Monday, May 26, 2014

Piala Thomas 2014 milik Jepun

Hmm... Setelah hampir 6 jam bertarung depan TV untuk menyaksikan perlawanan badminton, akhirnya Malaysia terpaksa tunduk kepada negara matahari terbit.

Sungguhpun Malaysia gagal membawa pulang piala Thomas ke bumi Malaya, namun semangat juang yang dipancarkan oleh pemain-pemain negara cukup memberikan satu kepuasan kepada rakyat Malaysia.

Itulah kekalahan yang bermaruah kerana Malaysia telah berjuang mati-matian. Terima kasih kepada skuad badminton negara kerana berjaya mengembalikan semangat ini yang sudah sekian lama malap dalam segenap jiwa rakyat Malaysia.

Selamat tinggal piala Thomas. Jumpa lagi pada tahun 2016!

Sunday, May 25, 2014

Piala Thomas 2014

Tak sabar rasanya nak tengok perlawanan badminton Piala Thomas malam ni. Tak sangka juga Malaysia berjaya ke final dan bakal berentak bersama Jepun.

Sungguh tak ku sangka... Kali ni, China tidak dapat memasuki final. Biasala... Kalau bab-bab badminton ni, lain tak bukan Malaysia & China la yang selalu disebut-sebutkan.

Lawanlah dengan negara mana pun, janji Malaysia dapat merangkul Piala Thomas bagi tahun 2014. Sama-sama kita doakan agar sejarah 1992 berulang kembali.

Malaysia Boleh!

Sunday, May 18, 2014

Screen phone pecah

Nasib badan.. Ape la nak jadi dengan nasib aku ni. Baru semalam wakil Majlis Tertinggi JPK call nak mintak tolong design T-Shirt korporat. Dah la banyak hal yang kena settle minggu ni. Nak buat macam-mana, semua dah takdir. Phone jatuh dan screen pecah. Kalau pecah sahaja saya boleh bersabar lagi, tapi jari-jemari I ni tak boleh detect langsung! Hancur hati.

Malam tu terus pergi kedai baiki handset. Tukang repair taknk tanggung risiko. Dia suruh hantar ke kedai yang betul (wakil sah jenama phone ni) sebab phone ni masih baru.

Esoknya pergi dan kos baiki ni RM500++. Terkejut den! Mintak kurang, tapi sikit je boleh. Hmmm.. Biar la.. Saya ada kerja penting nak buat! Janji semua settle.

Thanks kepada Farahlyna & Fatihah sebab sepanjang tempoh phone ni kena repair, diorang sudi hantar info-info terkini melalui fb :)

Dia pergi untuk selamanya-lamanya..

14 April 2014
Sebenarnya berita ini dah lama saya tahu. Pada hari kejadian tersebut saya dah dapat tahu berita ini sebenarya. Tapi, artikel ini dikarang lambat kerana terkejut dan sedih serta berasa berat nak menulis sebelum ini. Akhirnya saya beranikan diri untuk menulis sebab ingin menjadikan cerita ini sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup.

Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Gambang ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tasik dalam kawasan kolej berkenaan. And guess what? Tasik tu berdekatan dengan kolej kediaman saya. Saya selalu meluangkan masa disana. Terkejut dan sedih bila dapat tahu hal ini berlaku.

Mayat Muhammad Ely Bukhari,19, dari Taman Sentosa, Karak ditemui sepasukan anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tengah tasik yang kedalaman empat meter kira-kira jam 9.52 malam. Hmm.. Budak ini, sape yang tak kenal. Kami satu batch tapi saya ambil Modul 1. Kalau nak pergi kuliah atau mana-mana selalu terserempak dengan dia. Ramai gelar dia “Mat Salleh Look”.

