Kunjungan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah



5 Dis 2010


kali pertama menjejakkan kaki ke bandar bersejarah, Melaka. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah, tidak membosankan bagi sy..hehe sesudah sampai di sana, saya, alia, aunty dan anyoh terus ke...mana lagi!? bandaraya melaka lah!
                          

Apabila kami berada di dataran pahlawan, kami terus melawat rumah merah, kapal besar, gereja dan  tidak lupa melepaskan peluang menaiki bot river cruise. Fuhh! memang best! Bukan itu sahaja, saya juga sempat berposing dekat beca yg ada ket sana. kami juga tidak ketinggalan melawat bekas tapak penjajahan british yang sudah roboh.
  
sambil menghirup adara yang terletak ditengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa ini, kami turut membeli buah tangan untuk dibawa pulang.  menjelang petang pula, kami menuju ke Umbai yang mana tempat itu terkenal dengan IKAN BAKAR!!.
umbai.. makan ikan bakar
kami merasa masakan air tangan orang melaka iaitu, ikan bakar, pari, sotong goreng planta. makanan disana best jugak la...hehe. almaklumlah, tengah lapar.. lepastu, kami bertolak ke dataran pahlawan sekali lagi. tujuan kami datang tempat yang sama adalah kami hendak melihat bandar melaka secara luas iaitu dengan menaiki Manara Taming Sari..
menara taming sari
Waaahhhhh!!!!! cantik betul pemandangan disana! aunty asyik jerit je..hadoiii...kecoh dibuatnya..haha.. pada mulanya, kami memang gayat, lepastu, kami dapat menyesuaikan diri pada ketinggian 80 kaki lebih.. menara tu, bukan boleh naik ke atas sahaja, tetapi, ia dapat berputar 360 darjah..hebat kan..hehe dlm pukul 10 malam lebih, kami pulang ke KL. mulanya, terasa sedih nak tinggalkan Melaka kerana saya hanya dapat meluangkan masa selama satu hari sahaja, tambahan pula ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di tempat yang telah diiktiraf sebagai tapak bersejarah di dunia.. walaubagaimanapun, ini merupakan lawatan yang paling best bersama bapa saudara, emak saudara dan adik saya.