MAG INC 2011

Akhirnya!! menang jugak! menang ape? kumpulan kami telah berjaya dalam pertandingan menghasilkan magazine anjuran the news straits times. kenapa? x caye? ini buktinya.....


program yang bertemakan mag inc dengan kerjasama kementarian pelajaran malaysia telah meraih ramai penyertaan termasuk dari SMKSS. namun begitu, daripada lima buah penyertaan, hanya dua buah kumpulan yang mendapat Merit Award. antaranya kumpulan Mythbusters (kumpulan sy) dan kumpulan Infinite. walaupun tidak dapat ke peringkat yang diidamkan iaitu trip to Hong Kong Disneyland, tapi kami bersyukur kerana berjaya mendapat anugerah Merit. (nasib baik dapat daripada x dpt ape2) 
apa yang kami telah usahakan sudah tentu membuahkan hasil kerana ini merupakan pengalaman kali pertama dalam menyertai aktiviti sebegini. walaupun terdapat beberapa kumpulan yang lain pernah menyertai training camp utk pertandingan ini, sedangkan kumpulan kami tidak mengetahui apa2 namun ini merupakan pengalaman yang sangat menakjubkan kerana kami hanya bermula dari "o". terima kasih kepada Hadri, Che Ku, Sarah Aisyah, Cg Tarmizi, Teacher Honeyza dan ramai lagi kerana telah menyumbang bakti dalam menyempurnakan projek kami.