa. Haa... seperti biasa, pak cik driver tu pasang karaoke. ape lagi, satu bas tu budak2 join adventure. Hahahaha... Guru pengiring kami ialah, Cikgu Tarmizi, Cikgu Ibrahim, Cikgu Farhana, Cikgu Nik Noor Asiah dan seorang kakitangan sekolah bersama isteri dan anaknya.

Pukul 6 petang
Akhirnya, kami sampai ke destinasi tersebut. Woowww... besarnya tempat ni. terasa kecik pulak bila berada kat gedung ilmu ni. Macam2 orang ada kat sana. ada yang suka berfesyen, bertindik seluruh muka, ada yang tinggi, yang tua, muda dan lain-lain. Masa tu, Encik Azhar, pengurusan kat sana datang. Dia buat aluan selamat datang dan buat group photo pastu menyerahkan kunci bilik kat kita semua. saya dan budak form 5 dapat duduk sebilik. mula-mulanya nak tukar partner, tapi bila dah sampai kat bilik tu, tak jadi pulak. hehe.. kemudian, kami dibawa pergi melawat satu kolej universiti tu. orang kat sana memang peramah.

Malam tu, cikgu ajak pergi jalan-jalan kat Alamanda, Cyberjaya. sy tak beli barang pun, sekadar beli KFC dan makanan yang lain.. maklumlah, hobi saya ni memang suka makan. kalau x silap, haritu kak Najaa beli lasagna kat secret recepie dan kakak Hazim(x ingat nama lah pulak) beli kasut.

24 March 2009

Pukul 9 pagi, kami bersarapan di Plaza. kemudian, ada lawatan lagi ke Presidental Library, Branding Gallery, Business Units/Wings, Sound & Music Studio, Library dan Computer Labs. (gambar)

Kemudian, kami masuk ke dalam bilik Theaterette.(gambar). Kat situ, kami diberi pendedahan awal tentang video marketings. lepas tu, kame makan tengahari di Makanlah. Mmmm... macam-macam makanan ada. Dari barat hingga timur.

Pukul 2, kami berkumpul di main door kolej uni tu. Beberapa wakil embassador pun ada kat situ. rupa-rupanya, mereka dah aturkan satu game! hahaha! kami dibahasikan kumpulan. yang saya ingat, dalam kumpulan saya ada Kuso, Kak Najaa, Kak Syafiqah, Abg Faiz, Abg Fahmi, Zufairy (tengk gmbr balik). ada satu game tu, dia bagi ciri-ciri embassador dan kita kena teka siapa dia dan cari dia. jika salah, akan dikenakan penalti. Muahhahaha! banyak jugak group sy kena penalti. Dalam banyak-banyak penalti, satu je yang memakan masa yang lama untuk selesai. Iaitu kena kira nombor secara terbalik dari 100 hingga 1 dalam BI. haahaha! sy okey je.. tapi, kuso yang selalu silap jadi terpaksa replay penalti tu banyak kali.

Malam tu, just free and easy. kemudian cikgu ajak kiteorang jalan-jalan kat Berjaya Times Square. masa tengah jalan2 tu nadia nak beli barang. pastu dia pergi la kat mesin ATM. sampai kat sane, tut-tut beg duit dia takx. rupa-rupanya beg duit tertinggal kat dalam hostel. ish..ish...ish.... kesian.. jadi, masing-masing pun sumbanglah sikit duit. bolehlah cover mood dia yang tengah spoil tu.

Lepas pulang, saya dan partner pulak yang ada masalah. pintu bilik x boleh bukak!! aduhaii.. semua penginap kat hostel tu dari tingkat atas sampai bawah pergi kat bilik yang sy tinggal. masing-masing ada yang tolak pintu beramai-ramai, ada yang lompat, sepak dan mcm2. hasilnya sama je, PINTU MASIH TERTUTUP. dah la, kat lantai tu basah sebab air air-cond bertakung, jadi susahla sikit kerja tu. time tu, kuso ade main phone dia pastu ade sorang abang ni ingat kuso rakam video, xpasal2 kuso kena marah. haha..kecian.. lastu-last tu, ada sorang abang besar nih datang pastu sepak kat tombol kuat-kuat, pastu terbuka lah pintu tu. x sempat kita nk kata Thanks dia dah lari. hmm.. pastu kakak kat situ mintak maaf kat saya dan partner atas kejadian ni. It's okey..

25 March 2009

Pagi tu, berkumpul kat Wings Plaza kemudian ke bilik Theaterette. kat sana, kami belajar introduction tu screenwriting dan visual language. kami diberi tugasan untuk merakamkan sebuah video. semua kamera dan props disediakan oleh kolej uni tersebut. kami belajar cara mengendalikan kamera dari Mr. James.

Malam tu, kita semua x pergi mana-mana. cuma berkumpul kat Wings Plaza dan berbincang ape yang kita nk buat bagi menyiapkan tugasan yang diberi.

26 March 2009

kemudian, kami belajar dengan lebih detail tentang Lights, Camera and Action serta Post production. lepas tu, kita semua bergerak dan memulakan aktiviti rakaman video. kumpulan sy buat tajuk Earth Hour. Kumpulan lain buat tajuk Sosial dan No Smoking. kemudian kami belajar menyunting video dari abang Dina(penyanyi wanita Malaysia dan bekas pemenang naib johan dlm pertandingan Malaysian Idol). video yang dihasilkan semuanya best!!

Pukul 3.30 ada certificate ceremony. Dr Yeoh dan bersama embassador yang lain membuat ucapan dan menyerahkan certificate award kepada kitaorang. kemudian, cikgu dan embassador kat sana saling bertukar cenderamata sebagai kenangan dan tanda terima kasih.

Malam tu pulak, kami pergi jalan-jalan kat Mid Valley. itulah, makan angin yang terakhir.

27 March 2009

Akhirnya, kami berkemas dan pulang. masa check out tu, tiba-tiba nampak Dafi(penyanyi) kat dalam kolej uni tu dari jauh. sy buat2 x tau je..hahahaha..

TAMAT

Terima kasih kepada Cikgu2 yang menganjurkan lawatan sambil belajar ni. banyak yang saya pelajari dan pengalaman yang best dalam masa 5 hari tersebut. seriously, ape yang saya telah belajar banyak saya guna pakai dan hasilnya memberi kejayaan hingga hari ni.

TERIMA KASIH sekali lagi,
Itu ucapan yang saya beri,
Banyak telah saya pelajari,
Harap cikgu buat aktiviti ni lagi. :)

No comments:

Post a Comment