Mayat pelajar Modul 2 ditemui lengkap berpakaian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian. Pihak bomba berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa bersama enam rakannya dipercayai berkelah berhampiran tasik berkenaan sebelum dia tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik.
Ada seorang rakan yang melihat kejadian cuba membantu menyelamatkan mangsa bagaimanapun usahanya gagal memandangkan tasik agak dalam mencecah lima meter lalu meminta bantuan.Memang betul tasik tu dalam. Dan saya pernah bermain kayak dan berenang di tasik itu.

Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira jam 6.35 petang. Susulan maklumat itu, 14 anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dan operasi SAR turut melibatkan polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam).

Anggota bomba  tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian dan mengambil masa lebih dua jam mencari mangsa sebelum mayatnya ditemui.
Pihak pengurusan kolej hanya membenarkan kawasan tasik itu digunakan untuk aktiviti riadah dan pelajar ditegah mandi di tasik itu bagaimanapun mereka dibenarkan menjalankan aktiviti air dengan pemantauan daripada individu yang bertanggungjawab saja. Pihak kolej juga telah mengambil langkah keselamatan sewajarnya dengan meletakkan tanda amaran di kawasan tasik itu sejak dahulu bagi menghalang pelajar mandi bagaimanapun dalam kes ini mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh

Hasil siasatan mendapati punca kematian mangsa disahkan akibat lemas dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan kejadian satu kemalangan yang tidak terduga.

Berita ini telah diolah daripada sumber asli Berita Harian. Untuk pengetahuan, kes mengejut ini bukan tersebar di Berita Harian sahaja. Malah satu Malaysia dah tersebar. Kalau tak percaya, try lah google. Apepun berita yang keluar, saya dan rakan-rakan KMPh sahaja yang tahu cerita yang betul. Biarlah kami simpan cerita ini dalam hati dan ini menjadi peringatan untuk semua. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari mayat arwah dan terima kasih juga kepada Menteri Besar Pahang kerana berada di lokasi kejadian.

Kepada ahli keluarga arwah yang terbaca artikel ini, maaf saya ucapkan sekiranya ada salah silap dalam penulisan ini. Saya hanya berkongsi untuk memberi pengajaran kepada semua rakan-rakan agar lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri.

Kepada arwah Muhammad Ely Bukhari, selamat jalan aku ucapkan dan semoga kamu tenang di sana... AL-FATIHAH...

Gambar-gambar semasa kejadian tidak dapat saya kongsikan bagi menghormati keluarga arwah Muhammad Ely Bukhari. Biar saya dan rakan-rakan menyimpannya (bagi yang ada) sebagai kenangan dan pengajaran hidup.

Dia pergi untuk selama-lamanya. Kita disini perlu meneruskan hidup yang hanya dipinjamkan buat sementara.

Saturday, May 17, 2014

Selamat Hari Guru

Ini antara kenangan indah bersama tenaga pengajar yang penuh berdedikasi.


Thursday, May 15, 2014

Beza bulu khinzir & bulu kambing pada berus

Kalau jumpa berus murah mesti nak beli.. Haishh.. Jadilah pembeli yang berhemah. Sebab barang murah tak murah tak semestinya menjanjikan kualiti yang baik dan menjamin Halal pada barang tersebut.

Kebanyakan berus murah dari China diperbuat daripada bulu khinzir kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu itu yang menyebabkan ia mesra pengguna. Antaranya ia dijadikan berus untuk mengecat, melukis dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri untuk mengenalinya :
1. Bulu yang rimbun hujungnya (mempunyai hujung yang bercabang)
2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimmia untuk menjadi lembut atau keras.
3. Sukar tertanggal, jatuh atau rosak.
4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking, China mempunyai kualiti terbaik untuk mengecat.

Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing dan biri-biri mempunyai hujung yang tajam.

Setiap ciptaanNya ada hikmah. Sebab itu manusia dikurniakan akal untuk membezakan mana baik dan mana buruk. Ini adalah peringatan untuk diri saya dan juga umat Islam yang lain. Renung-renungkan...